Showing posts with label kerja kursus. Show all posts
Showing posts with label kerja kursus. Show all posts
Monday, February 7, 2011 | By: WR

MODUL 4 KHB

Bila mengajar tingkatan 3, isu yg selalu disebut2 ialah kerja kursus . Memang guru2 KH memerlukan byk masa untuk merekod, memeriksa dan memberi markah. Bagi kelas2 belakang yg muridnya selalu ponteng sekolah atau ponteng kelas, masalah utama ialah calon PMR tidak menyiapkan dokumen kerja kursus.
Saya mengambil langkah awal untuk memulakan kerja kursus modul 4 ini. Bahan kerja kayu telah dibeli oleh ketua panitia dan alatan tangan juga di tambah baik. Penggunaan tukul dan kayu diganti oleh "air nailer" selaras dengan kemajuan teknologi. pelajar didedahkan dengan alat moden yg lebih berkualiti.
masalah kayu pecah kerana penggunaan paku dan tukul oleh pelajar yg kurang mahir tidak timbul lagi. Bahan kayu dicantum dengan kemas.
Kerja2 membentuk lengkuk supaya produk yg dihasilkan lebih cantik juga menjadi lebih senang dengan penggunaan jigsaw berbanding dahulu ramai yg menggunakan gergaji lengkung halus. Masalah gergajilengkung halus ialah matanya mudah patah jika salah digunakan terutama pelajar perempuan yg kurang mahir menggunakan alatangan.Pemakaian apron menjadi satu kemestian dalam bengkel kayu dan peraturan ini dikuatkuasa supaya unifrom pelajar tidak kotor. Saya menggunakan kemasan cat sembur.Inilah hasilnya contoh produk yg dihasilkanpelajar saya. Jika dibandingkan 2-3 tahun lepas di mana penggunaan mesin masih berkurangan penghasilan produk lebih cepat, kemas dan cantik.


Saturday, July 4, 2009 | By: WR

AMALI KERJA KURSUS SAINS PERTANIAN - Bioteknologi

Pentaksiran kerja kursus S.Pertanian akan dijalankan dalam bulan Julai ini. Seboleh2nya semua amali yang terlibat dgn pentaksiran mesti disiapkan agar markah dapat disemak oleh pentaksir. Amali terkini yang saya jalankan ialah Topik Bioteknoligi mengenai mengaplikasikan prinsip biotenologi dalam menghasilkan makanan melalui proses penapaian.
Tapai pulut adalah hasil fermentasi pulut putih atau pulut hitam bersama inokulum atau ragi tapai.
Ragi tapai terdiri dari mikroorganisma Chlamydomucor sp. (sejenis kulat), Endomycopsis sp. dan Hansunela sp. (sejenis yis). Organisma ini menukar karbohidrat kepada gula. Di samping itu juga ia boleh menghasilkan rasa dan aroma dalam tapai. Ragi tapai perlu disimpan dalam peti sejuk untuk memanjang jangka hayatnya.

pulut ditanak menggunakan periuk elektrik
ragi ditabuar di atas pulut yg telah disejukkan suam2 kuku


mengisi pulut ke dalam bekas


dah siap di bungkus.... boleh la kasik kat cikgu2..
Related Posts with Thumbnails