Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts
Monday, February 14, 2011 | By: WR

BERKAWAN DENGAN ORANG MUDA

Sejak akhir2 ini saya selalu saja jadi "LoneRanger". Tak apa lah dah tua2 ni kemana saja berseorangan. Rasa lebih selesa begitu. Ke kantin, ke bengkel, ke pejabat, ke surau, ke dewan, ke padang... bebas kemana saja. Kalau tak pergi ke mana2 saya duduk dibengkel Sains Pertanian. Menghias bengkel... Terasa puas melihat bengkel bertambah ceria dengan papan kenyataan yang dipenuhi pelbagai maklumat. Tak apa tanpa kawan, asal saja saya tahu ada Allah sebagai "kawan" itu sudah memadai. Cukuplah Allah sebagai teman berbicara dan mengadu.

Bengkel saya dekat saja dengan bengkel KHB dan LK, dek kerana selalu berurusan saya menjadi rapat dengan anak2 buah VOTEK. Dia orang ni masih muda... ada yang belum kawin pun. Seronok juga berkawan dengan orang muda ni, boleh bandingkan dengan masa muda sendiri dahulu.

Nik Ma, orang kuat LK selalu bersama saya akhir2 ini. Bulan ini saja saya dah 2x ke Kota Bharu bersamanya kerana urusan peribadi saya. Kebetulan dia juga ada keperluan di KB, jadi saya menumpang dia dan dia menumpang saya. Untuk kali pertama kami ke KB dengan keretanya. Seronok jadi penumpang. Boleh pula terlelap dalam kereta. Orang muda pandu kereta mesti lah "ganas" sikit. Sampai ke destinasi yg saya tujui, ramai yang menegur bahawa Nik Ma anak saya. Pada hal kami rakan sekerja.. Hehehhe... saya sedar diri.. sejak masuk ke angka 50, memang layakla NiK Ma dianggap anak saya. Saya pun apa lagi mengangguk saja lah. Seorang ibu keluar shoping dengan anak perempuannya. Biasa lah kan.. Yang seronoknya Nik Ma boleh ikut gaya saya dan saya juga boleh ikut gaya dia. Barangkali kerana kehidupan sebagai guru sama, jadi kami tidak kekok walaupun jarak umur yg agak jauh.

Hari ini untuk kali kedua saya dan Nik Ma ke Kb . Kali ini saya yang mengajaknya menemankan saya kerana suami dan anak tidak dapat ikut saya. Dari berurusan seorang diri saya mempelawa Nik Ma bersama. Sekali lagi soalan yang sama diajukan pada saya.

" Anak cikgu ke ni? kerja kat mana?" Tanya seorang pegawai Bank.

" Kerja kat sekolah yg sama" jawab saya ringkas. Nik Ma hanya senyum.

" ooOOOO anak dan mak bekerja di satu sekolah.." katanya lagi....

Saya tidak mengiakan atau menidakkan. Akhirnya saya bertanya kepada Nik Ma,

" Wajah kita ada persamaan ke?"

Nik Ma hanya ketawa kerkekeh2..

Boleh jadi saya nampak terlalu tua atau Nik Ma yg awet muda....

Saturday, February 5, 2011 | By: WR

Biar lah hanya Dia sebagai Teman

Tajuk entri saya kali ini nampak "jiwang". Sebenanrnya saya hanya teringatkan teman2 baik saya sepanjang saya bersekolah rendah hinggalah ke usia emas yg layak bergelar nenek. :D
Entah mengapa hari ini selepas solat subuh hati saya jadi sayu teringatkan teman2 baik yg selam ini mewarnai hidup saya dgn pelbagai warna kehidupan manis, masam, pahit dan masam...

sejak dibangku sekolah rendah saya berkawan rapat dengan Rosmawati Mahmud. Anak seorang guru yang tinggal di Bukit Tiu. Kami mula rapat apabila di darjah 2. Oleh kerana bapanya seorang guru, dia nampak lebih dari saya dlm semua segi. Namun keakraban kami tidak pernah dibatasi oleh perbezaan darjat itu. Lebih2 lagi bila saya muncul sbgai pelajar terbaik kelas, saya mula tidak rasa rendah diri. Saya selalu bertandang ke rumahnya walaupun agak jauh. Percaya atau tidak, padamasa itu saya hanya berjalan kaki ke rumahnya dlm 2km dari rumah saya. Ayahnya aktif bermain tenis di bandar Machang dan saya selalu jadi "budak pemungut bola" dengan upah 20 - 30 sen. Kami berkawan rapat hinggalah bila menjejakkan kaki ke sekolah menengah, dia memasuki SMK hamzah yg lebih dekat dgn rumahnya dan saya pulake SMK Machang. Walaupun berlainan sekolah tapi kami masih tetap berhubung cuma, apabila masing2 berjumpa kawan baru.... tumpuan hilang dan kami dgn haluan masing2. Walaupun begitu saya selalu terkenang peristiwa manis semasa berkawan. Susah sama susah senang sama senang. Pernah bila saya sakit sebulan tak ke sekolah dialah kawan yg menziarah saya dan kami sangat sedih berjumpa.. walau saya terlantar dan tidak kesekolah dlm jgka masa yg lama.. dia tidak lupa mengingatkan saya tentang pelajaran. Terakhir berita saya teriima darinya ialah dia melanjutkan pelajaran ke India dalam bidang perubatan. Maklumlah ayahnya berada dan boleh menanggung pelajarannya sebagai doktor.

