Monday, July 20, 2009 | By: WR

PISANG TANDUK

Suami saya membawa pulang pisang tanduk yg ditanam di kawasan ladang ternakan ayamnya. Dengan panjang tandanya mencecah 3 kaki, dan buah pisang sepanjang 1 kaki, ia amat berat untuk saya angkat. Dan tidak terangkat pun....
Saya mengukur dengan pembaris dan kesemua buah pisang itu mencapai panjang dalam lingkungan 1 kaki.( 30 cm) Saya agak sibuk kebelakangan ini jadi pisang itu diberikan kepada makcik penjual goreng pisang. Kalau dulu rajin gak la saya buat kerepek...

Dan ini gambar untuk membandingkan saiz buah pisang biasa dengan pisang tanduk.. nampak tak bezanya...?


Sunday, July 19, 2009 | By: WR

KEM VOTEK HARI KE 2

Pada hari kedua... suasana di dewan makan yg juga digunakan sebagai tempat pelajar berbengkel.Sessi pembentangan hasil bengkel.. pelajar lelaki biasala kalau membentang hasil kerja menggunakan dialek daerah....

Pembentangan oleh kumpulan pelajar perempuan..

Penceramah jemputan mata pelajaran Perdagangan Tn haji Mahusin Mamat .



Gaya seorang KEM KOMANDAN.... tegas, lantang .. Cik Noraini Mohammad


Kem berakhir pada pukul 1.00 pm. Pelajar makan, mengemaskan bilik.. barang2 dan bersiap sedia untuk pulang..... masing2 kepenatan tetapi gembira.... Jumpa lagi di sekolah esok..
Friday, July 17, 2009 | By: WR

KEM KECMERLANGAN MATA PELAJARAN VOTEK 2009

Seramai 70 orang murid yang mengambil mata pelajaran di bawah bidang VOTEK menyertai kem yang diadakan di Pusat Kokurikulum Alor Lintang. Kami berkumpul diperkarangan sekolah sewal 7.15 pagi. namun ada beberapa orang pelajar yang datang lewat menyebabkan bas hanya bertolak pada pukul 7.50 pagi. Bermakna terlewat 20 minit dari jadual asal. Cik Noraini Muhammad sekalu Kem Komandan adalah orang kuat disebalik kem ini. Seramai 4 orang guru pengiring mengiringi pelajar ke kem tersebut dan saya turut serta kerana mata pelajran sains pertanian turut tersenarai. lain2 mata pelajaran ialah Prinsip akaun, perdagangan dan Lukisan kejuruteraan. Slot pertama selepas sarapan ialah Perasmian oleh GPK Pentadbiran, diikuti ceramah motivasi oleh Kaunselor sekolah Pn Hasmaliza Harun. Pda hari pertama pelajar diwajibkan memakai pakaian sekolah.Pelajar kusyuk mendengar ceramah motivasi..

Sebelah petang selepas solat Jumaat, ialah perbengkelan mengikut mata pelajaran. Ini adalah sebahagian pelajar saya yang mengambil mata pelajaran sains pertanian.
Selepas solat asar pelajar di ajak bersenamrobik dengan jurulatih Tn Hj Sabri Jannah Guru Pakar pandidikan seni sekolahkami.


video
Pelajar nampak seronok..


Sebelah malam ada slot bengkel mata pelajaran lagi....
Saya balik ke rumah jam 7.15 malam. pagi esok awal2 lagi akan ke sana lagi.. penat nya..
Thursday, July 16, 2009 | By: WR

TEMU MURNI TINGKATAN 1, 2 DAN 4

Majlis temumurni antara guru dengan ibubapa tingkatan 1, 2 dan 4 dijalankan hari ini. Saya tidak dapat menjenguk ke majlis tersbut kerana sibuk dengan tingkatan lima. Sayang juga nak tinggalkan P&P tingkatan 5. Sukatan pelajaran ada sikit lagi belum habis. Jadi nak cepat2 habis untuk ulangkaji pelajaran tkn 4 pulak. Lagi pun tak lama lagi peperiksaan percubaan akan menyusul.

walau bagaimana pun saya terpaksa juga ke majlis tersbut pada pukul 12.30 kerana anak saya adalah salah seorang pelajar tingkatan 1. Jadi saya bertukar sekejap dari guru sekolah menjadi ibu kepada seorang pelajar. Kebetulan guru tingkatan adalah kawan baik saya Hjh Roslinah jadi anak saya tersipu2 semasa ditunjukkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun yg lepas.
Tuesday, July 14, 2009 | By: WR

Bedah Siasat Ayam

Ini adalah salah satu amali kerja kursus Mata pelajaran sains Pertanian yang mesti dijalankan oleh pelajar tingkatan 5 sains pertanian. Amali ni dah lama dibuat ( bulan Februari lagi ) tapi gambarnya baru dapat dimasukkan ke dalam komputer. Amali ni paling ditunggu oleh pelajar. Apa tidaknya.. lepas buat bedah siasat ayam2 tu mereka bawa pergi sungai Pelagat untuk dibuat BBQ. Cikgu Chun tentu dah buat ni kan.
Mak ai.. seksinya ayam ni..
Hasilnya pelajar dapat mengenalpasti sistem pencernaan ayam....
Ini Mohd Azim Azfar dan Firdaus. Seronok sangat gambar mereka dirakam.






