Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts
Saturday, February 7, 2009 | By: WR

AL-FATIHAH....

Pagi ini saya terima satu lagi berita kematian. Kali ini bekas pengetua sekolah saya Tuan Hj. Ab. Aziz Sattar Khan. Beliau merupakan satu2nya pengetua LELAKI sekolah saya kerana yang lain2 semuanya perempuan. Beliau ketika menjawat jawatan pengetua seorang yang tidak banyak cakap dan suka membuat kerja tanpa menyuruh sesiapa. Malah surat menyurat pun dia taip sendiri. Beliau lebih mementingkan hal akedemik berbanding sesetengah pengetua yang suka nama sekolah disebut2...Beliau lebih suka nama sekolah dijulang kerana akademik dan bukan kerana perkara remeh. beliau paling tidak suka majlis-majlis atau aktiviti yang membuatkan murid menjadi tidak terurus.

Sebelum beliau bersara, beliau diserang penyakit beguk dan mendapat rawatan di HUSM. Selepas bersara, beliau sakit yang mana beliau kadang2 semasa membawa kereta sering lupa jalan pulang. pernah juga kemalangan. Tetapi beberapa bulan yang lepas, dia dilaporkan sudah sehat dan boleh memandu semula.
Saturday, January 31, 2009 | By: WR

TAKZIAH UNTUK HAJAH ROZITAH

Petang semalam selepas solat asar, kawan baik saya menelefon memberitahu ibu hajah Rozitah (GKMP Bahasa ) meninggal dunia. Arwah telah hampir 3 minggu di hospital.Bermula dengan demam, kemudaian beliau tidak dapat bangun dan terlantar di katil. 4 hari di Hospital Jerteh dengan hanya dimasukkan air, Hjh Rozitah membuat keputusan menghantarnya ke Hospital Perdana Kota Bharu( Swasta ). Di sana dia dapat membuka mata dan bertanyakan anak-anak dan cucu. 7 hari di Hospital Perdana dengan bayaran ( RM15,000) tidak menampkkan perubahan. Kemudian anak-anak membuat keputusan membawa balik ke rumah. namun suaminya berazam untuk terus berubat. Akhirnya dia dipindahkan ke Hospital Sultanah Zainab KB. Dan semalam... dia telah menghembuskan nafas yang terakhir...

Umor arwah tidak la tua sangat dalam 60 han. Suaminya pula masih gagah. Rumahnya besar. Tapi bila anak-anak dah besar dan berada jauh, bagaimanalah dia hendak meneruskan hidup sendirian.Nampaknya Hjh Rozitah la terpaksa menemani ayahnya buat ketika ini kerana anak2 yang lain berada jauh di Kuala Lumpur dan Kedah sana.
Tuesday, December 16, 2008 | By: WR

PERGINYA SEORANG KAWAN..

Jam 2.00 petang selepas menikmati makan tengahari bersama keluarga kemudian solat zohor, saya mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat guru memaklumkan bahawa Cik Siti Hajar telah meninggal dunia. Khabar yang membuat seluruh anggota menggeletar... Kenapa banyak sangat kematian orang yang saya kenali pada tahun ini.. Arwah disahkan mengidap Luekimia 2 tahun yang lepas. Masih muda berumur dalam awal 30 han dan belum berkahwin. Kerana penyakitnya yang menuntut rawatan kemoterapi, dia memohon untuk bertukar sekolah ke Kelantan. Baru saja dia mendapat kelulusan itu. Pernah semasa saya menjaga anak yang dimasukkan ke Hospital Universiti Kubang Kerian, saya bertemu dengan beliau di sana. Beliau memperlihatkan kepalanya yang licin akibat rawatan kemo itu. tetapi beliau nampak gembira dan selalu bercerita tentang doktor-doktor yang telah mengenalinya. Masih terbayang telatahnya....

Leukemia merupakan salah satu penyakit barah atau kanser yang berpunca daripada darah. Leukemia terjadi apabila badan menghasilkan sel darah putih dengan aktif seterusnya menghalang penghasilan sel darah merah.Perkataan leukemia, yang bererti 'darah putih,' diambil sempena nama penyakit pengiraan sel darah putih yang tinggi yang terdapat kepada kebanyakan pesakit leukemia sebelum menerima rawatan. Jumlah tinggi sel darah putih kelihatan apabila contoh darah dilihat di bawah mikroskop. Sering kali, sel darah putih ini adalah tidak matang atau tidak berfungsi. Jumlah sel darah putih juga turut mengganggu dengan fungsi normal sel lain.



