Wednesday, October 14, 2009 | By: WR

AKADEMI SAINS PERTANIAN 2009

Agak lama tidak kemas kini blog...
pada 10 - 12 Oktober yang lepas, saya telah membawa 2 orang pelajar SMK Pelagat yang terpilih untuk menyertai akademi sains pertanian.
Pelajar tersebut ialah : Azura Awang majid dan Nur Hafifah M. Farid
Ia adalah lanjutan daripada kem kecemerlangan sains pertanian yang telah diadakan ditempat yang sama dalam bulan Julai yang lepas. kali ini pelajar dipilih berdasarkan keputusan percubaan SPM. Hanya pelajar yang mendapat A dalam peperiksaan percubaan diambil untuk menyertainya... ( Namun, biasa la politik dalam bidang pelajaran pun ada... mana2 yang tak dapat A pun ada yang menyertainya...) Seramai 50 orang pelajar seluruh Terengganu terpilih menyertainya
Saya sampai di Pusat Ko Kurikulum Kuala Berang dalam pukul 10.00 pagi. Selepas mendaftar pelajar di kumpulkan dan diberi taklimat.

Slot pertama ialah pre-test untuk Kertas 1. ( saya difahamkan soalan kertas 1 itu adalah soalan percubaan Negeri Sembilan )
Sebelah malamnya perbincangan kertas 1.
Pagi esoknya pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut tahap pencapaian pelajar.


Hari akhir penceramah jemputan Encik Syukur memberi petua2 dan tunjuk ajar untuk menguasai kertas 2 ( terutama Soalan no 1 )



majlis berakhir pada pukul 12.30 tengahari pada 12 Oktober. Selaps ucapan perasmian penutup semua menjamu selera( makan tengahari)


SELAMAT PULANG DAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT.



4 Dari Kacamata Orang lain:

Cikgu Chun said...

Bagus lah, negeri terengganu selalu je ada program untuk subjek SPN ni. So, tak nampak lah sangat yg SPN ni dipinggirkan/subjek pinggiran....

WR said...

memang panitia spn terengganu aktif dan ahli2nya sentiasa bertemu utk bermsyuarat... jadi ikatan antara kami agak rapat. Kita kena tonjolkan diri..

chehassan said...

Tahniah Waruna kerana aktif dengan aktiviti pendidikan. Begitulah tanggungjawab yang sebenarnya seorang guru. Guru aktif, pelajar positif.

Teacher Ana said...

Tahniah.. SPN di terengganu memang aktif. Apa kata kita berkongsi maklumat.

http://panatiasp.weebly.com

cikgu junior
[mohdmazlan_ismail@yahoo.com]

Related Posts with Thumbnails