Monday, November 23, 2015 | By: WR

SELAMAT BERSARA & ANUGERAH KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN

Pertama kali ingin bersara pada tahun 2011. Apa tidaknya aku mula terjun ke bidang yang tidak sebulu ... Bidang Kokurikulum.. Sebenarnya bidang itu bukan lah asing bagiku. Semenjak di sekolah rendah aku ialah "pelari pecut" dan Pemain bola jaring yang mewakili sekolah hingga ke peringkat daerah. Pernah juga bermain bola keranjang di bawah asuhan seorang guru berbangsa cina Mr Chong Wee Wong. Bila masuk ke sekolah menengah, aku masih bergiat dalam olahraga tetapi hanya di peringkat sekolah dalam acara pecut juga. Bila menyambung pelajaran ke SMT Johor Bahru dan tinggal di asrama aku mula berjinak-jinak dengan permainan bola tampar dan mewakili sekolah bertarung dengan sekolah2 disekitar Johor Bahru. Ini tercatat dalam surat keluar sekolahku. Apabila melanjutkan pelajaran di UPM pada tahun 1979 aku turut mewakili kolej ke lima dalam permainan bola tampar...
Namun.... semua itu telah kulupakan.. bidang itu tidak lagi sesuai dengan jiwaku.. oleh itu bila 2011 aku dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.. ( entah bagaimana pemilihannya) aku rasa sedikit tertekan . Apatah lagi menjawat jawatan itu di sekolah yang tidak pernah terfikir untuk aku bertugas iaitu SMK Kuala Besut. Aku telah menanam perasaan untuk bersara di SMK Pelagat ditempat aku bertugas paling lama dan dekat dengan rumahku.. itulah angan-anganku..

Namun aku akur dan melaporkan diri juga ke SMKKB.. Dengan segala perasaan yang tidak selesa ku gagahkan diri meneroka dunia kokurikulum.. nasibku baik.. aku berada dalam sebuah pasukan yang amat bekerjasama..  semua guru di  bawah bidang ini memberikan kerjasama dan sanggup mengikut apa yang aku inginkan.. akhirnya dengan mengumpul segenap keringat kami membentuk sebuah unit kokurikulum yang berjaya... sehingga pada 2015 kami gah berada sebaris dengan sekolah-sekolah lain yang cemerlang kokurikulumnya di peringkat kebangsaan.. Kami Naib Johan Sekolah Cemerlang Kokurikulum Kategori sekolah luar bandar peringkat kebangsaan.. siapa sangka..

Namun.. keinginan untuk bersara tetap bersarang dihati..  sebabnya...
1. Aku tidak  mahu lagi terus berada dalam bidang yang tidak sejiwa denganku.. Aku banyak bertolakansur menerima aktiviti yang aku sebenanrnya tidak rela berada di situ.. tidak sanggup melihat percampuran pelajar-pelajar lelaki dan perempuan setiap kali aktiviti sukan... terutamanya..

2. Aku telah banyak berubah.. aku mahu menjadi diriku yang dulu semula.. aku ingin membataskan aktivitku seperti dahulu.. aku mahu sentiasa berada bersamaNya... berlama-lama di sejadah.. bangun malam untuk berbicara denganNya.. semuanya itu sudah seakan kurang nikmat bila aku kepenatan mengurus kerja-kerja di sekolah.. Aku ingin mngubah KPI ku.. aku seakan "lagha"..

3. Aku tidak bahagia berada dalam sekolah. Walau banyak kejayaan dicatat.. namun kejayaan itu tidak sedikit pun setanding dengan kejayaan yang aku idamkan di alam sana... penat dan terasa amat hina bila segelintir orang yang hanya nampak kedudukan dan kekuasaan.. apalah sangat itu semua.. tidak kemana bila dipanggil pencipta mengadapnya..

Maka bersaralah aku untuk mencapai KPI baharuku.. in Sha Allah aku mahu menjadi diriku yang sebenar..
Monday, December 15, 2014 | By: WR

MERAYAU LAGI...

Orang lain mmg biasa je melancong dalam atau luar negara,,, tapi saya yg mcm katak bawah tempurung ni semenjak bertukar ke SMKKB mmg kuat merayau...
2014:
1. Saya buat kedua kalinya ke Indonesia kali ini ke Bandung dan Jakarta. Percaya tau tidak setelah ramai yang menarik diri hanya kami berempat saja yg pergi.....  Sy tdk mau melepaskan peluang ini krn sdh lama merancang dan mmbeli tiket kapal terbang. MMg berlainan sekali semasa ke Riau dulu....  Dgn pakej dari Bandung kepunyaan Pak Tam yg direkomenkan oleh ckgu Khairul Azrimi. Kami disambut mesra oleh pekerja Pak Tam iaitu Pad Adik.. orang yg dlm lingkungan awal 40 barangkali.. seorang supir yg TAAT dan amat membantu... kami rasa dilindungi dan dilayan dgn baik sekali.. penginapan yg selesa..  cuma.. kami tdk mggemari makanan padang..
Tempat yg ingin sgt sy lawati tentulah Tangkuban Perahu... Pak Adek bersemangat sekali menceritakan kisag lagenda itu... namun awas sebaik sampai kami tlh diingatkan Pak Dek ttg jurujual jalanan yg amat MENDESAK utk menjual barangan mereka dan jgn terkejut harga mereka 5X ganda lbh mahal.. jadi ELAKKAN mmbeli dgn mereka ini yg selalunya akan mengikuti pelancong dgn jarak yg dekat dan merayu2 hingga mgaggu kita..