Situasi ini menyebabkan berlakunya gejala anemia pada pesakit. Keadaan ini juga akan menyebabkan pesakit kekurangan sel darah putih matang dan ia mengurangkan daya tahan terhadap jangkitan. Penghasilan sel darah putih berlebihan juga menghalang penghasilan platlet darah yang penting untuk tujuan pembekuan darah.

Simptom yang berkait

Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selsema lain
Kelesuan dan lemah
Hilang selera makan dan/atau berat
Gusi bengkak atau berdarah
Pendarah berlebihan (akibat luka kecil)
Simptom neurologikal (sakit kepala)
Hati dan limpa bengkak
Mudah lebam
Kerap dijangkiti penyakit
Sakit tulang
Sakit sendi
Tonsil bengkak
( RUJUKAN - Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.)
Wednesday, December 10, 2008 | By: WR

TAHUN "BERDUKACITA"

2008 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Banyak insiden dukacita berlaku pada tahun ini khususnya melibatkan kematian.....
1. Bulan Februari - di mana neneknda yang telah berusia seratus lebih kembali kerahmatullah - sakit tua. Satu kebanggan bagi kami, walaupun usianya mencecah ratus namun dia masih mengingati kami cucu-cucunya malah cicitnya pun masih dia ingat. Dia tidak nyanyuk. Cuma keranah tetap ada - CEPAT MERAJUK. Biasalah.. sesiapa pun begitu bila mencapai umor emas.

2. Seminggu selepas pemergian neneknda ( Februari juga ) - adinda saya pula menyusul - Hepatitis beserta TIBI. Oleh kerana beliau belum berkahwin dan tinggal bersama emak, pemergiannya benar2 meruntun hati emak. Semasa arwah sakit baik di rumah atau di hospital, emak sentiasa di sisi.. Setiap kali melihat barang2 peninggalan arwah, emak sentiasa menitiskan air mata.

3. Pada bulan Julai - Abang ipar meninggal mengejut. Kematiannya mendapat liputan akhbar kerana dijumpai mati dalam keretanya berdekatan Farmasi. Dipercayai beliau ke Farmasi dan dijumpai terbaring ditempat duduk belakang kereta. Tiada unsur jenayah kerana semua dokumen peribadi serta dompet tidak terusik. Lagi pun kereta di "parking" elok di depan pasarya. Orang ramai yang menyangka beliau tidur mencurigainya bila seorang lelaki melihat wajahnya kebiruan. Kematian ini amat memilukan kakak saya kerana beliau terlalu bergantung kepada suaminya dan tidak tahu memandu kereta - beliau tinggal jauh dari keluarga ( Di KOta BHaru ) Kini segalanya terpaksa diurus sendiri.

4.Terkini Disember - pemergian abang ipar di Mekah seperti yang telah ditulis dalam entri sebelumnya. bERUNTUNGNYA DIA... pemergianya dalam keadaan dia bersedia.. Segalanya telah diwasiatkan dengan teliti dan sebelum berangkat dia banyak bercakap mengenai mati. Saya berani kata dia CUKUP BERSEDIA .... pesananya sebelum berangkat seolah-olah dia tahu dia akan pergi ..Kakak saya yang sulong ini tidak mempunyai anak cuma ada seorang anak angkat. Mujurnya kakak saya yang ini tinggal dalam sanak saudara. Senangla sikit.

Empat kematian dalam satu tahun.......Setiap kali kematian berlaku, cukup menginsafkan saya. maknanya sesiapa pun, bila pun masanya hanya ALLAH yang tahu. Saya cukup TERKESAN. Kini dalam kepala saya kena bersedia kerana kita akan dijemput pada bila-bila masa. Jangan lagi leka. Pernah seorang kawan saya semasa melihat cincin dijarinya saya bertanya. "Cincin tunang ke" Dia menjawab selamba " Ya, siang malam ingatkan "tunang". Saya bertunang dengan MATI " hebatnya dia. Tapi pada masa yang sama dia seorang yang komited dengan kerjanya. Benarlah ungkapan BERUSAHALAH SEOLAH2 AKAN HIDUP SELAMANYA TETAPI BERIBADATLAH SEOLAH2 AKAN MATI ESOK.
Sunday, December 7, 2008 | By: WR

