Saturday, December 31, 2011 | By: WR

BEG BARU

Beg laptop saya asyik rosak je... setakat ini dah 4 beg saya beli. Mula2 dulu saya beli beg acer. Memang cute dan cantik. Saya selesa bawanya ke sekolah atau ke tempat kursus. Namun akibat saya selalu sangkut kat bahu je dan tak menyandang atas belakang, talinya putus. Saya sgt sygkan beg tu... Jadi sbg ganti saya beli pula beg sandang yg saya jumpa masa jalan2 kat Langkawi.Ok juga tapi ianya agak besar dan talinya putus jua akhirnya. Semasa shopping kat KBMALL taHun lepas saya beli pula beg BROTHER walau hati tak berapa berkenan.. warna coklat tapi ia agak besar dan kurang sesuai untuk orang berumur macam saya.. Belumpun rosak saya dah mula jemu.. Lalu semsa menemani Nik Marhaini membeli mesin basuh di SENGHENG awal bulan disember ini saya ternampak beg BELKIN ini... nice.. saya sukakanya. Walau harga agak mahal tapi saya rasa berbaloi..

Monday, December 26, 2011 | By: WR

NIKMAT CUTI BARU BERMULA

Hari ini baharulah saya menikmati cuti sekolah yang sebenar. Sejak pemergian ayahnda tercinta, kami adik beradik sentiasa berkumpul di rumah bonda jadi tidak ada peluang untuk menguruskan rumah. Kebetulan pula mesyuarat sekolah berturut2....

Saya memulakan cuti dengan membersih halaman rumah. Bermula dari garaj kereta yang penuh sampah dari daun2 pokok rambutan dan sisa2 kayu selepas ubahsuai tempoh hari.
Kemudian bergerak pula ke pokok bunga dalam pasu yang rumputnya boleh tahan memenuhi pasu2.. Saya pangkas dahan2 yg tumbuh meliar dan tak terjaga itu... Mana2 yg patut dibuang saya buang saja.. Beralih pula ke deretan pasu orkid yang LESU tidak terjaga.... Rasa diri sangat TERUK kerana membiarkan tanaman dan halaman tidak dibelai.. Dulu saya selalu disiplinkan diri menjaga tanaman hiasan seminggu sekali.. Tapi kini kenapalah akibat dari pertukaran ke sekolah baru menyebabkan saya turut LESU..

Setelah SEDAP mata memandang di luar rumah, saya sambung pulake bahagian dalam rumah... Selepas subuh tadi dah disapu dan vaccum lantai. Ha.. ni nak kena mop pulak lantai tu,,..

Dalam berkira2 cuti yg hanya tinggal kurang lebih seminggu rasanya tak sempat untuk bersihkan seluruh rumah... Memadailah cuti seminggu ini saya dapat menjalankan rutin seharian sebagai seorang isteri sepnuh masa... Itulah keinginan saya..

Saturday, December 17, 2011 | By: WR

GRAND REUNION SMTJB



Ini adalah lencana sekolah saya dulu. Bila melihatnya begitu terasa sekali.. saya sayangkan sekolah ini kerana sekolah inilah yg membawa saya keluar dari negeri kelahiran saya Kelantan. Kalau tidak kerana belajar mn mgkin saya berpeluang ke negeri orang. Kenangan silam semasa di SMTJB sering terbayang. Antaranya yg saya tidak dpt lupakan ialah:
1. Semasa minggu orientasi, saya menangis bila disuruh menyanyi lagi negeri Johor. Ini kerana saya tidak dapat menyanyikannya dgn betul. Iramanya agak janggal bg saya pada waktu itu. Selepas peristiwa itu saya dah dpt nyanyikannya dengan baik. Pada masa itu 1987, budaya membuli pelajar junior masih ada..

2. Semasa di tingkatan 4PK2, saya pernah mendapat keputusan peperiksaan tertinggi dengan 13 agregat. Terasa "kembang" sekali.. apatah lagi bila guru BM cikgu Kamsani memuji saya berbakat dlm penulisan sastera kreatif... itulah antara guru yg amat saya minati selain seorang guru cina yg mengajar matematik tambahan.