 Kami dibawa makan ke GUbuq Makan Mang Engking.. restoran terapung.. makanannya enak.. :)
 Paling penting.. SHOPPING ler... byk tempat tp xboleh nk upload semua gambar..
 Floating Market.. pemandangan yg cantik dan menarik disini lahh
 Pusat beli belah lagi...

 
Pulang dengan puas.... Kami berempat akan melancung lagi...
Saturday, September 13, 2014 | By: WR

BERKULAT

Assalamualikum .... Ya Allah... dah berkulat rupanya blog saya.. Sejak saya bertukar ke SMK KUala Besut saya rasa amat sedikit masa yang saya punya.. bertolak ke sekolah seawal 6:45 pagi dan sampai di rumah dalam pukul 3 lebih atau kalau ada kerja lebih la masanya.. musim latihan sukan tunggu budak2 siap buat latihan pukul 7 malam lah baru sampai ke rumah... maka berkulatla BLOG ini tidak pernah dijenguk dan tidak dikemas kini... tambah2 sekarang apa2 berita cepat je dapat dari facebook..

Pada hari minggu ni terasa pula nak menulis kembali..mengasah minda , menggerakkan pemikiran dan berkongsi pengalaman.. kalau lama tak menulis seakan lupa membina ayat atau menggunakan istilah2 yang betul..  asal jangan otak pun turut  berkarat. InsyaAllah walaupun saya kurang menulis saya masih terus membaca. Memang tak lengkap rasanya kalau tak membaca.. masih banyak ilmu yang perlu diserap ke dalam otak ini... majalah SOLUSI tidak pernah saya miss.. cuma saya sudah mula lupa pada surat khabar...... 
Sunday, June 2, 2013 | By: WR

TAHUN MAKAN ANGIN...

Pernah saya menulis tentang tahun berdukacita di mana 3 ahli keluarga sayameninggal dunia. Nmpaknya tahun 2013 adalah tahun saya makan angin di dalam dan luar negara.
 FEBRUARI 2013:
Awal tahun dalam februari kami sekeluarga sekali lagi ke Cameron Highland. Dulu masa anak2 masih kecik dan pegi dah... kursus pun pernah di Cameron Highland. Tmbah2 skrg dekat sgt Kelantan dgn C. Highland. Namun masa tidak mengizinkan. Tahun ni baru lah berpeluang bersama-sama kakak sulong saya.

sempat juga kami sekeluarga bercuti bersama.. Ni Taman Lavender yg baru dibuka.. tak masuk pun sebab dh letih dlm perjalanan balik dah..

APRIL 2013
kemudian, dalam bulan April saya mengikuti pula lawatan SMK K.Besut ke Wet Lands di Dengkil. Seronok juga walau pergi bersama pelajar tapi aktivitinya sangat bagus. Sempat saya berbasikal menikmati alam sekitar di situ juga meneroka Hutan kecil mengenali tumbuhan dan hidupan di situ
 
Ingatkan dh tak pandai menunggang basikal sebab kali terakhir saya berbasikal ialah semasa belajar di UPM 1980han... rupa2nya mas masih boleh menunggang basikal... seronok juga
dalam gambar ni kami bertukar cenderahati dengan pihak Wetlands..
 sempat juga melawat rumah melayu di Wetlands... dibahagian dapur
 Bergambar beramai2 selepas masuk HUTAN......

MEI 2013:

Saya dan guru-guru SMKKB ke Vietnam . Ke luar negera la pulak. Kali pertama. Mgkin bg org lain dah lama mereka ke Vietnam tapi saya tahun ini baru lah berpeluang.. Bergambar beramai2 selepas balik dari Sungai Mekong.. melawat pulau2 berhampiran. Menikmati hidangan buah-buahan di sana



 dalam perjalan pulang dari pulau kami dihidangkan air kelapa... tapi sayang isinya tidak boleh dimakan kerana tidak diberi sudu.....dibuang je dalam sungai... sygnya

Yg bawah ni istimewa... hahaha saya ingatkan pokok betik rupanya sengaja digantungkan betik, nenas dan buah naga bergayut...

menaiki sampan di anak sungai Mekong... anak sungai yg smpit.. tapi sampannya bersimpang siur.. berselisih... kalau tak hati2 mau tangan terkepit..


