Showing posts with label hari guru. Show all posts
Showing posts with label hari guru. Show all posts
Saturday, May 14, 2011 | By: WR

SELAMAT HARI GURU...




Kepada semua yg bergelar GURU..

Semoga terus dikurniakan kekuatan

untuk mendidik tanpa rasa jemu....

Pengorbanan mu guru

akan sentiasa dikenang..




Tuesday, May 10, 2011 | By: WR

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Antara blog yg selalu saya lawati ialah blog HOK SENGOTI. Saya lihat pemilik blog ini ialah seorang guru muda yg begitu komited dan kreatif dalam penulisannya. Banyak info menarik yg saya dapat dari blog beliau. Walaupun saya dah mengajar selama 27 tahun tapi saya masih belajar dari blog beliau .( di sini )

Saya terkenangkan seorang guru yg mengajar saya semasa saya di Sekolah Kebangsaan Machang ( Darjah 1 ). Beliau ialah Allahyarhamah Pn. Hafsah. Pada masa itu dialah IDOLA saya kerana dia mempunyai tulisan tangan yg sangat cantik.. pandai menyanyi dan menari. Maklumlah masa tu saya hidup dlm serba kekurangan, takda elektrik, takde TV, jadi saya hanya dapat melihat seni yg ada pada beliau. Saya pernah menyertai pasukan tarian sekolah dibawah kelolaan beliau. Beliau bukan sahaja tabah mengajar murid-murid malah beliau tidak memilih bulu. Untuk murid-murid miskin beliau selalu bermurah hati. Melayan semua dengan samarata...Untuk beliau saya ciptakan puisi ini...

Cikgu...
Lenggok tarimu
Merdunya suaramu
Sinaran matamu,
Gerakan tanganmu,
masih segar diingatanku...

Walau tenagamu tercurah
untuk anak2 di daerah kecil cuma..
walau bimbinganmu tidak mendapat pengiktirafan dunia
Ketulusan hatimu mengajar
sehingga aku pandai menulis mambaca..
akan ku kenang
selagi hayat ada...

SELAMAT HARI GURU...

Monday, May 18, 2009 | By: WR

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2009

Takkala pelajar berhimpunj di dataran perhimpunan, pengetua dan guru-guru berkumpul berhampiran dewan terbuka. Pengetua diarak dengan "mini kereta berhias" ke dataran perhimpunan.

( Video dah kena delete. hehehhee )

Antara aktiviti untuk guru perempuan ialah Pertandingan Puding.... ada 6 pernyertaan


Dan pemenangnya ialah : Ustazah Zaimas ( Puding Oren )
Banyak lagi acara lainyang diadakan.. tapi saya yang tak larat nak ambik gambar....
Bergambar kenang-kenangan bersama semua guru sempena HARI GURU 2009.






Related Posts with Thumbnails