semasa disekolah menengah saya berkawan dengan ramai kawan . namun, Utk pelajaran saya rapat dengan seorang anak ustaz yg sekarang juga bekerja sbg guru dan entah di mana bertugas. Ketika hamp;ir peperiksaan SRP saya dijemput belajar dirumahnya. Hampir setiap malam saya bermalam di rumahnya mengulangkaji pelajaran. Akhirnya dia juga meninggalkan saya apabila berjaya ke Sekolah berasrama penuh. Saya pula hanya ke SMK Teknik.

Di SMK teknik saya berjumpa pula seorang kawan rapat yang tidur sebantal dan makan sepinggan. Orang kelantan juga. Namanya Tuan Rohana. Tetapi kami berpisah jua bila habis SPM saya melanjutkan pelajaran ke UPM Serdang dan dia pula UPM Serawak.

Di UPM saya mendapat seorang kawan baik dari Negeri Sembilan. Maizura namanya, Saban hari ke kuliah bersama. Uniknya persahabtan kami, saya masa tu aktif dlm usrah dan kegiatan agama tapi dia seorang yg sosial . Saya bertudung dan dia lebih selesa berseluar jeans dan t shirt. Tiap2 hari kami ke kuliah bersama dan belajar bersama. Segala soal pelajaran kami buat bersama. Tetapi dlm pergaulan luar, saya tidak mencampuri urusannya.

Selepas majlis konvokesyen di UPM saya masih berhubung dgn maizura danterakhir saya mendapat berita tentang perkahwinannya dgn seorang course-mate yg selama ini saya tidak tahu perhubungan mereka.

Akhirnya dalam dunia kerjaya sebagai guru, saya juga mendapat kawan baik. Walaupun kawan baik yg sebenanr bg seorang isteri ialah suami sendiri saya masih mempunyai kawan rapat utk urusan2 kerja.

Walaupun semua kawan baik telah hilang entah ke mana, saya bersyukur kerana mempunyai sahabat yg byk memberi pelbagai sumbangan.. Kini, hanya DIA ( ALLAH ) yg menjadi teman walau di mana kita berada dan dlm apa jua yg kita lakukan.. cukuplah ALLAH sebagai teman abadi tempat mengadu susah senang... Amat beruntungnya seorang insan mempunyai "TEMAN" yg kekal abadi yg Maha segala... Maha Pengasih, Penyayang,Pengampun .....

Wednesday, December 29, 2010 | By: WR

CATATAN PENUTUP TIRAI 2011

2010 hampir pergi dan 2011 bakal tiba tak berapa lama lagi. Banyak peristiwa berlaku di akhir2 2010 yang pastinya menuntut banyak kesabaran. Walaupun rancangan bercuti ke Melaka menjadi kenyataan, namun beberapa peristiwa yang kurang menyenangkan turut mewarnai 2011.

1. Kesihatan ayahnda yang makin merosot mendambakan perhatian anak2 yang lebih komited.Cuti sekolah yang lepas selain bertugas disekolah dan masih menjalankan kelas tambahan untuk pelajar SPM , saya juga bertugas di rumah emak di kampung untuk menjaga kedua-dua ibubapa yang semakin uzur lebih2 ayahnda yg terbatas pergerakannya akibat sakit tua.

2. Abang saya juga turut ditimpa sakit tiba2. Mujur anak2nya ada dirumah kerana cuti sekolah.

3. Setelah tamat SPM, anak2 menuntut untuk bercuti. Saya menjadi serba salah tetapi selepas giliran tugas menjaga ayah terlaksana, saya ikut kan juga impian anak2 walau kami pergi hanya sehari melawat. 2 hari perjalanan pergi balik agak memenatkan. Takpa lah asal anak2 terhibur. Kalau ikutkan hati memang malas nk berjalan jauh bila usia dah meningkat.