3. Pada tahun 1987, saya mewakili sekolah dalam pertandingan Bola tampar dan sempat dibawa berlatih ke Sek men Tun Fatimah oleh cikgu Wong jurulatih bola tampar..

banyak lagi kenangan lain yg tak muat nk diceritakan di sini..

dan hari ini, Bertempat di Dewan Sekolah SMTJB, bekas2 pelajar berkumpul sempena GRU. Saya tidak dapat hadir maklumlah jarak yg sgt jauh itu tidak memungkinkan saya ke sana apatah lagi kebetulan ada komitmen lain. Yang hadir keseluruhannya warga Johor sahajalah.. tapi saya tumpang gembira melihat bekas2 pelajar dan bekas penghuni Asrama puteri. Masing2 dengan "wajah baru" Hahaha.... nak terglak pun ada.. ada yg tidak berubah sgt.. ada juga yg berubah dan saya tak dapat nk cam lngsung... Dalam gambar bertudung merah ialah Saleha yg byk berkongsi SUKA DUKA bersama semasa di Asrama Puteri.
Saturday, December 3, 2011 | By: WR

PEMERGIAN AYAHNDA TERCINTA

( Ayahnda [berbaju biru] bersama adiknya yang juga telah pulang ke rahmatullah awal tahun ini)

27 November lepas bersamaan 1 Muharram 1433, ayahnda tercinta kembali ke rahmatullah.. Lebih kurang dalam pukul 11.50 ketika saya sedang berskype dengan anaknda Munirah di KMJ, tiba2 saya mendapat panggilan telefon dari adik di kampung memaklumkan pemergian ayahnda.
Ayahnda memang telah lama terlantar kerana tua namun dia sehat. Cuma seminggu sebelum pemergiannya dia mula tidak dapat menelan makanan biasa. Terpaksalah kami anak2 yg bertugas mengikut giliran menjaganya memasak bubur nasi. Itupun pada 2-3 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir, bubur nasi yg ditelan hanya 2-3 sudu sahaja.. badannya susut mendadak.. memandikan beliau juga menjadi agak sukar kerana beliau langsung tidak dapat bangun walau diangkat.
Sehari sebelum pemergian ayahnda, saya pulang ke kampung walaupun bukan giliran saya bertugas. Kebetulan ada kenduri kawin rumah sedara. Petang itu memang hati saya amat berat untuk pulang ke rumah. Melihatnya memandang saya, hati jadi sayu.. bila saya menyuapkan air menggunakan sudu, beliau menolaknya... beliau tidak mahu minum... walhal bibirnya kering kekurangan air. kalau minum beliau tidak dapat menelan seolah2 tersekat... Saya pulang ke Jerteh lewat petang dan memanglah itu gerak geri dari Allah.. bila pulang, suami saya pula kemalangan tapi tidak lah teruk, dagu beliau terpaksa dijahit dan luka2 . Bahagian lutut luka agak besar dan lulut membengkak. Patutla saya tergerak utk balik...

Esoknya, panggilan tekefon itu cukup menyedihkan.. saya terpaksa membawa suami yg masih tidak sihat akibat kemalangan ke kampung.. sesampai di sana.. saya terus mendapatkan arwah yg terbaring. Saya membuka kain penutup dan tidak dpt menahan sebak lantas air mata ini bercucuran.. saya cuba menahan agar tangisan itu tidak didengari sesiapa.. adik beradik lain yg sampai awal kerana mereka lebih dekat sbuk menguruskan berbagai hal....

Ayahnda agak rapat dengan saya.. saya akui... walaupun ayah seorang yg tegas dan agak garang tapi dia mengambil berat hal persekolah saya.. semua buku sekolah saya dulu dia yg balut dan tuliskan nama.. walaupun buku2 itu dibeli separuh harga dari pelajar lepas.. dia juga sanggup melawat saya semasa saya di SMT Jb dan UPM dengan menaiki keretapi.. masih saya ingat itu begitu sayangnya dia kepada saya... :((...

Semoga ayahnda bersemadi dengan aman dan dicucuri rahmatNya....
Monday, October 17, 2011 | By: WR

HILANG

Tiba2 rasa kehilangan. Hilang kemanisan menjadi seorang guru yg mengajar kelas peperiksaan. Selepas menjadi guru bermula 1984, tahun berikutnya 1985 hingga 2011 saya tidak pernah terlepas dari mengajar kelas peperiksaan samada PMR atau SPM. Hampir setiap tahun saya terlibat dengan dua2 pasukan itu sehinggalah pada tahun 2008 saya mula meninggalkan pasukan PMR. Ada sebabnya... saya ingin mengajar pelajar tingkatan 1 2008 danmengikuti perkembangan mereka hingga 2011. Maknanya saya mula melihat kemajuan pelajaran mereka sejak di tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Kini 2011 saya mulakan semula mengajar dalam dua pasukan PMR dan SPM.

