Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts
Wednesday, February 24, 2010 | By: WR

KEJOHANAN MINI OLAHRAGA 2010

Esok akan diadakan mini olahraga untuk sekolah. Banyak acara tidak dijalankan. Entahla agaknya langkah berjimat cermat la kot.. lagi pun peringkat daerah pun memang banyak acara yang digugurkan.

Persiapan padang telah dibuat sejak minggu lepas dan pelajar pun telah berlatih setiap petang. Kelam kabut juga AJK mengendalikan keperluan sebelum menjelang esok. Sehingga petang tadi pihak yang bertanggungjawab sedang bertungkus lumus membereskan beberapa perkara dari mengemaskini senarai peserta, AJK bertugas dan banyak lagi yang perlu dibereskan. Tetapi saya melihat unit Sukan memang mempunyai AJK yang cekap dan berwibawa di bawah GPK Ko. Tahniah !
Thursday, February 26, 2009 | By: WR

TAHNIAH PASUKAN OLAHRAGA

Hari ini warga SMK Pgt mendapat khbar gembira tentang pencapaian atlet2 kami yang turut menyertai Kejohanan Olahraga Peringkat daerah Besut 2009. Kemungkinan menduduki tangga teratas dari segi pungutan mata. Dan yang paling membuat pengetua tersenyum lebar, seorang atlet kami telah dinobatkan sebagai Olahragawan kategori Lelaki 18 iaitu Mohd. Khairul Azhar. SYABAS!!
Tuesday, February 17, 2009 | By: WR

KEJOHAHAN OLAHRAGA 2009

Hari ini bermula Kejohanan Olahraga peringkat sekolah. Cuaca panas terik. Padang sekolah telah dihias seadanya dua hari yang lepas lagi.


Saya ambil gambar ini dari jarak jauh, tak larat rasa nya nak ke tengah padang, cuaca terlalu panas... budak-budak kalau dah minat, tak kira cuaca, semangat kuat..
Sambil itu penyampaian hadiah sebahagian acara telah diadakan.... acara padang dan balapan
Guru-guru pula sibuk menghias khemah rumah masing-masing, Esok PPD akan datang merasmikannya. Pelajar juga telah bersiap sedia dengan raptai perbarisan kerana esok upacara itu akan dipertandingkan....



Related Posts with Thumbnails