Semalam kami adik beradik mengadakan Majlis berbuka puasa di kampung. 6 dari 9 adik beradi hadir bersama pasangan dan anak-anak. Itu dalah majlis tahunan yang kami buat sejak 5 tahun yg lepas.
3 lagi adik beradik yang tidak bersama kerana:
- adik yang tinggal jauh di Pulau PInang
- seorang lagi adik tinggal di Jeli kerana "sibuk"
- seorang lagi telah pun pulang ke rahmatullah....
Kami berkumpul sejak pagi membeli keperluan untuk berbuka. Acara ini juga diharapkan dapat menghiburkan hati kedua ibubapa yang selalu kesunyian bila anak2 berjauhan (kerana kerja )
Juadah yang menjadi pilihan kali ini ialah NASI KERABU ( atau orang luar panggil NASI ULAM )
1. Nasi putih
2. Ulam-ulaman
3. Ikan celup tepung goreng ( hahaaha )
4. Ayam goreng - untuk budak2 yg suka ayam
5. telur masin
6. tumis nasi kerabu
7. sambal ikan nasi kerabu
Kuih : "Butir nangka " - :)
Selepas menjamu selera, kami solat maghrib, isya dan terawih berjemaah. Terasa la ikatan kekeluargaan semakin dekat...
Himpunan Tazkirah Pendek Ogos 2025
-
1. Merdekakanlah jiwa kami daripada penjajah yang bernama hasad dengki,
takut terlepas dunia, pengecut, utamakan keredhaan makhluk, taksub, bur...