Saturday, March 3, 2012 | By: WR

PENANTIAN BERAKHIR...

Lega rasanya....
Pada 2.3.2012 pukul 8 pagi saya menelefon guru yang mengiring Pasukan Kadet PKBM yg mendaki gunung Tebu.. Beliau memaklumkan sedang bersiap sedia untuk turun dari Gunung... Jalan licin dan mungkin mereka akan lewat sampai ke kaki Gunung...

Pukul 1.30tengahari - Pn Zariha menelefon saya.. saya masih berdebar.. tertanya2 apakah khabar yg akan diberitahu... Alhamdulillah dia memaklumkan semua telah selamat turun pada 12 tengahari.

LEGA...... sepanjang pendakian murid2 saya rasa tak lelap tidur... memikirkan keselamatan mereka..... Syukur.. semuanya sudah selamat sampai ke rumah....
Thursday, March 1, 2012 | By: WR

MENUNGGU....

Hari ini sungguh sibuk....
1. Pengetua SMKKB akan mengadakan kenduri kahwin anaknya pada Sabtu 3 Mac. Saya tolong belikan hadiah bagi pihak Pengurusan Sekolah. Tak sempat bungkus di rumah saya bawa ke sekolah untuk disampaikan pada pengetua hari ni, nk bawa hari kenduri besar jugak...

2. Pelajar2 yang mengikuti pertandingan lalu Lintas bertolak ke Kemaman.. 17 orang semuanya .
Kena sediakan wang saku untuk mereka...

3. Alahai yang ini paling mendebarkan saya... 40 orang pelajar2 SMKKB dr unit PKBM(U) terlibat dgn program Mendaki Gunung Tebu.... Seorang guru pengiring tidak dpt hadir seperti yg dirancang kerana sedikit salah faham... jadi sorang je la guru pengiring, namun kami dpt bantuan daripada PKBM Gong Kedak.... dan juga JPAM Besut... Juga turut membantu bekas pelajar SMKKB yg telah berpengalaman mendaki Gunung Tebu. Semasa memberi sedikit ucapan sebelum bertolak, saya memang rasa agak sedih.. entah kenapa... cuma saya iringi doa dan pesanan supaya pelajar menjaga keselamatan diri masing2... yg pentingjgn berseorangan.. sentiasa dlm kumpulan..... Sekarang dah 8.15 malam.. saya menghantar mesej kepada guru pengiring namun... takda balasan...
Friday, February 24, 2012 | By: WR

BERCUTI KE PENANG

Sudah hampir 10 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke Pulau Pinang semenjak kakak dan adik saya sudah bertukar ke kelantan. Dulu masa tengah belajar, saya selalu ke Penang kerana kakak saya kerja di sana ( LHDN ) Seingat saya semenjak saya menunggu keputusan SPM sehinggalah saya menyambung pelajaran ke UPM Serdang. Pantang ada cuti saya akanke sana. paling seronok bila kakak saya membawa saya pulang ke Kelantan dengan kapal terbang. Itu lah pertama kali dlm hidup saya naik kapal terbang. Masa tu masih sekolah dan "riuh" la saya bercerita pada kawan2 sekolah maklumlah teruja dapat pengalaman naik kapal terbang...Sehingga saya berkahwin dan mendapat anak saya masih lagi berkunjung ke sana. Anak2 memang seronok naik feri, melawat taman bunga dan keretapi ke Bukit Bendera.

Tapi kali ini saya tak bawa anak2 dan keluarga kerana anak2 dah besar dan belajar jauh. Jadi saya menemankan kakak saya yg menerima jemputankenduri kawin anak kawan lamanya . Oleh kerana kakak saya kematian suaminya semasa menunaikan haji 5 tahun yang lepas jadi dia takda kawan dan mengajak saya serta adik yang juga dulu pernah bekerja di LHDN Penang ke sama. Nampaknya kali ini saya tak bawa anak2 tapi bawa cucu2 kakak saya...

