Tuesday, December 15, 2009 | By: WR

SELAMAT PULANG..

Hari ini saya terpaksa "meninggalkan" pelajar saya yg sedang menduduki peperiksaan SPM mata pelajaran sains pertanian kerana menyambut kepulangan kakak saya dari Mekah di lapangan terbang K.terengganu. Semoga mereka dapat menjawab soalan dengan baik...

Kakak saya selamat sampai ke KT pd pukul 9.05 am . Saya agak terlewat sampai ke lapangan terbang... tapi masih sempat menjemput mereka berdua.... Mereka kelihatan sehat cuma kakak ade sedikit "serak tekak".
Sunday, December 13, 2009 | By: WR

KELAS TAMBAHAN

Sejak semalam saya masih mengadakan kelas tambahan untuk pelajar2 5EP. Selasa nanti mereka akan menduduki peperiksaan Kertas 1 dan rabu kertas 2.

Oleh kerana kantin tutup saya menyediakan sedikt makanan untuk pelajar2 saya. Semalam saya beli je nasi bungkus sorang satu. Kami berbincang dan menjawab contoh soalan sampai pukul 12 .30 thari. Hari ni saya buatkan sandwich saja..... habis la 2 bungkus roti untuk 12 pelajar saya yg hadir. Jumlah calon sebenar ialah 16 orang.. Yang tak datg tu.. ntah la.. buat apa kat rumah...

Esok hari terakhir kelas tambahan..
Wednesday, December 2, 2009 | By: WR

"CERITA-CERITA" SEMASA PEPERIKSAAN SPM

Semalam saya menghantar anak ke kelas tuisyennya. Dalam perjalanan pulang saya singgah membeli makanan di restoran Z. Saya bertemu kawan lama yg sekarang mengajar di SMK "X". Memang byk yang dibualkan bila bertemu. Dulu masa mengajar disekolah yg sama dengan dia, dia adalah kawan baik saya. Kebetulan dia mengawas peperiksaan di SMK "Y". Antara rungutannya semasa mengawas peperiksaan di sekolah tersebut ialah:

1. Pelajar2 memang dah terbiasa sgt dgn "budaya meniru" dlm peperiksaan. Ini terbawa2 hingga ke peperiksaan awam yg besar seperti SPM ini. Pelajar2 pergi ke tandas dgn kerap dan dlm perjalanan balik ke bilik peperiksaan mereka membawa cebisan kertas yang bertulis jawapan... entah dr mn diambil nya jawapan itu... Dr apa yg kawan sy beritahu... jawapan itu dr guru yang bertugas di sekolah tersebut.

2. Pelajar2 yang suka meniru ini pula ada byk cara utk meniru. Mungkin dia menyimpan nota atau buku dalam tandas.. kemudian semasa berpura2 nak buang air disitu la dia menyalin jawapan. Atau pun menurut kawan sy itu, terdapat guru2 yang bertugas di sekolah berkenaan yang berhubung dengan pelajar tersebut dsan memberi jawapan. Pelajar pula membawa kertas jawapan itu dengan cara memasukkan dalam "tudung", kasut , baju.. dan sebagainya. Malah ada yg tidak sega2 silu membawanya di'tangan'. Punya la tak menggunakan otak untuk meniru. Bila dah terang2 macam tu senang la dicekupoleh pengawas. kalau dah berlaku depan mata pengawas terpaksala mengambil tindakan....

Bila saya pulang ke rumah, saya terserempak dgn anak murid yang baru balik peperiksaan kertas Prinsip Akaun. Apabila di tanya, macam mana kertas PA dia senyum. katanya
"Guru yang mengawas peperiksaan baik2 belaka... siap tolong bagi jawapan lagi.. "
Friday, November 27, 2009 | By: WR

HARI RAYA AIDIL ADHA / KORBAN/ HAJI

Pukul 8 am kami sekeluarga ke Mesjid Kg Pdg Luas utk sembahyang hari raya. Kemudian terus ke Lokasi "mengorbankan " lembu di Kg suami saya iaitu Kg Bukit Awang pasir Puteh kelantan. Setiba di sana rupanya dah cukup ahli tetapi penyembeleh je belum datang.

