Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts
Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts
Wednesday, July 18, 2012 | By: WR

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG VS P DAN P


Hari yang meriah!!!....
Pelajar-pelajar SMKKB memang hebat kalau disuruh MENYANYI....  Semasa pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang pagi tadi.. pelajar menyanyikan lagu Negaraku, lagu Selamat Sultan dan lagu sekolah dengan penuh semangat sekali. Malah, 4 lagu patriotik lain juga dinyanyikan tanpa melihat senikata yg disediakan dengan baik sekali. Kalau ada markah saya yakin mereka akan dapat gred A dalam nyanyian itu..... Tambah meriah, ada yg mengibarkan jalur gemilang dan melambai2 tangan serta badan melenggok2 penuh menghayati lagu......

Malangnya.... anak2 muridku tidak begitu komited pada pelajaran.... Kelas tambahan MALAH P dan P semasa waktu persekolahan pagi tidak begitu diminati. Tidak bersemangat langsung... Sampai bila anak2 muridku nak "BERAT SEBELAH"... Kalau masa PdanP mereka jadi LAYU macam pokok yg tak disiram berminggu2... 

Walau apa pun tahniah semuanya... walau program "segera" ini tidak dirancang berhari2 sebelumnya.. ia berjalan lancar, TIADA latihan, namun ia tampak sempurna...

Saturday, April 21, 2012 | By: WR

MAJLIS KERJAYA BERSAMA WESTSTAR AVIATION

Seawal 8.30 am pelajar2 SMKKB diarah berkumpul di padang SK K.Besut untuk menyambut kedatangan tetamu dari Weststar Aviation. Mereka dijangka tiba dengan Helikopter pada pukul 9 pagi. Pelajar2 dari kedua-dua buah sekolah bergitu teruja melihat 2 buah heli berlegar2 di udara. Heli yg lebih kecil mendarat terlebih dahulu membawa 3 penumpang. Yang kedua mendarat 5 minit kemudian dengan muatan yang lebih besar ( 8 orang).

Pelajar dan guru dari 2 buah sekolah ini mengambil peluang bergambar bersama-sama helidan kakitangan Weststar Aviation. Jadi, acara yg sepatutnya dijangka 9.30am siap berlanjutan hingga ke pukul 10 .30am. Mereka diiringi ke SMKKB oleh pasukan PKBM dan KRS sekolah...




Selepas menjamu selera dengan NASI DAGANG, mereka melihat persembahan darikadet PKBM dan KRS. Kemudian masuk ke dewan untuk menyaksikan pula pasukan CHORAL SPEAKING membuat persembahan. Selepas tu tuan pengetua memberi ucapan... belum pun habis ucapan pengetua, saya dah meninggalkan majlis untuk mewakili pengetua ke MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN KELAB DAN PERSATUAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU di SMKTM...
Tuesday, March 30, 2010 | By: WR

HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH SERTA MESYUARAT AGONG PIBG KE 18

Petang tadi telah pun berlangsung Hari Ucapan dan penyampaian hadiah serta mesyuarat agong PIBG ke 18 SMK Pelagat. Walaupun waktu sebenar berubah dari pagi ke petang, tetapi sambutan ibubapa amat menggalakkan. Dewan terbuka penuh dengan hadirin dan terpaksa pula menambah kerusi di kali lima bangunan dewan. Syabas ibubapa.....Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua.... antara lain memaklumkan kepada hadirin kejayaan sekolah dalam PMR dan SPM 2009.....
Seterusnya ucapan penuh bersemangat daripada YDP PIBG.... yang inginkan kejyaaan sekolah di "war-war" kan ....


Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari kumpulan nasyid sekolah yang menyampaikan 2 buah lagu nasihat.....



Ucapan perasmian daripada PPD Besut - Tn Hj Baharudin Ibrahim.... ingin supaya sesiapa sahaja yang terlibat dengan sekolah supaya jangan pandai bercakap sahaja tetapi mestilah sama-sama berusaha untuk kejayaan sekolah....




Kemuncaknya ialah penyampaian hadiah kecemerlangan kepada pelajar terbaik tingkatan 1,2 dan 4 2009. Anaknda Mohd. Tajudin turut menerima hadiah.... Tidak lupa pelajar terbaik PMR dan SPM 2009

Cenderamata untuk PPD disampaikan oleh YDP



cebderamata untuk YDP disampaikan oleh Tuan pengetua...


Selepas mesyuarat agong PIBG, ada 10 cabutan nombor bertuah..........
Sunday, March 28, 2010 | By: WR

PEJABAT BARU & KESIBUKAN AKTIVITI SEKOLAH

Nampaknya pengetua dan GPK telah pun berpindah ke pejabat baru. Pada hari khamis lepas diadakan solat hajat dan sedikit jamuan laksa . Hari ini dengan rasminya pengetua mula berada di pejabat barunya. Agak kekok juga untuk menyesuaikan diri berulang-alik. Tetapi sedikit masa lagi biasa la tu..