Oleh kerana jemputan kawin pada hari ahad, kami sempatla ronda2 Penang pada hari sabtu. Pagi jumaat kami bertolak dan petangnya sampai di rumah kawan kakak saya.. (Kak Yah ) Punya la baik kak yah berikan rumah sewa anaknya kepada kami untuk bermalam. Maknanya penginapan free laa. Kakyah juga menghantar breakfast pagi sabtu tu... kesian dia dahla sibuk menyiapkan kenduri terpaksa layan kami lagi... Oleh kerana kami takmo mengganggu kak yah hari sabtu tu kami keluar shopping ( bukan nya nk tolong kak yah... hehe.. ) Orang perempuan memang mcm tu.... kalau tak shopping tak sah.... Dan destinasi kami ialah QUEENSBAY.. kebetulan masa tu baru lepas sambutan Raya Cina.. masih ada lagi hiasan menyambut nya....

Penat menjelajah Queensbay.. cucu2 dah kepenatan.... lapar... kami makan dan untuk memuaskan hati cucu2 yg komplen terpaksa ikut kami shopping, kamiturutkan kemahuan mereka untuk jalan2 pula..... Masa tu dah tak sempat nak pikir pergi mana sebab dan petang. Akhirnya kami cuma ke Taman Bunga... aduh.. sesaknya jalan sebab persiapan untuk Thaipusam diadakan... penat beratur di jalan... akhirnya sampai jua ke Taman Bunga... Tapi Taman bunga sekarang dah tak macam dulu rupanya... macam tak terjaga dan suasana dah tak seronok. Mujur la ada keretapi untuk ronda kawasan sekitar... tak dapat tengok apa2 pun sebab semua bangunan tertutup... pokok2 dalamnya tak terjaga.... takpalah cucu2 gembira naik keretapi buruk tu... hahaa..



Alamak.... percutian apa entah.. 2 tempat tu je yg kami pergi.. malamnya ada jemputan oleh kawan adik saya seorang India yang amatla BAIK ... sebenanrnya malam kami sampai lagi dia dah ajak makan tapi kerana kepenatan... cucu2 dh tidur.. kami terpaksa menolak. Akhirnya malam ahad tu kami penuhi jemputannya... Orangnya sgt baik, tak sangka seorang bangsa India Pulau Pinang sanggup melayan Melayu kelantan ini dgn begitu baik... Dia juga menyertai sambutan thaipusan selalunya membawa kawadi tapi tahun ini dia hanya membawa susu katanya... Malam tu dia jamu kita orang dengan masakan siam, tapi dis sndiri tak makan sebab "sedang Berpuasa " untuk thaipusam nanti....

Pagi ahad kami membeli sedikit buah tangan untuk orang di rumah di Pasar Bayan Baru.. dan pukul 12 kami ke Dewan untuk jamuan kenduri
Tuesday, February 21, 2012 | By: WR

AKTIVITI KOKURIKULUM AWAL TAHUN 2012

Sibuk.......begitulah suasana sekolah di awal tahun...
sebaik saja pendaftaran pelajar baru dan majlis suaikenal tingkatan satu tamat, P dan P berjalan lancar. Aktiviti Kokurikulum tidak ketinggalan rancak bermula sama ada di peringkat sekolah mahupun daerah.

Bagi SMK Kuala Besut, Temasya Sukan peringkat sekolah berlangsung terkemudian dari acara peringkat daerah kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Ia bermula dengan KARNIVAL SUKAN IM IS bermula 12 hingga 15 Februari lepas. Permainan yang dipertandingkan ialah FUTSAL, BADMINTON, BOLA JARING, BOLA TAMPAR BADMINTON DAN PETANQUE. Sambutan amat menggalakkan. Saban petang pelajar memenuhi gelanggang yang terhad. Sekolah kami tidak mempunyai padang permainan....
Pada 16Februari kemuncar Karnival Sukan 1M1S, diadakan pula Kejohanan Merentas Desa. Amat luarbiasa, sebelum inidi sekolah lama kalau latihan merentas desa kehadiran pelajar boleh dibilang dengan jari... tapi berbeza di sekolah SMKKB, pelajar memenuhi ruang perhimpunan... Sebelum Acara dimulakan pelajar berkumpul dan diberi taklimatoleh SU Sukan dan senamrobik dikendalikan oleh 2 orang guru sukan En Aznan Abas dan Puan Zariha Ibrahim


Pelajar dilepaskan oleh Pengetua...
Antara acara penyampaian hadiah oleh GPK Penradbiran....