Lama jugak kami menunggu... kahirnya diberitahu penyembeleh itu singgah utk menyembeleh lembu di tempat lain.. Ramai yg merungu kerana ada yg potong Q...

Pukul 10.30 baru la bermula.. anak perempuan saya bersembunyi kerana tidak sanggup melihat..







Thursday, November 26, 2009 | By: WR

MATAHARI DAH BERSINAR & RAYA HAJI




Syukur alhamdulillah. Matahari dah keluar dan bersinar. Tiada lagi rintik2 hujan. Bila saya jenguk keluar rumah ramai jiran2 menjemur pakaian di luar. Tapi masih lagi berjaga1 jaga kerana ramalan gelombang ke tiga akan datang..


Esok dah nak raya... semacam diberi peluang oleh Yang Maha Kuasa untuk persediaan raya , maka dihentikan HUJAN seketika.. boleh la balik beraya dengan ibu ayah saudara di kampung.
Tahun ni suami saya ambik bahagian "korban" di kgnya. (Pasir Puteh) Lepas tu petangnya baru la kami balik ke kg saya di Machang.

Semalam bandar Jerteh agak sibuk dan sesak orang membeli belah utk persediaan raya..
SELAMAT HARI RAYA KORBAN UNTUK SEMUA.
Sunday, November 15, 2009 | By: WR

JAMUAN AKHIR TAHUN 2009

Akhirnya berjaya juga diadakan jamuan itu.. Bertempat di Cheingmai Restoran( KOta Bharu )
Makanannya boleh la..... murah juga. RM20/kepala. kalau nak banding restoran di Jerteh,
memang la di sana lebih memuaskan. Cuma dewan makan agak sempit.

Ucapan pengetua agak ringkas saja. Lebih 40 hadiah cabutan bertuah diadakan.. Satu pun tak dapat... dapat kat orang lain la.. TV 27 cm kawan baik saya yang dapat.

Pulang dah agak lewat.. pukul 4 lebih..
Thursday, November 12, 2009 | By: WR

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR SPM 2009

Hari ini pelajar SPM berkumpul untuk majlis Restu Ilmu.


Selepas taklimat oleh S/U Peperiksaan Awam Cikgu Ismail. Guru-guru mata pelajran pula memberi amanat terakhir persiapan yang murid perlu lakukan..
Salah seorang guru ialah Cikgu Roshani iaitu ketua panitia Pend. Seni Visual....
Pengetua memberi ucapan..
Penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan yang lepas. Wan Azila Ialah harapan kami untuk menggenggam "straight A "
Selepas penyampaian hadiah, semua pelajar bersalam salaman dengan guru mata pelajaran SPM sambil memohon restu...
Tak ketinggalan pelajar lelaki....

Dan ini... pelajar nakal...


lepas tu apa lagi.... JAMUAN LA.. KENYANG LAGI.... lepas ni jamuan lagi dengan PSS

Tuesday, November 10, 2009 | By: WR

SENARAI JAMUAN AKHIR TAHUN 2009



Walaupun Jamuan Akhir Tahun kelab Guru ditunda, ada lagi jamuan unit2 lain yang diteruskan. ianya diadakan di sekitar bandar Jerteh.

9 Nov 09 - jamuan dari Koperasi Sekolah bertempat di Restoran J Rivers berdekatan Mesjid Hadhari. ( Untuk AJK dan pengurusan sekolah )

10 Nov 09 - jamuan Pelajar PMR - bertempat di Dewan Sekolah . Kelihatan Tuan pengetua dan GKMP kemanusiaan ( duduk ) dan GPK HEM sedanga menyampaikan hadiah kepada pelajar yg menyertai aktiviti selepas PMR.
Ini pula sebahagian pelajar lelaki yang hadir....Manakala gambar bawahialah sebahagian pelajar perempuan..


