Friday, May 29, 2009 | By: WR

Cuti Pertengahan Tahun Bermula

bagi sekolah-sekolah di pantai timur hari ini merupakan hari pertama cuti. Meski pun jadual cuti terancang telah dikeluarkan saya masih berharap ada ruang untuk saya berehat sejenak tanpa memikir hal sekolah buat sementara waktu.

Masa cuti ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk keluarga.Saya akan menjadi isteri dan ibu sepenuh masa. Rutin harian sedikit berubah dariwaktu persekolahan. pagi2 seronok dapat menyediakan sarapan untuk keluarga. Selalu tu sarapan ringkas je.. roti bakar. Kini, boleh la suami dan anak2 bolehla merasa nasi lemak atau bihun goreng dan sebagainya.

Makan tengahari pula lebih teratur. Selalunya beli nasi bungkus je la.. kerana tak sempat nak masak. lauk pauk pun cukup zat ( hehehhee seimbang la ) Petang-petang bolehla pula merasa bubur kacang atau kuih muih. Selaluanya tak larat nak buat selepas balik sekolah.

Rumah pun terurus. baru lah terasa jadi ibu dan isteri yang sempurna...
Tuesday, May 26, 2009 | By: WR

Terengganu juara MSSM 2009 - Kuda HItam Menyinar lagi

Mohd. Khairul Anuar hadir ke SMK Pelagat Hari ini walaupun dia telah disahkan ke Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu. Dengan senyuman yang lebar dia memberitahu saya dia membawa pulang 2 pingat emas semasa MSSM 2009 yang lepas ( disini )tetapi hanya acara berpasukan iaitu 4X100 dan 4X400. Apa lagi muka nya terpampang dalam akhbar dan TV3. Kepuasan ternyata diwajahnya. Lebih manis, rekod acara 4X400 dapat diperbaharui. Acara individu kegemarannya lari berpagar 110m hanya ditempat ke 5.

Ramai guru yang mengucapkan tahniah kepadanya dan semasa beliau mewakili Terengganu ke Kejohanan Olahraga MSSM beliau masih lagi pelajar SMK Pelagat. Tahniah Khairul Azhar.
Friday, May 22, 2009 | By: WR

MUSIM NIKAH KAWIN DAH TIBA..

hari ini saya mencacat semua tarikh jemputan kawin yang diterima. Ada 11 kad semuanya. Yang suami pula ade 7. jadi 18 jemputan semuanya.. alahai... nampaknya cuti sekolah kali ini tak ada kerja lain la..

Sekarang pun saya tengah sibuk menolong anak sedara suami yg juga akan kawin tapi bukan pada musim cuti sekolah. Sebelum cuti iaitu pada 25 Mei ( Isnin ) Buat kecik2 saja la..
Monday, May 18, 2009 | By: WR

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2009

Takkala pelajar berhimpunj di dataran perhimpunan, pengetua dan guru-guru berkumpul berhampiran dewan terbuka. Pengetua diarak dengan "mini kereta berhias" ke dataran perhimpunan.

( Video dah kena delete. hehehhee )

Antara aktiviti untuk guru perempuan ialah Pertandingan Puding.... ada 6 pernyertaan


Dan pemenangnya ialah : Ustazah Zaimas ( Puding Oren )
Banyak lagi acara lainyang diadakan.. tapi saya yang tak larat nak ambik gambar....
Bergambar kenang-kenangan bersama semua guru sempena HARI GURU 2009.






Saturday, May 16, 2009 | By: WR

KUDA HITAM DILAMAR ORANG

Guru sukan sekolah saya merungut seorang atlet sekolah kami dilamar Sekolah Sukan Bukit Nenas. Mohd Khairul Azhar yang mengharumkan nama sekolah setelah dinobat sebagai OLAHRAGAWAN DAERAH di tawarkan ke sekolah sukan. Tahun depan nampaknya kilauan emas akan berkurangan....

Ramai yang kecewa dengan kehilangan khairul, namum apa yang terbaik untuk khairul ialah mengasah bakatnya supaya kebaikan dalam dirinya terus dikembangkan. Kalaupun dia di SMK Pelagat, dia hanya disanjung pada waktu sukan sahaja. Pada masa-masa lain dia menyumbang ke arah masalah disiplin...

Nama Khairul tetap tercatat dalam pelajar yang berbakti kepada sekolah. Gelaran KUda HItam untuk ketangkasan beliau dlm acara larian memang tak dapat dinafikan.. Syabas untuk Kuda HItam
Friday, May 15, 2009 | By: WR

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tema Hari Guru 2009 - Guru Pembina Negara Bangsa.

Sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 17 Mei ( AHAD ) ini pelbagai program diatur oleh Kelab Guru dan pemimpin pelajar ( pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan )
Oleh itu peperiksaan pertengahan tahun yang telah bermula minggu lepas di "rehatkan" sehari untuk memberi laluan kepada Perayaan Hari Guru.

Saya meredakan rasa "tegang" di kalangan guru-guru VOTEK selepas mesyuarat panitia minggu lepas terutama Panitia KHB dengan menempah "hadiah" kecil kepada mereka. Agak panas dan ribut juga mesyuarat panitia KHB yang lepas. Bagaimana pun perbincangan adalah sihat. Terima kasih kepada semua ahli panitia.... Semoga kita terus bekerja dalam satu pasukan .

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.
Wednesday, May 13, 2009 | By: WR

PERSEDIAAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN

Mesyuarat Kali Ke 4 Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Kebangsaan23 April 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Kali Ke 4 merupakan mesyuarat terakhir sebagai persediaan menjayakan majlis pelancaran perayaan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Terengganu pada 16 Mei 2009. Semua keputusan pertandingan dan anugerah telah diterima oleh pihak urus setia. Mesyuarat yang turut dihadiri oleh semua Setiausaha-Setiausaha Perayaan Negeri telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Zulkifly Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Mesyuarat juga di hadiri oleh YBhg. Dato’ Alimuddin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Khair b. Mohamad Yusof, Pengarah Institut Aminudin Baki, dan Encik James Alip, Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum.Acara-acara yang akan dianjurkan sempena dengan majlis pelancaran ialah:

Pameran Pendidikan pada 13 – 17 Mei 2009 di Terengganu Trade Centre
Bahas Guru pada 15 Mei 2009 (jam 0900) di Institut Perguruan Dato’ Razali Ismail
Forum Pendidikan pada 15 Mei 2009 (1500) di Wisma Darul Iman


Persediaan Perayaan Hari Guru Semakin Rancak 11 Februari 2009Bagi mengikuti persediaan jawatankuasa yang telah dilantik untuk mengendalikan perayaan, Mesyuarat 2/2009 Jawatankuasa Pengelola akan diadakan pada 13 Februari 2009 (jam 9.00 pagi) di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Manakala Mesyuarat 2/2009 Jawatankuasa Induk akan diadakan pada 22 Februari 2009 (jam 2.30 petang) di Dewan Utama Taman Tamaddun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Ahli Jawatankuasa Pengelola diminta untuk turut hadir di mesyuarat Jawatankuasa Induk kali ini, supaya mereka juga akan dapat melihat kemudahan-kemudahan yang terdapat di dewan yang dicadangkan sebagai tempat pelancaran perayaan pada 16 Mei 2009.Pihak urus setia perayaan juga akan mengadakan pertemuan ahli Jawatankuasa Pengelola dengan ahli Jawatankuasa Pelaksana pada 23 Februari 2009 jam 9.00 pagi di Jabatan Pelajaran Terengganu. Pertemuan ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan tindakan pengurusan di antara kedua-dua pihak.


Lokasi Majlis:

Tuesday, May 5, 2009 | By: WR

Anaknda Lulus Lesen Kereta

Pagi tadi anak saya mengambil ujian memandu. Alhamdulillah lulus dia. Dalam hati dah berkira2 tak lama lagi nak rehat. Kalau balik kampung boleh la dia memandu. Emak nak berehat . Pagi tadi tertengok ada pelekat "P" pada kereta buruk saya. Nampaknya dia dah pasang angan-angan nak bawa kereta tuh. Kereta baru takut dia nak usik. Kadang2 terfikir juga, kalau dah dapat lesen nanti takut pula panjang langkahnya.
Walau bagaimana pun fikir positif la. Harap2 banyak kebaikan dari keburukannya. Buat masa sekarang kalau saya belik lewat dari sekolah, dia akan ambik adiknya balik awal. kalau nk suruh pergi kedai pun senang.
Saturday, May 2, 2009 | By: WR

Taklimat Penataran Kerja Kursus Sains Pertanian

Esok akan ke PSPN lagi untuk taklimat penataran. Jerteh ke Marang mengambil masa 2 jam. Saya sejak akhir-akhir ini agak "alahan" dengan jarak dan masa. Tapi disebabkan tugas dan tanggungjawab, terpaksa la hadir juga. Dalam hati bertanya-tanya kenapa la tak buat di JPN ke dekat la skit. Bukan apa nak memandu keseorangan ke sana amat membosankan. Nasib baikla kereta ni masih baru. Kalau kereta lama tu dah serik rasanya. Di PSPN itu la juga kereta saya buat hal. Terpaksa panggil mekanik. Dalam perjalanan balik Tuhan je la yang tahu ketakutan seorang guru perempuan yang terpaksa memandu jauh dengan kereta yang uzur....
Related Posts with Thumbnails