4. paling menekan perasaan bila 2 hari balik dari Melaka, suami diserang sakit lagi menyebabkan kedua2 tangan dan kakinya tidak dapat bergerak. Amat mengejutkan saya, akhirnya saya membawanya ke hospital dan tidak dapat menghadiri mesyuarat awal tahun 2011 ( mesyuarat guru dan JKS ) Terpaksa menjagannya di wad hospital Besut. Dalam kebimbangan kemungkinan berlaku macam2 andaian, saya bersyukur kerana ahirnya suami pulih... Terima kasih ALLAH. Syukur juga padaMu ya ALLAH kerana mengurniakan DUA anak lelaki yang menjadi kekuatan diri ini. Kebetulan anak perempuan saya menghadiri KEM jatidiri di ILIM Besut.

Semoga tiada lagi peristiwa hitam di hujung 2010 ini.

Monday, March 9, 2009 | By: WR

AIR KELAPA ASLI

SALAM MAAL HIJRAH....
Semalam saya lewat pulang ke rumah kerana mencetak jadual baru yang diedarkan kepada guru-guru. Ini dah kali ke 4 tukar jadual kerana sekolah mendapat 2 orang lagi GSTT menjadikan 4 orang semuanya. Terpaksa lah dibuat jadual baru. Anak saya merungut kerana lama menunggu di garaj kereta. Dia bersungut nak berbasikal ke sekolah. Saya memujuknya supaya tidak berbasikal ke sekolah. Bimbang juga dalam perjalanan terjadi apa2. banyak perkara yg tidak enak didengar sekarang ini, takut pula terjadi BULI atau dicederakan. Saya menjadi takut.. kalau2 terjadi pada anak saya... anak saya pun masih kecil ( tingkatan 1 )

Dalam usaha memujuknya ke sekolah bersama saya.. saya memikatnya dengan membeli air kelapa muda yang tersohor di Padang Luas.. air kelapa asli yang tidak dicampur gula..Dibuat depan mata pelanggan dan bukan disimpan dalam bekas seperti yang dijual oleh kebanyakan peniaga... Manisnya asli! tambah pulatidak ditambah ais! ( saya sudah lama tidak menghirup minuman berais) Anak saya memang suka sangat air kelapa muda.. apa lagi saya cakap kalau ke sekolah dengan mak, hari-hari boleh minum air kelapa muda.. dia pun sengeh. Dia tahu mak dah rasuah dia....

Hari ini, semasa makan tengahari, dia mintak belikan lagi air kelapa muda. Saya ikutkan saja..
Friday, January 30, 2009 | By: WR

CERMIN MATA KU...



Petang semalam pergi ambik cermin mata di kedai LITA, Jerteh. Sudah siap. Sungguh janggal dan menyusahkan memakai cermin mata. Sekarang ni pulak fesyen cermin mata empat segi yang kecik saja.. lain sungguh dengan cermin mata dulu2. Bingkainya pula macam bingkai orang muda warna-warni.

Saya haya memakai cermin mata apabila berkursus atau pergi taklimat di mana-mana. Saya RABUN JAUH. Kalau duduk jauh dari skrin memang pandangan kabur, tetapi kalau membaca buku atau menaip komputer saya tidak perlu cermin mata kerana saya boleh melihat dengan baik. Ramai kawan-kawan sebaya sudah mula memakai cermin mata dan merungut mata mereka dah tak nampak dengan jelas. Semasa memandupun saya tidak perlukan cermin mata.Walau bagaiman pun saya tetap membawa cermin mata ke mana saya pergi.
Thursday, January 29, 2009 | By: WR

TERINGATKAN ANAK...

Semalam suami menghantar anak lelaki saya ke stesen bas kerana dia akan menyambung latihan PLKN nya di kemaman. Dia dibenarkan bercuti sempena Raya Cina bermula sabtu hingga lah rabu. Kebetulan saya bersekolah jadi tidak sempat berjumpanya sebelum dia bertolak. Sebelum ke sekolah saya berpesan supaya menjaga kesihatan semasa di Kemaman.

Anak lelaki saya seorang pemalu. Bila kepalanya dibotakkan dia seboleh mungkin ingin menyorokkan kepalanya apabila pulang ke rumah. Kawan2nya datang menjenguk dan mereka sama-sama ketawa melihat wajah barunya. Adiknya ( bongsu ) puas memujuknya mengambil gambar tapi kena marah.

Semasa dalam latihan anak saya diberikan KAD MERAH kerana dia didapati mengalami darah rendah. Setiap kali kawad, dia rasa pening. yang mengherankan, dia adalah atlet sekolah. Pernah mewakili sekolah dalam badminton dan keluar Juara bawah 15 dulu. namun kerana masa itu dia mengambil PMR, dia tidak mewakili daerah ke peringkat negeri. Dia juag aktif dalam olahraga dan bola sepak. Entah macam mana dia dapat darah rendah.