11 Nov 09 - Jamuan dari Koperasi untuk semua guru. ( kantin sekolah )

12 Nov 09 - jamuan pelajar SPM - sempena Majlis Restu Ilmu dan perpisahan.
- Jamuan dari PSS ( Di J Rivers juga... )

15 Nov 09 - Jamuan Warga Sekolah ( Restoran Cheing Mai KB )


Setakat ini, ada 5 jamuan akhir tahun... kenyang la hari2 makan free....
Monday, November 9, 2009 | By: WR

JAMUAN AKHIR TAHUN DIBATALKAN....

Pada 8 November ( semalam ) sepatutnya guru-guru SMK Pelagat mengadakan jamuan akhir tahun bertempat di Restoren Cheing Mai Kota Bharu. Malangnya hujan dan banjir menyebabkan majlis dibatalkan. Apa yang sedikit "kecoh" ialah pembatalan diberitahu lewat. Pada hari tersebut semua guru perempuan melaramm habis.. baju cantik2 khusus utk jamuan dipakai... malang sekali jamuan tak jadi.... melenting gak la mereka.. hehhehee.
Padahal pembatalan dibuat pd hari Jumaat lagi. Pihak yg bertanggungjawab tidak mengambil inisiatif utk memaklumkan kpd guru-guru... Baju tu takkan nak dipakai kali kedua... :P Dah basi kata mereka...
Hadiah berupa hamper pulak dah siap diatur.....

Bila tarikh diubah ke 15 November ramai ygkomplen kerana pd tarikh tersebut ramai guru tiada di sekolah kerana urusan pemeriksaan kertas PMR. Alahai kenapa la nak buat jauh2.. buat kat sekolah kan senang....
Thursday, November 5, 2009 | By: WR

HUJAN

Sejak semalam hujan mula turun tak henti-henti. Angin pun bertiup kencng. Bmbang pula 2 orang anak saya ke sekolah dengan motosikal.Sekarang pula tengah peperiksaan akhir tahun. Basah kuyup balik dari sekolah.

Hari ini pun hujan masih mencurah-curah cuma sesekali berhenti dan matahari keluar. Namun beberapa minit kemudian hujan turun semula. Langit gelap dan angin terus kencang.

Sebagai ibu saya bersiap sedia :
1. menempah tempat menyidai kain yg boleh dibawa masuk dalam rumah. ( hehehe.. ) walaupun takde anak kecik tapi anak2 saya kuat menukar pakaian. dalam sehari 2-3 kali juga mesin basuh bekerja.

2. membeli "hanger" lebih sikit- nak sangkut pakaian yg dibasuh atas penyidai.

3. Membeli stok keperluan dapur - maklumla kalau banjir, laluan ke Bandar Jerteh terputus.

Sebagai guru :
1. Saya meminta semua pelajar saya memberikan no telefon mereka.Maklumlah kalau hujan memang ada pelajar yang tertidur dan terlewat masuk dewan peperiksaan SPM nanti.. pernah satu ketika dulu seorang pelajar saya tak datang SPM. Bila saya pergi kerumahnya dia sedang nyenyak tidur kerana hujan lebat. Penya la dia berselimut. Jadi kalau mereka tak datang exam, boleh la saya menghubungi mereka. Sekolah saya ni kalau hujan lebat air akan bertakung. kampung berdekatan pun banjir.. tentu susah pelajar nk datang exam.
Saturday, October 31, 2009 | By: WR

MUSIM HAJI

ini adalah Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Saya dan keluarga menghantar kakak dan suaminya yang akan menunaikan haji pada tahun ini. Memang sesak sekali dengan jemaah dan penghntar... Inilah kali pertama jemaah haji bertolak terus dari Terengganu ke Madinah. Lapangan terbang ini dekat saja dengan stadium yang runtuh.Saya mengmbil gambar ini dari khemah menunggu. Kelihatan jemaah berbaris untuk mendaftar dan mengambil beg sandang.
Selamat menunaikan haji untuk kekanda Zainon dan suaminya. Semoga selamat pergi dan selamat kembali dan dapat mengrjakan haji dengan sempurna..

Thursday, October 29, 2009 | By: WR

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Pelajar tkn 4 sudah mula menjalani peperiksaan akhir tahun sejak ahad lepas. Minggu depan akan dikuti tingkatan 1 dan 2 pula. pelajar tkn 3 mengikuti aktiviti lepas PMR. Akhir2 penggal persekolahan memang sibuk sedikit. Banyak perkata yg mesti dibereskan.