JUN 2013:
Akan ke Indonesia pulak.....

Monday, May 20, 2013 | By: WR

SIAPAKAH INSAN BERNAMA FAUZI YG BERJAYA MEMBAWA MELVIN KEPADA ISLAM?..



Memanglah Melvin dikagumi...namun entah mengapa saya lebih berminat kepada lelaki bernama FAUZI yang berjaya membuka hidayah kepada Melvin
Sunday, January 27, 2013 | By: WR

ALAT PENIMBANG ROSAK????

Berat badan saya masa mula2 menjadi guru ialah 39 kg.... hehe... masih anak dara slim la.. 27 tahun kemudian berat saya tak banyak meningkat... 2011 berat saya 45 kg, bermakna selama 27 tahun itu berat saya bertambah 6 kg. Turun naik hanya sedikit sahaja. kalau bulan puasa mmg berat saya turun tetapi selepas bulan puasa naik balik dlm 1 kg. Namun, semenjak saya bertukar ke SMK Kuala Besut, dalam tahun 2012 yg lepas.. berat saya meningkat sebanyak 5 kg. dari 45 kg menjadi 50 kg.!!! 5 kg dalam setahun. Mak ai........ saya naik risau.. kalau lah 27 tahun lagi? agak2 jadi tong drum lah. 

Sejak mengajar di SMKKuala Besut, saya keluar awal ke sekolah dan hanya sempat minum secawan milo. Kalau dulu di sekolah lama sempat jugalah masuk dapur menggoreng mee, mihun atau nasi. Akibatnya sampai di sekolah saya lapar dan terus ke kantin. Di kantin, jarang ada kuih2 sebelah pagi.. yg ada NASI! Bila dah awal makan pagi, sebelah tengahari cepat pula lapar... makann lagi.. balik sekolah agak lewat kerana sekolah jauh... penat dan kerap pula saya tertidur... dulu TIDAK pernah saya tidur di siang harai selepas balik sekolah. Banyak tidur dan makan... akhirnya bila ditimbang... tak percaya.. dalam hati mungkinkah alat penimbang yg rosak.. Haha.. Baju kurung saya yg paling ketara.. semua kainnya dah tak muat.... adoi....
Saturday, December 15, 2012 | By: WR

IMAM Abdurrahman bin ‘Abdil ‘Aziz as-Sudais

Semasa mendengar bacaan ayat2 suci al-Quran oleh Imam Musyari Rashid, Saya tiba2 teringat saat mengerjakan haji pada 2002. Pada masa itu seorang imam sedang memimamkan solat asar dan saya berada pada saf di keliling Kaabah kerana baru selesai mengerjakan tawaf. Semasa membaca satu surah selepas al fatihah bacaan beliau tersekat2 dek sedikit esakan. Entah mengapa kami semua yg menjadi makmum juga turut terisak2...  walaupun kami tidak memahami maknanya ia cukup meresap dalam jiwa.. satu perasaan yg tidak dapat digambarkan....... suara imam  ini memang kerap didengar kerana setiap kedai yg menjual quran sering memutarkan bacaan beliau.Beliau juga sering mengimamkan solat membuatkan saya betul2 cam suaranya.
Kami saling bertanya2 kenapakah imam ini menangis semasa membaca surah dalam solat tadi... Apabila kembali ke hotel penginapanan barulah kami diberitahu oleh mutawwif yang imam ini kematian anaknya dalam kemalangan jalanraya. Maknanya selepas solat asar tadi dia juga mengimankan solat jenazah anaknya..
Pada masa itu saya tidak tahu nama imam ini. Bila pulang ke Malaysia barulah saya mencari di internet tentang beliau. Dan beliau adalah Syaikh DR, Abdurrahman bin ‘Abdil ‘Aziz as-Sudais. 
Nama penuh beliau ialah Abu Abdul Aziz Abdul Rahman bin Abdul Aziz bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Abdullah. Beliau terkenal dengan panggilan al-Sudays. Merupakan anak kelahiran Riyadh tahun 1382H (sekarang 1433H-51 tahun).
Beliau menghafaz al-Qur’an semasa berusia 12 tahun. Bapanya telah menghantar beliau belajar di Jamaah (kumpulan) Tahfiz al-Qur’an al-Karim yang berada di bawah penyeliaan Syaikh Abdul Rahman bin Abdullah A:l Faryan.
Beliau membesar di Riyadh dan belajar di sekolah rendah al-Muthanna bin Harithah kemudian Ma’had Ilmiyy juga di Riyadh. Antara gurunya yang terkenal ialah Syaikh Abdullah al-Munif dan Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Tuwayjiri. Beliau menamatkan pengajiannya di Ma’had pada tahun 1399H dengan keputusan imtiyaz. Beliau selanjutnya menyambung pengajiannya di Kuliah Syariah di Riyadh sehingga tahun 1403H.( sumber blog usraz norazamuddin http://abuawatif.wordpress.com/ )
  
Related Posts with Thumbnails