Dan hari ini 21 Februari, berlangsung pula Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah yang disertai oleh mudrid mengikut Pasukan Badan Berunifrom. Sebanyak 16 unit Badan Beruniform mengambil bahagian. Pertandingan Perarakan, Selawat dan Sepanduk juga diadakan..


Selepas perarakan pelajar diberi jamuan dan pada pukul 11 pagi mereka dikumpulkan di dewan Asy-syafie untuk mendengar ceramah Maulidurrasul oleh GPK HEM SMKA Wataniah Us Zaki... Selepas ceramah kuiz agama diadakan dan akhirnya majlis penyampaian hadiahuntuk pemenang pertandingan Selawat, Sepanduk dan Perarakan telah disempurnakan oleh tuan pengetua..
Syabas dan tahniah untuk semua warga SMKKB yang memberikan kerjasama sehingga berjayanya majlis yang gilang gemilang...
Sunday, January 15, 2012 | By: WR

PAPA BY PAUL ANKA


Semasa dlm perjalanan ke sekolah pagi tadi saya cuba membuka stesen radio IKIM seperti selalu. Dalam masa 30 minit perjalanan ke sekolah, sambil memandu saya akan mendengar radio IKIM. Selepas mula mendengar radio IKIM saya memang tidak memilih stesen lain lagi. Tapi pagi tadi stesen radio IKIM TIDAK dapat keudara dalam kereta saya. Apa sebabnya saya pun tak tahu...
Jadi saya pun mula menekan stesen radio lain. Tiba2 saja dari stesen Traxx fm kedengaran lagu ini..... PAPA oleh Paul Anka... aduh.. hati saya cukup tersentuh... senikatanya amat memilukan.. dulu2 saya memang peminat Paul Anka.. tapi skrg dah tgl semua itu dan hanya minat ceramah2 macam ceramah ustaz Azhar saja... tapi layan la pulak yg ini...
Friday, January 13, 2012 | By: WR

BERTUAH DAN HEBATNYA WARDINA


"Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia."

Disaat selebriti lain ( bukan semua ) berbangga mempamerkan "aset" sndiri.. Wardina begitu bertuah mempunyai suami yg begitu "ketat" menjaga kehormatan isteri.

Ya ALLAH kurniakan aku anak yg mempunyai jiwa seperi suami isteri ini...

Saturday, January 7, 2012 | By: WR

VIVAku DIREMPUH

Pukul 6.45 petang semalam saya dan anak bongsu bertolak dari rumah emak di Machang untuk pulang ke Jerteh. Saya memandu perlahan saja dlm 60km/jam. Sampai di Kg Bukit Tiu simpang ke Bukit Bakar tiba2 sebuah kereta proton saga ABR 5797 muncul dan merempuh kereta saya. Saya hanya sempat mengelak sedikit dan muncung keretanya merodok pintu belakang kereta saya. Dentuman itu mengejutkan saya dan kereta saya tersasar namun mujurla saya dapat mengawal dan memberhentikan kereta di tepi jalan. DIa ( seorang askar ) juga turut berhenti dan orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu mengerumuni kami. Turun saja dari kereta saya terus bertanya dia
" Kenapa la adik ni bawa kereta mcm ni?"
Dia memandang tajam ke arah saya dan menjawab
" Saya tak nampak! "

Aduh jawapan yang tak dapat saya nilaikan apa2.. saya terdiam. Mujurlah orang ramai mententeramkan saya dan ada pakcik2 yg terus membantu saya. Memang salah dia sebab saya dari jalan lurus dan dia dtg dari simpang. Sepatutnya dia memberhentikan kreta dan memandang kiri kanan sebelum keluar dari simpang. Tak payah saya jelaskan semua saksi menuding jari ke arah dia.

"jom kita ke balai" Tiba2 dia bersuara. Saya tak tahu apa nk buat. Tangan terketar2 menyalin no keretanya dan saya menyuruh anak saya menelefon suami kerana telefon saya sndiri sudah kehabisan bateri. Namun sempat juga saya menelefon abang di kampung yg belum jauh dr tmpat kejadian.

Kami ke Balai Polis Macang. Dalam perjalanan abang dan adik saya kelihatan menyusul dengan motornya.


Related Posts with Thumbnails