Pentaksiran k.kurus tkn 1 dan 2 pula bermula.... minggu lepassekolah kami didatangai pentaksir negeri untuk khb KT. Ada pulak guru berkenaan yg "hilang" padahal sudah diberitahu awal2 kedatangan pentaksir negeri...

Mesyuarat JKS terakhir telah diadakan dan sekarang mesyuarat panitia pula... pelajar tingkatan 5 dah rasa demam SPMnya...

Aduh bz nye.....
Tuesday, October 20, 2009 | By: WR

ANALISIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI TERENGGANU

Semalam kami bertiga GKMP Bahasa, GKMP Kemanusiaan dan GKMP Votek bersama lain2 GKMP dari sekolah seluruh Terengganu dipanggil oleh JPN untuk satu taklimat tentang analisis Peperiksaan Percubaan negeri Terengganu. Bilangan semua yang terlibat hampir 600 orang.

Kami sampai dalam pukul 9.45am di BPTN Terengganu, marang. Singgah sarapan di restoran berdekatan BTPN. Selesai makan, terus ke BPTN malangnya kenderaan penuh sesak terpaksa la kami letak kereta di luar kawasan BPTN. Penat juga la berjalan kaki masuk ke kawasan BPTN dan dewan besarnya terletak agak jauh ke belakang.

Acara bermula dalam pukul 10.30am dengan ucapan Ketua Sektor Sains JPNT dan Ketua Sektor Akademik JPN Tn Haji Zubir Embong. Dari apa yang dibentangkan mereka menaruh harapan bahawa keputusan SPM 2009 mungkin akan "mengejutkan". Biarlah saya biarkan perkataan mengejut itu menjadi teka teki.... boleh jadi mengejut menurun atau mengejut meningkat. Hehehhee.... suspen kan.

Selepas makan tengahri kami diarahkan untuk terus ke dewan lagi kerana Pengarah pelajaran Negeri pula akan berucap.... majlis berakhir dlm pukul 3.45 pm.

Tunggulah tahun 2010... keputusan sebenar akan tiba jua....
Wednesday, October 14, 2009 | By: WR

AKADEMI SAINS PERTANIAN 2009

Agak lama tidak kemas kini blog...
pada 10 - 12 Oktober yang lepas, saya telah membawa 2 orang pelajar SMK Pelagat yang terpilih untuk menyertai akademi sains pertanian.
Pelajar tersebut ialah : Azura Awang majid dan Nur Hafifah M. Farid
Ia adalah lanjutan daripada kem kecemerlangan sains pertanian yang telah diadakan ditempat yang sama dalam bulan Julai yang lepas. kali ini pelajar dipilih berdasarkan keputusan percubaan SPM. Hanya pelajar yang mendapat A dalam peperiksaan percubaan diambil untuk menyertainya... ( Namun, biasa la politik dalam bidang pelajaran pun ada... mana2 yang tak dapat A pun ada yang menyertainya...) Seramai 50 orang pelajar seluruh Terengganu terpilih menyertainya
Saya sampai di Pusat Ko Kurikulum Kuala Berang dalam pukul 10.00 pagi. Selepas mendaftar pelajar di kumpulkan dan diberi taklimat.

Slot pertama ialah pre-test untuk Kertas 1. ( saya difahamkan soalan kertas 1 itu adalah soalan percubaan Negeri Sembilan )
Sebelah malamnya perbincangan kertas 1.
Pagi esoknya pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut tahap pencapaian pelajar.


Hari akhir penceramah jemputan Encik Syukur memberi petua2 dan tunjuk ajar untuk menguasai kertas 2 ( terutama Soalan no 1 )



majlis berakhir pada pukul 12.30 tengahari pada 12 Oktober. Selaps ucapan perasmian penutup semua menjamu selera( makan tengahari)


SELAMAT PULANG DAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT.



