Wednesday, April 7, 2010 | By: WR

SEMAI BENIH-BENIH SYURGA


Antara isi menarik dalam buku ini..

11 golongan yang celaka.
Musa bin Jabal pernah bertanya kepada Rasulullah tentang firman Allah dalam surah an-Naba` ayat 18 yang bermaksud:

“ iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok”

Rasulullah menjawab:
“Ya Musa, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka √°dalah seperti berikut” :

1.)Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan kerana mereka SUKA MENYAKITI HATI JIRAN TETANGGA.

2.)Mereka yang menyerupai babi. Ini √°dalah balasan bagi orang yang SUKA MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT 5 WAKTU.

3.)Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala.Inilah balasan bagi MEREKA YANG ENGGAN MENGELUARKAN ZAKAT.

4.)Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan MEREKA YANG BERDUSTA.

5.)Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan MEREKA YANG MENGAUT KEUNTUNGAN DALAM JUAL BELI ATAS PENIPUAN.

6.)Mereka yang dicincang2 pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan MEREKA YANG MENYAKSIKAN MAKSIAT ATAU PERBUATAN JAHAT.

7.)Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan MEREKA YANG TIDAK MAHU MENYAKSIKAN KEBENARAN.

8.)Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya di atas. Ini adalah balasan MEREKA YANG BERZINA SERTA MATI SEBELUM BERTAUBAT.

9.)Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan MEREKA YANG MEMAKAN HATRA ANAK YATIM SECARA ZALIM.

10.)Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikkan. Ini adalah balasan MEREKA YANG BERANI MELAWAN KEDUA2 IBU BAPANYA.

11.)Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibir terjuntai hingga ke perut, dari perut dan pahanya keluar kotoran. Ini adalah balasan MEREKA YANG MINUM MINUMAN KERAS.
Monday, April 5, 2010 | By: WR

MAJLIS PELANCARAN "COUNT DOWN" SPM DAN PMR 2010

Pagi tadi telah berlangsung Majlis tersebut di atas. Pengetua berucap memberi sedikit motivasi kepada calon2 PMR & SPM dan seterusnya melancarkan majlis tersebut.

Setelah 3 bulan belajar pelajar PMR dan SPM disedarkan bahawa mereka telah masuk "ZON PEPERIKSAAN" Mereka tidak boleh lagi leka malah perlu sanggup berkorban.... Sudah sampai masanya mereka lebih serius dengan pelajaran dan korbankan "masa" untuk bersukaria dan bermain-main.. Berkorban la dari melekat di depan kaca TV dan berkorbanlah dari Facebook!! Rupanya ramai juga pelajar SPM yang leka dengan facebook... Lepas SPM bolehla mengadap komputer untuk fb tetapi sekarang masanya kamu mengadap BUKU...
Pelajar tingkatan liima berkumpul di dataran perhimpunan untuk mendengar amanat pengetua

PMR 184 hari lagi dan SPM 232 hari lagi....
Related Posts with Thumbnails