Saya dan GKMP Sains matematik tidak akan berpindah kerana bilik GKMP agak kecil. Jadi hanya GKMP Bahasa dan Kemanusiaann yg akan pindah ke pejabat baru.

Lain-lain kakitangan pejabat sedang dalam proses "berpindah". Suasana nampak sedikit kelam kabut.

Dalam pada itu aktiviti sekolah terus berjalan seperti biasa. Yang terdekat ialah Hari Ucapan dan Penyampaian hadiah serta mesyuarat PIBG yang akan berlangsung pada hari Selasa ( 30 Mac ) Masing2 AJK bersiap sedia untuk melicinkan majlis tersebut. Dari jemputan ibubapa hinggalah senarai pelajar yang menerima hadiah... Esok akan diadakan raptai untuk majlis tersebut....
Sunday, August 16, 2009 | By: WR

SOLAT HAJAT PERDANA DAN PERCUBAAN PMR

Hari ini kami warga SMK Pelagat mengadakan majlis Solat hajat Perdana. Selaras dengan kehendak JPNT yang mengarahkan sekolah2 mengadakan solat hajat untuk kesejahteraan pelajar. Ia juga khusus untuk calon2 PMR dan SPM 2009. Majlis bermula seawal 6 petang dan persiapan hari ini bermula sejak pagi tadi dengan kerjasama PIBG sekolah. Kelainan kali ini ialah solat hajat diadakan di padang sekolah. Sambutan adalah sangat memberansangkan dari ibubapa.

hari ini juga sepatutnya calon PMR menduduki peperiksaan percubaan, tetapi memandangkan terdapat sekolah yang terpaksa ditutup kerana H1N1, maka peperiksaan percubaan ditunda ke tarikh yg akan diberitahu kelak... walaubagaimana pun pelajar tingkatan 1 dan 2 meneruskan peperksaan selaras Ogos.
Friday, May 15, 2009 | By: WR

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tema Hari Guru 2009 - Guru Pembina Negara Bangsa.

Sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 17 Mei ( AHAD ) ini pelbagai program diatur oleh Kelab Guru dan pemimpin pelajar ( pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan )
Oleh itu peperiksaan pertengahan tahun yang telah bermula minggu lepas di "rehatkan" sehari untuk memberi laluan kepada Perayaan Hari Guru.

Saya meredakan rasa "tegang" di kalangan guru-guru VOTEK selepas mesyuarat panitia minggu lepas terutama Panitia KHB dengan menempah "hadiah" kecil kepada mereka. Agak panas dan ribut juga mesyuarat panitia KHB yang lepas. Bagaimana pun perbincangan adalah sihat. Terima kasih kepada semua ahli panitia.... Semoga kita terus bekerja dalam satu pasukan .

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.
Thursday, April 23, 2009 | By: WR

PELAJAR PMR & SPM BERSAMA PENGURUSAN SEKOLAH

Pengurusan sekolah mengambil inisiatif untuk memberi motivasi kepada pelajar PMR & SPM. Ini ekoran laporan guru-guru tentang adanya kumpulan pelajar yang tidak menunjukkan minat belajar walaupun sudah masuk ZON peperiksaan. Setelah 2x peperiksaan ( bagi calon PMR) prestasi pelajar agak membimbangkan.. Calon SPM pula liat untuk menghadiri kelas tambahan petang.

GPK nampak bertenaga dengan ucapan yang menggeletek hati pelajar. nampak majlis meriah dan tidak diberi tekanan.

Sesekali gangguan berlaku kerana bekalan elektrik terputus. Walau bagaimana pun guru-guru ramai yang turut hadir.
Monday, March 30, 2009 | By: WR

MESYUARAT PIBG KALI KE 17

Sebaik sahaja minggu pertama selepas cuti bermula, sekolah agak sibuk. Selepas Majlis Maulidurrasul, kami warga SMK Pelagat menjalani Kurus LDPpada sabtu lepas. Dan, hari ini satu lagi majlis diadakan iaitu Mesyuarat Agong PIBG. Majlis turut diserikan persembahan pelajar iaitu Nasyid.....dan.. Persembahan Dikir Barat
Kemudian, mesyuarat dijalankan. Seperti biasa kehadiran adalah agak baik walaupun tiada tokok besar yang dijemput kali ini. PPD yang hadir merasmikannya. Pada kebiasaannya sekolah menjemput Yang Berhormat Dato Idris Jusoh ( telah 3 tahun beliau datang ).
Pengetua pula agak sibuk kerana esok beliau akan berangkat mengerjakan umrah.