Sunday, October 4, 2009 | By: WR

MAJLIS IZIN ILMU PMR

Esok akan diadakan mjlis izin ilmu utk calon2 PMR. Seperti tahun2 lepas ia merupakan majlis di mana pelajar akan memohon restu dari guru2 . Guru dan pelajar juga akan bermaaf2an... semoga pelajar2 dapat menjawab soalan dengan lebih tenang dan guru juga redha segala ilmu yang diajar..
Thursday, September 10, 2009 | By: WR

CUACA PANAS, PUASA & PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

minggu ini cuaca amat panas dan tiada hujan langsung. Minggu lepas ada la juga hujan turun dan cuaca agak sejuk. Waktu petang memang hujan turun diikuti angin kencang. tapi minggu ini cuaca berubah panas terik, kering dan lembab. Sungguh tidak selesa... lebih2 lagi kelas 4EP yang saya ajar tiada bekalan elektrik kerana kerja-kerja pembinaan bangunan baru. Kesian juga tengok pelajar2 kepanasan..... Mereka kelihatan letih dan tak banyak bergerak.. bagus juga tu.. takda la mereka merayau2... tetapi segelintir pelajar menengah rendah masih boleh "berlari". Pengetua pun nak pelik macam mana dibulan puasa ni pelajar terbabit boleh aktif .. tau-tau saja la..

Pelajar tingkatan 5 pula sedang rancak menghadapi peperiksaan percubaan. Elok juga mereka tengah exam tak perlu la cikgu mengeluarkan suara mengajar.. jimat tenaga suara.

Kepada semua calon SPM selamat menghadapi peperiksaan percubaan..
Thursday, September 3, 2009 | By: WR

"RUMAH BARU"

Semasa perhimpunan ahad yang lepas pengetua berbisik kepada saya bahawa saya mendapat "rumah baru " Dalam hati saya tertanya2 apakah yg dimaksudkan oleh beliau. Terlintas juga dalam hati adakah rumah baru bermaksud "sekolah baru" Adakah saya akan ditukarkan?

Akhirnya saya lega bila pengetua berkata yang Bangunan Katering & penyajian yang baru akan didirikan. Rumah baru bermaksud sekolah akan dapat satu blok bangunan baru yang akan dididrikan di sebelah bangunan baru yang dalam proses pembinaan.

Syukurla, selama ini guru katering dan penyajian terpaksa menggunakan bangunan lama yang diubahsuai berkali2.. keadaannya amatlah uzur dan tidak begitu "baik" untuk proses P&P. hari ini pihak JKR datang untuk membincangkan lokasi sebenar dan selepas ini tender akan dikeluarkan.

yang paling gembira ialah guru mata pelajaran tersebut yang telah sekian lama terpaksa mengajar dalam keadaan daif.... Saya tidak menafikan ini semua adalah usaha "mantan" pengetua dulu yang bersusah payah .. akhirnya dapat jua...
Monday, August 31, 2009 | By: WR

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2009

Semalam sekolah dibuka setelah bercuti seminggu. Perhimpunan ahad diadakan seperti biasa. Majlis sambutan Hari Kemerdekaan diadakan secara sederhana. Ia dimulakan dengan pengkisahan sejarah kemerdekaan yang disampaikan oleh pelajar:

Wan Azila dan Ridwan - dengan dibantu oleh sketsa ringkas oleh 5 pelajr lain.

Seterusnya sajak kemerdekaan oleh pelajar tingkatan 1 dan 2.
Saturday, August 29, 2009 | By: WR

MAJLIS BERBUKA PUASA 2

Semalam kami adik beradik mengadakan Majlis berbuka puasa di kampung. 6 dari 9 adik beradi hadir bersama pasangan dan anak-anak. Itu dalah majlis tahunan yang kami buat sejak 5 tahun yg lepas.
3 lagi adik beradik yang tidak bersama kerana:
- adik yang tinggal jauh di Pulau PInang
- seorang lagi adik tinggal di Jeli kerana "sibuk"
- seorang lagi telah pun pulang ke rahmatullah....

