Rasa susah nak bernafas.... tercungap-cungap macam "anak ayam" keletihan. Lepas raya ni terlalu banyak aktiviti samada di sekolah, rumah dan di kampung.
Ingatkan lepas raya ni nak BERTAPA buat soalan esei PTK, nampak gaya kena keluar dari gua pertapaan dan bereskan beberapa perkara lain yang tidak kurang pentingnya.
PTK hanya beberapa hari saja lagi. SABTU depan. Esei belum di cetak. masih ada yang "berlubang" sana-sini. Sudah 2 malam tidur lewat menaip esei...
Kelas anjal SPM pula akan diadakan minggu depan, sibuk la pula kena buat jadual anjal. BUkan senang nak susun jadual sesuai dengan masa guru. Maklum sajalah guru SPM juga mengajar kelas2 lain. Mujurla ada "GU" yang boleh bekerja sama. Terima kasih Puan Noridah penyelaras SPM yang "ngam" dengan saya. BOleh bekerjasama dan tidak lokek tenaga dan idea..
Kem pecutan akhir? aduh bahan-bahan sudah tersedia ada. Cuma orang yang nak cetak banyak2 tu payah nak cari... kemana menghilang sidia yang bertugas di bilik "riso"???
Ini belum kira lagi hal keluarga sendiri.. semput dibuatnya. Namun segalanya dijalankan dengan seikhlas mungkin.. semoga mendapat pahala dariNya...
Hari Arafah
-
Hari di mana doa2 di angkat. Hari di mana segala pinta dilangitkan..
Doaku masih doa yang itu itu jugak. Msaih pinta yg itu itu jugak.
Allah hu Akhbar.....
1 Dari Kacamata Orang lain:
Samalah kita kak..dah sampai hidung kalau lemas ni
Post a Comment