Friday, March 6, 2009 | By: WR

GOTONG ROYONG KEBERSIHAN SELURUH NEGERI TERENGGANU

Hari ini semua penduduk Terengganu diarahkan membuat gotong royong. Tak kira la sekolah, kampung, atau apa saja institusi digalkkan keluar untuk membersihkan kawasan masing2. Tak terkecuali la sekolah saya.... Sebelum gotong royong diadakan murid-muris diberi taklimat..
Wah! ni nak keje ke nak posing...... Cikgu Jee dan anak buah nya.
Pelajar 4EP rajin membersihkan kelas..... sampaikan kipas siling pun dilap hingga bersinar-sinar
membuang rumpai dalam pasu bunga...
Amboi, Cikgu Nazifah rajin nya...
Selepas selesai.. semua yang hadir dijamu dengan mihun goreng dan air sirap....
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT



Sunday, February 1, 2009 | By: WR

BUBUR ASYURA DI BULAN SAFAR

Setelah dua kali tertunda, akhirnya majlis bubur asyura dijalankan juga walaupun sekarang dah masuk bulan Safar. Oleh kerana perancangan telah dibuat, walaupun lewat, pengetua nak juga adakan majlis itu.
Pagi2 lagi seawal 7.00am, pelajar sudah menghidupkan api. Kayu api yang dibeli khas untuk memasak. Gas tidak digunakan.




Pelajar sibuk menguruskan bahan-bahan untuk pasukan masing-masing. Setiap kawah bubur asyura diwakili oleh badan beruniform.

Pelajar begitu seronok mengutip pengamalan membuat bubur asyura.


Akhirnya bubur asyura dipersembahkan dalam pelbagai bentuk untuk pengadilan oleh barisan pengurusan sekolah.






Bubur asyura yang siap dibungkus dan sedia diagihkan kepada semua pelajar yang hadir..

Wednesday, December 31, 2008 | By: WR

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SEKOLAH DAERAH BESUT

Sekolah saya sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah program untuk pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah-sekolah daerah Besut. Program motivasi itu pada asalnya akan dirasmikan oleh Dato` Seri Idris Jusoh. Tetapi beliau sekarang berada di China.


Seramai 20 orang pelajar dari setiap buah sekolah di Daerah Besut hadir menjadikan jumlahnya 160 orang peserta kesemuanya. Penganjur adalah Polis daerah Besut dengan kerjasama PPD Besut. Kami hanya menyediakan tempat manakala pengurusan program adalah kelolaan Polis.
9.00 am
Program dimulakan dengan Ceramah Motivasi oleh Penceramah Khas dari Maktab Sultan Mizan. Subhanallah! Saya amat mengkagumi cara beliau menyampaikan ceramah. menarik dan bernas.. sepanjang ceramah beliau, tidak sesaat pun saya leka mendengarnya. Beliau tidak menggunakanbantuan komputer. Hanya bermodalkan air liur, tetapi kesannya amat baik sekali. Sepanjang ceramah tidak pernah pun saya menguap!

Kemudian berhenti rehat dan minum pagi disediakan.

11.30 am
Penceramah kedua mengambil tempat. Saya tidak sempat mengikutinya kerana terpaksa membuat sedikit analisa PMR 2008 kerana esok akan dibentangkan dalam Mesyuarat JKS kali pertama. Sibuk betul minggun ini.

Program disusuli dengan jamuan tengahari dan solat zohor berjemaah. Ia berakhir pada 3.30pm.
Saturday, December 6, 2008 | By: WR

PERASMIAN PROGRAM ACCELERATED LEARNING

Perasmian Program Accelerated Learning berlangsung jua seperti yang dijadualkan dengan mantan Menteri Besar Dato` Seri Idris Jusoh sebagai perasmi setelah kembalinya ke rahmatullah bekas Timbalan Menteri Pelajaran Dato` Razali Ismail.

Suasana sayu apabila pengacara majlis mengumumkan untuk hadhirin membacakan al fatihah kepada arwah. Selain mantan Menteri Besar yang sekarang ini ADUN Jerteh, turut hadir sama ialah Pengarah Pelajaran Terengganu Dato` Ariffin Embong dan PPD Besut. Majlis berlangsung dalam hujan lebat. Sambutan tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Dato` Idris Jusoh memandu sendiri viva TAR11 bersama Toh Puan Cik Kamariah. Sebagai mana biasa beliau tetap santai dan berani dalam ucapannya.

Berikut ialah persembahan pelajar DIKIR BARAT dalam Bahasa INggeris. ( Maaf, suara tidak kedengaran)


Dan ini pula ucapan Pengetua Pn. Hjh. Ruhani Salleh.


Pelajar diuji mengingat 20 perkataan dan 50 nombor mengikut urutan.


Menggunakan kaedah Accelerated Learning ini pelajar dapat mengingat fakta dan pembelajaran dengan baik. Oleh itu pelajar ini dijangka dapat memanfaatkannya untuk PMR mereka pada tahun depan. Sekarang mereka berada dalam tingkatan 2. Kesan lain yang didapati ialah mereka lebih berani menghadapi penonton. Sebelumnya mereka malu-malu untuk ke depan. satu perubahan yang positif. Banyak lagi aktivti lain yang ditunjukkan tetapi saya tidak sempat merakamkanya kerana sibuk menguruskan beberapa perkara.

Selamat hari Raya AidilAdha kepada semua, Seri Suryati, Cikgu Yusof, Cikgu Wahab, Cikgu Usop. Si Juita berkirim salam. Beliau balik berhari raya bersama keluarga suaminya di Perak.
Related Posts with Thumbnails