Kami berkumpul sejak pagi membeli keperluan untuk berbuka. Acara ini juga diharapkan dapat menghiburkan hati kedua ibubapa yang selalu kesunyian bila anak2 berjauhan (kerana kerja )

Juadah yang menjadi pilihan kali ini ialah NASI KERABU ( atau orang luar panggil NASI ULAM )
1. Nasi putih
2. Ulam-ulaman
3. Ikan celup tepung goreng ( hahaaha )
4. Ayam goreng - untuk budak2 yg suka ayam
5. telur masin
6. tumis nasi kerabu
7. sambal ikan nasi kerabu

Kuih : "Butir nangka " - :)

Selepas menjamu selera, kami solat maghrib, isya dan terawih berjemaah. Terasa la ikatan kekeluargaan semakin dekat...
Monday, August 24, 2009 | By: WR

MAJLIS BERBUKA PUASA 1

2 Anak saudara yang baru kawin awal tahun ini bekerja di Besut. Jadi semalam saya menjemput mereka berbuka di rumah dengan membawa pasangan masing2.Oleh kerana mereka bekerja ( yang kakaknya kerja dekat FAMA dan adiknya di Majlis daerah Besut ) mereka datang lewat. terpaksala saya dan anak perempuan membuat persiapan ala kadar. Juadahnya ringkas :

1. Tom yam
2. Ikan percik
3. Sayur Goreng
4. Solok Lada ( dibeli oleh suami )
5. nasi putih ( mestila..... )

pembasuh mulut : Krim karamel

Minuman : Teh O ( ada juga air kacang soya - kebetulan saya bertemu bekas anak murid yang menjual air buah ditepi jalan, jadi diberikannya pada saya... ingat juga kat bekas guru ni.. )

Khurma tak tinggal la....
Friday, August 21, 2009 | By: WR

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Kepada semua;
Selamat Menyambut Bulan Puasa.

Bahan untuk peringatan tentang puasa....

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)
Thursday, August 20, 2009 | By: WR

SELAMAT BERCUTI ( Pertengahan Penggal )

Leganya cuti.. ini la yang saya nanti2 kan.. nak jadi suri rumah sepenuh masa. Kebetulan cuti kali ini dalam bulan puasa... kelas tambahan pun tidak diadakan . Kami cuma membekalkan pelajar dengan Bahan Cuti terancang. Selepas cuti, buka sekolah nanti pelajar tingkatan 4 dan calon SPM akan menghadapi peperiksaan...Bahan itu boleh la dibuat ulangkaji persediaan peperiksaan nanti...

Pelajar tingkatan 1 dan 2 pula baru selesai peperiksaan selaras OGOS.... bawa balik kertas jawapan nak tanda dan beri markah..
Sunday, August 16, 2009 | By: WR

SOLAT HAJAT PERDANA DAN PERCUBAAN PMR

Hari ini kami warga SMK Pelagat mengadakan majlis Solat hajat Perdana. Selaras dengan kehendak JPNT yang mengarahkan sekolah2 mengadakan solat hajat untuk kesejahteraan pelajar. Ia juga khusus untuk calon2 PMR dan SPM 2009. Majlis bermula seawal 6 petang dan persiapan hari ini bermula sejak pagi tadi dengan kerjasama PIBG sekolah. Kelainan kali ini ialah solat hajat diadakan di padang sekolah. Sambutan adalah sangat memberansangkan dari ibubapa.

hari ini juga sepatutnya calon PMR menduduki peperiksaan percubaan, tetapi memandangkan terdapat sekolah yang terpaksa ditutup kerana H1N1, maka peperiksaan percubaan ditunda ke tarikh yg akan diberitahu kelak... walaubagaimana pun pelajar tingkatan 1 dan 2 meneruskan peperksaan selaras Ogos.
Sunday, August 9, 2009 | By: WR

LAPORAN KEM DI BUKIT KOLAM

Saya bertolak seawal pukul 8 pagi dari sekolah ke Kem di Pusat KOkurikulum Bukit KOlam Kuala Berang. Pelajar saya seramai 4 orang kelihatan sangat seronok dan begitu teruja sekali. Kami singgah di SMK Tg IBrahim untuk bersama-sama dengan guru dan peserta dari sekolah mereka. Maklumla saya tidak pernah ke sana jadi saya perlukan kawan untuk sama-sama . itu pun masih juga kami sedikit tersesat.... HARI PERTAMA : ( 6 Ogos 2009 )
Setelah pelajar diberikan penginapan dan makan, taklimat diadakan sebelah petangnya. Makanan agak memuaskan juga... Cuma tempat pelajar berbengkel agak tidak selesa. Pada sebelah malamnya, Taklimat untuk Kertas 2 diadakan. Penceramah ialah Bekas Guru cemerlang Sains Pertanian negeri Terengganu yang kini bertugas sebagai pengetua SMK Seri Budiman iaitu En.. Ahmad Syukur mansor.