PEMERGIAN DI SAAT AKAN BERWUKUF

Malam tadi dalam pukul 8.30pm, saya mendapat panggilan telefon dari adik yang bekerja di Penang. Katanya salah seorang rombongan haji bersama kakak, abang ipar, emak dan 3 lagi sedara telah meninggal sejurus sebelum berangkat ke Arafah untuk berwukuf.Dia mengetahui berita itu dari seorang kawannya yang bekerja dengan Syarikat CITRA iaitu pakej haji yang membawa rombongan kakak saya itu. Antara percaya dengan tidak saya menelefon pula anak saudara untuk bertanyakan kalau-kalau kakak saya ada memaklumkan perkara itu. Kata anak saudara saya, setakat ini tiada apa-apa berita. Semalam kakak saya ada menghantar sms mengatakan sedang sibuk membuat persiapan untuk berangkat ke Arafah.

Dalam pukul 9 malam, tiba-tiba anak saudara saya menelefon kembali. Dalam nada sebak, dia memberitahu, yang meninggal ialah abahnya sendiri - abang ipar saya. Berita ini disahkan oleh Lembaga tabung haji kemudiannya. Abang ipar saya satu-satunya jemaah lelaki dalam kumpulan itu. Dialah menjadi tempat bergantung emak, kakak serta 3 saudara (perempuan juga) untuk mengerjakan haji. Emak saya sihat cuma dia ada kencing manis, jadi sentiasa berwaspada dengan bekalan ubat. Seorang lagi juga kencing manis dan agak "teruk". Berjalan pun kadang-kadang tidak betul. Tapi abang ipar saya boleh dikatakan sihat sebelum berangkat. Cuma ada sebelum berangkat dia mengadu sakit dada.

Hari ini saya pulang le kampung ( Machang ) untuk mendapatkan cerita sebenar. Kebetulan kakak saya menelefon memaklumkan kematian suaminya. Saya tahu jika dia dapat menyampaikan sendiri berita itu, maknanya dia KUAT, Alhamdulillah. Sebelum bertolak ke Arafah, pada waktu subuh abg ipar saya ke klinik tabung haji dan di tahan di Hospital Saudi. Dia memesan kepada kakak supaya terus berangkat dan jangan menunggunya. Dia akan pergi dengan bantuan hospital. Selepas itu mereka tidak lagi bertemu... itulah kali terakhir suami isteri itu berjumpa. Sekarang mereka sedang berwukuf. Kakak saya harus kuat untuk terus mengerjakan ibadah yang seterusnya,. Melontar di Mina bukan kerja senang.. Di situlah ketahan kita diuji dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Dengan kesedihan kematian suaminya, kakak saya terpaksa pula menjaga emak yang agak lemah.... Semoga mereka diberikan kekuatan dan Allah memudahkan urusan haji mereka... itulah doa saya. Walaupun abang ipar sudah tiada untuk menjaga mereka tetapi saya yakin mereka akan dijaga oleh Yang Maha Kuasa. Semoga Allah memberi petolongan kepada mereka.. Ini adalah haji yang ke 3 bagi abang ipar. manakala akak dan emak saya ialah kali kedua.
Teringat pula kenangan pada 2002 ketika mengerjakan haji bersama suami. Setelah selesai ibadah haji kami di bawa melawat ladang unta dan sempat minum susu segar unta. Rindu untuk ke sana lagi.... ( Bergambar bersama seorang kawan sebilik )

Bergambar kenangan bersama kenalan satu pakej Syarikat Khawakib.



Selamat Hari Raya Aidil Adha semuanya.
Saturday, November 29, 2008 | By: WR

TAKZIAH

Malam tadi dalam pukul 7.30pm saya dikejutkan dengan sms dari rakan sejawatan tentang pemergian mengejut Timbalan menteri Pelajaran Dato' Razali Ismail. Terkejut bukan sebab Allahyarham orang Terengganu, atau sebab sedara mara saya.



Tetapi, kejutan itu kerana surat di bawah ini....



Kami warga sekolah telah bersiap sedia untuk menyambut kedatangannya ke sekolah kami untuk merasmikan program tersebut pada 6 Des nanti. Segala persiapan di atur teliti memandangkan Timbalan Menteri yang datang. Kelam kabut juga kerana sekolah dalam cuti. Surat kepada ibubapa telah diedarkan, tempahan makan minum telah dibuat. Rakan-rakan tertungu-tunggu samada program itu diteruskan ataupun tidak.

Al-fatihah........
Related Posts with Thumbnails