Showing posts with label hari jadi. Show all posts
Showing posts with label hari jadi. Show all posts
Monday, March 8, 2010 | By: WR

BILA UMOR MENINGKAT

Apakah yang kita harapkan dalam hidup ini bila umor kita berganjak setahun lagi? Terasa diri semakin tua? Kata orang lihat kepada aktiviti kita. Apakah bila umor menghampiri angka 50 kita masih selesa dengan aktiviti semasa umor 20 han? Lihat saja perubahan fizikal kita. kulit yang telah semakin kurang keanjalannya.... hehhee.. rambut yang telah bertukar warna dan kudrat yang semakin merosot.. kalau dulu berkebun selama 5 jam sehari tidak menjadi masalah besar malah masih boleh melakukan aktiviti lain selepas itu tetapi kini????? menukar pasu bunga 2 biji sahaja kesannya amat terasa. Banyak benar yang telah ditarik balik oleh Yang Maha Esa. Adakah kita masih tidak berfikir?

Lihat sahaja siaran Tv kita juga turut berubah. Kalau dulu masih teruja melihat program hiburan tapi kini kita lebih "nikmat" menonton program bercorak agama seperti TANYALAH USTAZ, BICARA MUFTI DAN AL-KULIAH.

Rupa2nya, kita bergerak seiring dengan umor kita...... terima kasih anakanda atas kiriman ucapan untuk ibumu ini....
Friday, June 5, 2009 | By: WR

ANAKNDA WAN FATIHAH

Semalam dapat sms dari anak saudara Wan Fatihah mengundang ke majlis hari jadinya. Sejak pulang dari Serawak ( beliau mengajar di sana) beliau nampak riang bersama suami. banyak cerita lucu yang dibawa terutama tentang perbezaan cara bercakap dan tentang kehidupan seharian. Memang la.. amat berbeza. Beliau mengajar di sebuah sekolah rendah bersama suaminya. Sekolah Kebangsaan Sebemban Betong, Serawak. Sudahpun membeli sebuah kereta supaya senang bergerak. Sebelum ini suaminya telahpun mempunyai sebuah kereta ( waja ) namun ditinggalkan di rumah adiknya.

Kebetulan tarikh hari lahir dia sama dengan tarikh hari lahir anak lelaki saya Mohd Zul Ariff. Tapi saya tidakla meraikannya dengan jamuan. Cukup ayahnya mengajak makan di luar ( Restoran Gemilang ) Juga saya sempat membelinya sebuah Kek Harijadi.. Adiknya pun faham.. katanya dah besar2 ni malu la buat majlis hari jadi macam masa2 kecik..

Berbalik pada anaknda Wan fatihah.. rezekinya belum ada... sudah 3 tahun kawin tapi belom dikurniakan cahaya mata.. Sabarla ye..

Selamat Hari Jadi Kak Tihah ( Nama manjanya )
Related Posts with Thumbnails