HARI KEDUA : ( 7 Ogos 2009 )
Pada sebelah pagi taklimat Kertas 1 oleh guru cemerlang sains pertanian En Mohd Husni manakala sebelah petang selepas solat jumaat, PRE-TEST diadakan..

Pelajar berkumpul untuk menunaikan solat jumaat. Menunggu bas,.....


HARI K ETIGA :(8 Ogos 2009 )
Pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan. fasilitator juga berpecah mengikut kumpulan iaitu : Kumpulan 1 - untuk soalan nombor 1 kertas 2
Kumpulan 2 - untuk soalan nombor 2 kertas 2 dan seterusnya.... jumlah kumpulan ialah 5


HARI KEEMPAT ( 9 Ogos 2009 )
hari terakhir.... En. Ahmad Shukur sekali lagi datang untuk membuat RUMUSAN....


Ucapan wakil pelajar semasa majlis akan tamat...

Ucapan perasmian penutup oleh Dr. Haji Abdul Rahman Mat ( Ketua unit VOTEK, JPNT )

Guru-guru bergambar kenang-kenangan selapas majlis berakhir...


JUMPA LAGI PADA MASA AKAN DATANG.. tahniah kepada semua yang terlibat..
Monday, August 3, 2009 | By: WR

KEM KECEMERLANGAN SAINS PERTANIAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Hari ini saya menghadiri mesyuarat panitia Sains Pertanian peringkat negeri Trengganu. Mesyuarat khusus membincangkan KEM Kecemerlangan Sains Pertanian yang akan diadakan pada :

Tarikh : 6,7,8 dan 9 Ogos 2009
Tempat : Pusat Ko Kurikulum Kuala Berang

Seramai 100 peserta dari seluruh sekolah di Terengganu akan menyertainya. Sekolah saya menghantar 4 orang peserta 2 lelaki dan 2 perempuan. Mereka ialah :

Azura Awang
Nor Hafidah Farid
Mohd Azim Azfar
Lukman Hakim

Jauh juga Pusat KO tu...4 hari la kena tinggal rumah..Semalam dah la pulang lewat ke rumah kerana menghadiri pengkebumian emak sedara yg meninggal di Kota Bharu. Sekarang kalau petang sikit mesti hujan ribut.. Pulak tu bimbang bila mengingatkan wabak H1N1.

Monday, July 20, 2009 | By: WR

PISANG TANDUK

Suami saya membawa pulang pisang tanduk yg ditanam di kawasan ladang ternakan ayamnya. Dengan panjang tandanya mencecah 3 kaki, dan buah pisang sepanjang 1 kaki, ia amat berat untuk saya angkat. Dan tidak terangkat pun....
Saya mengukur dengan pembaris dan kesemua buah pisang itu mencapai panjang dalam lingkungan 1 kaki.( 30 cm) Saya agak sibuk kebelakangan ini jadi pisang itu diberikan kepada makcik penjual goreng pisang. Kalau dulu rajin gak la saya buat kerepek...

Dan ini gambar untuk membandingkan saiz buah pisang biasa dengan pisang tanduk.. nampak tak bezanya...?


Sunday, July 19, 2009 | By: WR

KEM VOTEK HARI KE 2

Pada hari kedua... suasana di dewan makan yg juga digunakan sebagai tempat pelajar berbengkel.Sessi pembentangan hasil bengkel.. pelajar lelaki biasala kalau membentang hasil kerja menggunakan dialek daerah....

Pembentangan oleh kumpulan pelajar perempuan..

Penceramah jemputan mata pelajaran Perdagangan Tn haji Mahusin Mamat .



