Tuesday, September 29, 2009 | By: WR

Selamat hari raya

lama tak kemaskini blog... sibuk sangat masa puasa...
Thursday, September 10, 2009 | By: WR

CUACA PANAS, PUASA & PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

minggu ini cuaca amat panas dan tiada hujan langsung. Minggu lepas ada la juga hujan turun dan cuaca agak sejuk. Waktu petang memang hujan turun diikuti angin kencang. tapi minggu ini cuaca berubah panas terik, kering dan lembab. Sungguh tidak selesa... lebih2 lagi kelas 4EP yang saya ajar tiada bekalan elektrik kerana kerja-kerja pembinaan bangunan baru. Kesian juga tengok pelajar2 kepanasan..... Mereka kelihatan letih dan tak banyak bergerak.. bagus juga tu.. takda la mereka merayau2... tetapi segelintir pelajar menengah rendah masih boleh "berlari". Pengetua pun nak pelik macam mana dibulan puasa ni pelajar terbabit boleh aktif .. tau-tau saja la..

Pelajar tingkatan 5 pula sedang rancak menghadapi peperiksaan percubaan. Elok juga mereka tengah exam tak perlu la cikgu mengeluarkan suara mengajar.. jimat tenaga suara.

Kepada semua calon SPM selamat menghadapi peperiksaan percubaan..
Thursday, September 3, 2009 | By: WR

"RUMAH BARU"

Semasa perhimpunan ahad yang lepas pengetua berbisik kepada saya bahawa saya mendapat "rumah baru " Dalam hati saya tertanya2 apakah yg dimaksudkan oleh beliau. Terlintas juga dalam hati adakah rumah baru bermaksud "sekolah baru" Adakah saya akan ditukarkan?

Akhirnya saya lega bila pengetua berkata yang Bangunan Katering & penyajian yang baru akan didirikan. Rumah baru bermaksud sekolah akan dapat satu blok bangunan baru yang akan dididrikan di sebelah bangunan baru yang dalam proses pembinaan.

Syukurla, selama ini guru katering dan penyajian terpaksa menggunakan bangunan lama yang diubahsuai berkali2.. keadaannya amatlah uzur dan tidak begitu "baik" untuk proses P&P. hari ini pihak JKR datang untuk membincangkan lokasi sebenar dan selepas ini tender akan dikeluarkan.

yang paling gembira ialah guru mata pelajaran tersebut yang telah sekian lama terpaksa mengajar dalam keadaan daif.... Saya tidak menafikan ini semua adalah usaha "mantan" pengetua dulu yang bersusah payah .. akhirnya dapat jua...
Monday, August 31, 2009 | By: WR

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2009

Semalam sekolah dibuka setelah bercuti seminggu. Perhimpunan ahad diadakan seperti biasa. Majlis sambutan Hari Kemerdekaan diadakan secara sederhana. Ia dimulakan dengan pengkisahan sejarah kemerdekaan yang disampaikan oleh pelajar:

Wan Azila dan Ridwan - dengan dibantu oleh sketsa ringkas oleh 5 pelajr lain.

Seterusnya sajak kemerdekaan oleh pelajar tingkatan 1 dan 2.
Saturday, August 29, 2009 | By: WR

MAJLIS BERBUKA PUASA 2

Semalam kami adik beradik mengadakan Majlis berbuka puasa di kampung. 6 dari 9 adik beradi hadir bersama pasangan dan anak-anak. Itu dalah majlis tahunan yang kami buat sejak 5 tahun yg lepas.
3 lagi adik beradik yang tidak bersama kerana:
- adik yang tinggal jauh di Pulau PInang
- seorang lagi adik tinggal di Jeli kerana "sibuk"
- seorang lagi telah pun pulang ke rahmatullah....

Kami berkumpul sejak pagi membeli keperluan untuk berbuka. Acara ini juga diharapkan dapat menghiburkan hati kedua ibubapa yang selalu kesunyian bila anak2 berjauhan (kerana kerja )

Juadah yang menjadi pilihan kali ini ialah NASI KERABU ( atau orang luar panggil NASI ULAM )
1. Nasi putih
2. Ulam-ulaman
3. Ikan celup tepung goreng ( hahaaha )
4. Ayam goreng - untuk budak2 yg suka ayam
5. telur masin
6. tumis nasi kerabu
7. sambal ikan nasi kerabu

Kuih : "Butir nangka " - :)

Selepas menjamu selera, kami solat maghrib, isya dan terawih berjemaah. Terasa la ikatan kekeluargaan semakin dekat...
Monday, August 24, 2009 | By: WR

MAJLIS BERBUKA PUASA 1

2 Anak saudara yang baru kawin awal tahun ini bekerja di Besut. Jadi semalam saya menjemput mereka berbuka di rumah dengan membawa pasangan masing2.Oleh kerana mereka bekerja ( yang kakaknya kerja dekat FAMA dan adiknya di Majlis daerah Besut ) mereka datang lewat. terpaksala saya dan anak perempuan membuat persiapan ala kadar. Juadahnya ringkas :

1. Tom yam
2. Ikan percik
3. Sayur Goreng
4. Solok Lada ( dibeli oleh suami )
5. nasi putih ( mestila..... )

pembasuh mulut : Krim karamel

Minuman : Teh O ( ada juga air kacang soya - kebetulan saya bertemu bekas anak murid yang menjual air buah ditepi jalan, jadi diberikannya pada saya... ingat juga kat bekas guru ni.. )

Khurma tak tinggal la....
Friday, August 21, 2009 | By: WR

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Kepada semua;
Selamat Menyambut Bulan Puasa.

Bahan untuk peringatan tentang puasa....

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)
Related Posts with Thumbnails