Satu lagi dia juga mendapat kesan gatal2 pada badan. Alahan agaknya. Hingga terpaksa pula di bawa berjumpa doktor dan disuntik. Semasa banjir tempoh hari kem latihannya dinaiki air banjir dan terpaksa berpindah. masa tu air agak kotor. Kulitnya sensitif.

Dia anak yang manja juga.. entah kenapa hari ini saya sangat merinduinya.
Wednesday, January 21, 2009 | By: WR

MENCUBA LAPTOP BARU


Sudah lama dengar laptop yang ada webcam. Dengan laptop baru ni baru la tengok. Alahai sambil tu boleh pula ambil gambar sendiri. " jakun nye awak " Kata sorang kawan bila saya dan seorang sahabat baik ketawa melihat gambar kami dekat usb video device. memang la ini la kali pertama melihatnya. Anak sedara dah lama menggunakannya. Ada juga dia memberitahu tetapi baru ini la mengalaminya sendiri.
Tuesday, January 20, 2009 | By: WR

LAPTOP BARU

Awal tahun banyak kerja perlu dibuat. Laptop lama yang dah begitu uzur menyukarkan kerja... Apa lagi, beli la laptop baru.....ACER4730Z. Lebih kecil dari laptop lama. Tapi entah macam mana tak dapat nak connect internet sebab terlupa password. nak tak nak terpaksa la guna laptop lama yang keyboard nye rosak ni....
Punya la seronok dapat laptop baru. Kalau dulu guna laptop sekolah susah juga la. nak jaga keselamatan laptop lagi....nak share dengan orang lain.. Masalahnya nak pindahkan semua file2 lama ke dalam laptop baru...Baru perasan banyaknya virus dalam portable hard disk... bila sambung je ke laptop baru....baru la dikesan oleh anti virus tu.... selama ni dok ingat ianya bebas dari virus.. sebab laptop lama tak dapat mengesan virus tu. Ni yang malas nak ambik apa2 maklumat dari komputer orang. habis berjangkit virusnya.
Thursday, October 23, 2008 | By: WR

KESIBUKANKU SEBAGAI SEORANG GURU, ANAK, IBU DAN ISTERI

Di blog ini saya mengandaikan diri saya sebagai seorang guru, sebab itu diskripsi blog saya ditulis "DIARI MAYA SEORANG GURU". Aktiviti sebagai seorang guru sentiasa terisi dengan P&P, nota pelajar, kegiatan PMR, SPM, pembelian PCG, ulangkaji, latihan,mesyuarat, aktiviti Ko dan bermacam-macam lagi....Namun hari ini saya seolah-olah tersedar, batang tubuh ini bukan hanya milik SEKOLAH walaupun kadang-kadang kerja sekolah dibawa balik ke rumah.

Hari ini saya keletihan ke sekolah kerana malam tadi ayahnda yang telah tua menuntut dilayan sebagai seorang bapa. Badannya yang telah uzur, sakit-sakit perlu dirawat. Sebagai seorang anak, siapa lagi yang perlu bertanggungjawab terhadap bapanya. Disaat dia terlantar keuzuran, ingatan tentang baktinya tatkala saya masih kecil kecil, bersekolah dan berada di menara gading menjelma. Bagiamana susah sekalipun, dia akan menyediakan keperluan sekolah saya.

Sebagai seorang ibu pula, anak-anak amat memerlukan diri ini untuk membereskan hal persekolahan yang tidak dapat diselesaikan. Saya lah yang menjadi rujukan anak-anak kerana ayahnya sibuk dengan kerja.

Kesibukan sebagai seorang guru terhadap pelajar dan majikannya, anak terhadap seorang bapanya, ibu terhadap anak-anaknya tidak berhenti setakat itu sahaja. Malah tanggungjawab yang tidak kurang BESARnya menunggu untuk dilaksanakan iaitu tangungjawab seorang isteri terhadap suaminya. Suami yang keletihan bekerja juga memerlukan layanan seorang isteri.

terfikir dibenak ini mampukah saya menjalankan kewajipan ini dengan sempurna..... Bukan merintih atau tidak sanggup lagi menghadapi situasi begini, cuma sekadar luahan hati seorang guru, anak, ibu dan isteri....Semoga selepas apa yang diluahkan di sini, bebanan/tekanan menjadi reda.... Hanya di sini tempat melepaskan luahan hati. Individu yang terlibat yang diceritakan tidak tahu menahu pun...
Related Posts with Thumbnails