Gaya seorang KEM KOMANDAN.... tegas, lantang .. Cik Noraini Mohammad


Kem berakhir pada pukul 1.00 pm. Pelajar makan, mengemaskan bilik.. barang2 dan bersiap sedia untuk pulang..... masing2 kepenatan tetapi gembira.... Jumpa lagi di sekolah esok..
Friday, July 17, 2009 | By: WR

KEM KECMERLANGAN MATA PELAJARAN VOTEK 2009

Seramai 70 orang murid yang mengambil mata pelajaran di bawah bidang VOTEK menyertai kem yang diadakan di Pusat Kokurikulum Alor Lintang. Kami berkumpul diperkarangan sekolah sewal 7.15 pagi. namun ada beberapa orang pelajar yang datang lewat menyebabkan bas hanya bertolak pada pukul 7.50 pagi. Bermakna terlewat 20 minit dari jadual asal. Cik Noraini Muhammad sekalu Kem Komandan adalah orang kuat disebalik kem ini. Seramai 4 orang guru pengiring mengiringi pelajar ke kem tersebut dan saya turut serta kerana mata pelajran sains pertanian turut tersenarai. lain2 mata pelajaran ialah Prinsip akaun, perdagangan dan Lukisan kejuruteraan. Slot pertama selepas sarapan ialah Perasmian oleh GPK Pentadbiran, diikuti ceramah motivasi oleh Kaunselor sekolah Pn Hasmaliza Harun. Pda hari pertama pelajar diwajibkan memakai pakaian sekolah.Pelajar kusyuk mendengar ceramah motivasi..

Sebelah petang selepas solat Jumaat, ialah perbengkelan mengikut mata pelajaran. Ini adalah sebahagian pelajar saya yang mengambil mata pelajaran sains pertanian.
Selepas solat asar pelajar di ajak bersenamrobik dengan jurulatih Tn Hj Sabri Jannah Guru Pakar pandidikan seni sekolahkami.


Pelajar nampak seronok..


Sebelah malam ada slot bengkel mata pelajaran lagi....
Saya balik ke rumah jam 7.15 malam. pagi esok awal2 lagi akan ke sana lagi.. penat nya..
Thursday, July 16, 2009 | By: WR

TEMU MURNI TINGKATAN 1, 2 DAN 4

Majlis temumurni antara guru dengan ibubapa tingkatan 1, 2 dan 4 dijalankan hari ini. Saya tidak dapat menjenguk ke majlis tersbut kerana sibuk dengan tingkatan lima. Sayang juga nak tinggalkan P&P tingkatan 5. Sukatan pelajaran ada sikit lagi belum habis. Jadi nak cepat2 habis untuk ulangkaji pelajaran tkn 4 pulak. Lagi pun tak lama lagi peperiksaan percubaan akan menyusul.

walau bagaimana pun saya terpaksa juga ke majlis tersbut pada pukul 12.30 kerana anak saya adalah salah seorang pelajar tingkatan 1. Jadi saya bertukar sekejap dari guru sekolah menjadi ibu kepada seorang pelajar. Kebetulan guru tingkatan adalah kawan baik saya Hjh Roslinah jadi anak saya tersipu2 semasa ditunjukkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun yg lepas.
Tuesday, July 14, 2009 | By: WR

Bedah Siasat Ayam

Ini adalah salah satu amali kerja kursus Mata pelajaran sains Pertanian yang mesti dijalankan oleh pelajar tingkatan 5 sains pertanian. Amali ni dah lama dibuat ( bulan Februari lagi ) tapi gambarnya baru dapat dimasukkan ke dalam komputer. Amali ni paling ditunggu oleh pelajar. Apa tidaknya.. lepas buat bedah siasat ayam2 tu mereka bawa pergi sungai Pelagat untuk dibuat BBQ. Cikgu Chun tentu dah buat ni kan.
Mak ai.. seksinya ayam ni..
Hasilnya pelajar dapat mengenalpasti sistem pencernaan ayam....
Ini Mohd Azim Azfar dan Firdaus. Seronok sangat gambar mereka dirakam.






Related Posts with Thumbnails