Showing posts with label perhimpunan ahad. Show all posts
Showing posts with label perhimpunan ahad. Show all posts
Sunday, March 22, 2009 | By: WR

PERHIMPUNAN AHAD

Semalam hujan lebat lagi, pagi ini berhenti dan perhimpunan pertama selepas cuti diadakan. saya ke sekolah dengan kepala masih berkecamuk dengan hal2 keluarga di kampung. Ada sedikit yang belum beres. Perhimpunan pagi ini agak TEGANG bila Pengetua tiba-tiba naik angin gara-gara segelintir pelajar yang biadap semasa perhimpunan.

Selepas pelajar beredar dari tempat perhimpunan, pengetua memberi taklimat kepada semua guru:

  1. pelajar datang ke kelas tambahan masa cuti berpakaian tidak sesuai ( pakai pakaian macam nak pergi kenduri ) - sepatutnyapakai baju sekolah.
  2. terdapat segelintir guru yang belum membereskan BUKU RINGKASAN MNGAJAR - maklumat diri dan senarai nama pelajar tidak ditulis
  3. Segelintir guru belum menghantar buku nota pelajar untuk disemak oleh ketua bidang.
  4. peranan guru dalam menegur salah laku pelajar
  5. guru sebagai model kepada pelajar
Sunday, March 8, 2009 | By: WR

LAWATAN OLEH PDRM & PROGRAM "DEAR"

Perhimpunan hari ini :


  1. Sekolah dikunjungi oleh wakil PDRM. Ucapan oleh wakil PDRM untuk memaklumkan kepada murid tentang pemantauan polis ke atas SMK Pelagat berikutan rekod polis berkaitan salah laku pelajar seperti ponteng, bergaduh, penyalahgunaan dadah, buli dan sbgnya. Mulai hari ini SMKP akan selalu dipantau oleh polis yang bertugas.
  2. Program DEAR diterangkan oleh Penyelaras Pusat Sumber : En.Azmi Muhammad.
  3. Hari ini juga pelajar tingkatan 4 akan menghadapi Ujian TOV

* Surat dari PPD memaklumkan tentang keputusan SPM yang akan dikeluarkan pada 12 mac 2009 (khamis)

*Sijil MPV 2009 telah diambil dari PPD

Sunday, March 1, 2009 | By: WR

PERHIMPUNAN YANG SYAHDU...

Ada beberapa sebab mengapa saya menulis tentang perhimpunan yang syahdu..

1. Semasa perhimpunan minggu ini, hujan turun rintik-rintik.. seolah-olah "SALJI" turun. Walaupun sekumpulan pelajar bising, namun setelah GPK Pentadbiran masuk bersama barisan pelajar, suasana terkawal.. Betullah... dengan susuk tubuh GPK yang tinggi besar.. pelajar tidak berani buat hal... keistimewaan dia... Dengan hanya turut serta berbaris bersama pelajar, dia dapat mengawal keadaan.. Namun hujan tidak berpanjangan. Romantis dan syahdu gerimis ini rupanya... Kemudian rintik-rintik hujan mulai berkurangan dan suasana kembali normal.

2. Tambah syahdu bila acara perasmian Program NILAM dilancarkan oleh pengetua. BIla saja pengetua selesai merasmikannya, kilauan kertas2 kecil warna warni turun bertaburan ke pentas guru.. macam pelangi... Kemudian diikuti tepukan pelajar yang kagum dengan kreativiti guru yang mencipta suasana itu..

3. Lebih bertambah manis, perhimpunan pagi ini diserikan lagi dengan penyampaian semula medal kepada olahragawan sekolah yang telah mencapai kejayaan dalam MSSDB minggu lepas. Tedpukan gemuruh buat Khairul Azhar pemenang 4 pingat emas untuk dirinya bagi membantu sekolah mencapai kejayaan. Dia kini bergelar Olahragawan Daerah Besut! Namun.. tahu-tahu sajalah.. bagi sekolah kampung yang tidak sehebat mana seperti sekolah kami... pelajar yang cemerlang dalam SUKAN adalah pelajar yang sedikit bermasalah dan kurang bagus dalam pencapaian akademiknya.....
Sunday, February 8, 2009 | By: WR

PERHIMPUNAN MINGGUAN

1. memaklumkan kepada murid tentang kematian bekas pengetua Tn Hj Ab Sattar Khan. Pengetua SMK Pelagat ( 1997 - 2003 ) Menghadiahkan fatihah kepada arwah.

2. memaklumkan kepada pelajar prestasi memberangsangkan atlet sekolah dalam kejohanan merentas desa peringkat daerah dan negeri. 3 orangpelajar SMK Pelagat terpilih mewakili daerah dan membawa pulang medal. Dalam peringkat daerah sekolah telah mencapai kedudukan naib johan keseluruhan. Kategori 18L menjadi Johan, 15P naib Johan. Peserta lelaki 18 menggongdol tempat kedua. Penyampaian pingat diadakan.

3. Merakamkan ucapan terima kasih kepada warga sekolah yang telah menjayakan program Bubur Asyura.

4. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan bubur asyura:

Johan : Unit Pandu Puteri & JPAM
N/Johan : PBSM
Ketiga : Puteri Islam

5. Memaklumkan kepada pelajar kejohanan Olahraga akan diadakan pada 17 - 18 Februari
Related Posts with Thumbnails