Monday, July 13, 2009 | By: WR

HUSM

Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian nampaknya dah semakin sesak.. Semalam saya ada temujanji di klinik O&G pukul 2pm. Berputar2 di tempat letak kereta mencari parking. Penuh sesak...

Masuk klinik pula, pesakit yg menunggu penuh di kerusi. Apakah penduduk Malaysia semakin berpenyakit ataukah penduduk yg bertambah ramai perlu hospital yg lebih byk? Di HUSM pesakit diseluruh negara datang mendapatkan rawatan kerana kepakaran dan alat yg canggih dlm bidang berubatan tak ada di sesetengah negeri. Saya tercengang juga bila ada pesakit yg datang dari Kedah mendapat rawatan di sini. Yg dari Terengganu dan biasa la.. Kedengaran juga jururawat merungut sesetengah hospital daerah menghantar pesakit ke HUSM. Padahal hospital daerah juga telag dilengkapi alatan moden dan dewan bedah pun telah diadakan. Tapi mungkinla doktor pakar yg tak ada..

Selepas temujanji terpaksa pula lepak di farmasi. Mak ai... ramai nya manusia menunggu giliran mengambil ubat. Saya selesai mengambil ubat pada pukul 4.45 petang. Itu pun dah kira cepat. Pernah saya di klinik o&G pukul 5.15 dan terpaksa mengambil; ubat di farmasi wad. Sampai ke rumah dalam pukul 6.30 petang...
Tuesday, July 7, 2009 | By: WR

KEM KECEMRLANGAN AKADEMIK

Masuk saja bulan Julai, sekolah akan sibuk dengan pelbagai KEM Kecemerlangan akademik.
1 . Kem berkelompok Votek bagi SMK Pelagat akan diadakana pada 17 - 18 Julai 2009. Mata pelajaran dibawah bidang VOTEK iaitu Perdagangan, LK, Prinsip Akaun, Sains Pertanian dan ERT terlibat utk kem ini. Aturcara telah disusun dan segala keperluan telah diuruskan oleh S/U Votek. Ia akan diadakan di Pusat Ko Kg Raja. Seramai 70 org pelajar terlibat.

2.Semalam saya menghadiri satu mesyuarat di PKG Durian Burung KT untuk membincangkan Kem Kecemerlangan Mata pelajaran Sains Pertanian peringkat NEGERI. Ianya akan diadakan di Pusat Ko Bukit KOlam, Kuala berang.
Kem akan diadakan pada 24 - 28 Julai 2009 selama 4 hari. Pengisian dibincangkan dan seramai 4 orang pelajar bg setiap sekolah akan dipilih untuk menghadirinya. Bagi sekolah yg ramai bilangan pelajar diberi kuota yg lebih.
Saturday, July 4, 2009 | By: WR

AMALI KERJA KURSUS SAINS PERTANIAN - Bioteknologi

Pentaksiran kerja kursus S.Pertanian akan dijalankan dalam bulan Julai ini. Seboleh2nya semua amali yang terlibat dgn pentaksiran mesti disiapkan agar markah dapat disemak oleh pentaksir. Amali terkini yang saya jalankan ialah Topik Bioteknoligi mengenai mengaplikasikan prinsip biotenologi dalam menghasilkan makanan melalui proses penapaian.
Tapai pulut adalah hasil fermentasi pulut putih atau pulut hitam bersama inokulum atau ragi tapai.
Ragi tapai terdiri dari mikroorganisma Chlamydomucor sp. (sejenis kulat), Endomycopsis sp. dan Hansunela sp. (sejenis yis). Organisma ini menukar karbohidrat kepada gula. Di samping itu juga ia boleh menghasilkan rasa dan aroma dalam tapai. Ragi tapai perlu disimpan dalam peti sejuk untuk memanjang jangka hayatnya.

pulut ditanak menggunakan periuk elektrik
ragi ditabuar di atas pulut yg telah disejukkan suam2 kuku


mengisi pulut ke dalam bekas


dah siap di bungkus.... boleh la kasik kat cikgu2..
Thursday, July 2, 2009 | By: WR

REHAT YANG PANJANG

lama betul tidak menulis. Sibuk selepas cuti pertengahan tahun. Sekarang dah bulan Julai sibuk lagi. Ada beberapa KEM matapelajarn yang terpaksa dikuti. Mengurus sendiri Kem Matapelajarn di luar sekolah memang agak leceh. Banyak prosedur dan byk menghubungi individu di luar sana.

Dikejutkan pula oleh berita rumah rakan guru SMK Pelagat yang dicerobohi "perompak" Tiga orang guru kami terlibat. Pertama selepas pulang bercuti di Eropah dalam cuti pertengahan tahun yg lepas, guru matematik En. Majid mendapati rumah beliau digeledah. Pada hal jeriji dipasang 2 jenis! Kemudian sahabat saya GKMP Bahasa Hjh Rozitah turut menerima nasib yg sama apabila rumah beliau dimasuki pencuri. Beliau sering meninggalkan rumahnya kerana menemani bapanya yg baru kematian isteri. Yang terbaru guru Pendidikan Seni kami Pn. Roshani yang paling menakutkan bila perompak merempuh masuk bilik tidur semasa beliau tidur. Beliau sekeluarga telah diikat dan diancam dicederakan jika tidak bekerja sama... Habis semua wang dan barang kemas lesap.....
Related Posts with Thumbnails