Tidak dapat saya nafikan " kepuasan" yg terhasil dr kerja dlm dua2 pasukan itu. Bermula awal tahun dengan kerja kursus yg saya siapkan awal2.... Bulan 4 dah siap kerja kursus KHB. Kerja kursus SPM Sains pertanian pun begitu juga. Saya siapkan awal supaya ulangkaji dapat di buat seawal bulan Julai bagi PMR dan bulan Ogos untk SPM.

Rupanya... perancangan awal itu ada hikmahnya. Bila saya bertukar ke SMKKB pada akhir Ogos, saya meninggalkan pelajar saya dengan tidak meninggalkan sisa... namun, saya agak kesal kerana belum cukup latihtubi diberikan. Soalan2 percubaan negeri2 lain belum dibincang.... Saya akur, nampaknya cita2 saya untuk mencipta kejayaan berganda terbantut... KECEWA, TERKILAN dan TERKEDU.

Apabila tidak lagi mengajar kelas peperiksaan, saya tidak akan mendengar dan melihat lagi suasana yg amat membahagiakan seorang guru. Bila dekat dengan tarikh peperiksaan, berduyun2 anak2 didik berkerumun memohon restu, memeluk dan mohon didoakan kejayaan. Bila peperiksaan bermula, mengiring mereka ke Bilik Peperiksaan menjadi kekuatan bagi mereka... Sudah menjawab mereka menyerbu lagi mengadu soalan yg senang dan yg susah.. dan akhirnya bila result keluar... kami sama2 berkongsi gembira...TIDAK AKAN ADA LAGI SUASANA ITU ... sedihnya.. hilang nikmat sebagai seorang guru....
Friday, September 30, 2011 | By: WR

EKSPEDISI BERKAYAK SMKKB 2011 - izinkan saya menumpang berbangga


Pada 27 Sept2011 yg lepas, majlis sambutan kepulangan peserta ekspedisi berkayak SMKK.Besut telah diadakan di Kompleks Kuala Besut. Ekspedisi bermula di Pantai Bukit keluang ke Pulau perhentian. Walau bagaimana pun yg hadir hanyalah pengetua, PK HEM dan beberapa guru. Maklumlah masa persekolahan. Takkan nk dtg semua warga sekolah.Gambar menunjukkan Ketua ekspedisi cikgu Aznan Abas.. Seramai 30 peserta terlibat.
SMK K.Besut mmg terkenal dengan pencapaian cemerlang dlm kokurikulum. Oleh kerana saya org baru dalam keluarga SMK K.Besut, saya merasa janggal untuk menumpang gembira berlebih-lebihan.. nanti ada pula suara2 yg mengatakan, senang2 je saya dapat nama. Sedangkan aktiviti ini sudah lama dirancang oleh org2 terdahulu. MUDAH SAJA.. Saya sekarang adalah sebahagian dari SMKKB, dan walaupun byk aktiviti yg telah dirancang sebelum kedatangan saya, IZINKAN SAYA MENUMPANG BERBANGGA ( bukan menumpang glamour). Saya bangga dengan kebolahan guru2 terlibat yg berjaya mengurus ekspedisi ini. Bukan calang2 org yg dpt menyempurnakannya..

Pengetua mengalungkan karangan bunga untuk ketua wakil pelajar.... TAHNIAH
Saturday, September 24, 2011 | By: WR

SEMARAK MERDEKA 2011



Inilah pertama kali saya terlibat dengan program mewakili sekolah sejak bertukar keSMKKB. Sebagai "orang baru" saya lebih banyak memerhati dan sebaik mungkin turut melibatkan diri. Memangla meriah sambutan kemerdekaan di Besut tahun ini. Salah seorang tokoh kemerdekaan yg dinobatkan antara beberapa yg terpilih ialah pemain bola sepak Nor Shahrul Idlan Talaha. Teringin juga nk tengok dr dekat tapi lautan manusia menghalang pandangan.
Sunday, September 18, 2011 | By: WR

SYAWAL YANG PALING huru hara....

Syawal tahun ini memang membuat saya kelam kabut. Banyak sgt perkara yang berlaku sebelum , semasa dan sebaik selepas hari raya...


1. Sebelum raya saya dikejutkan dengan pertukaran ke SMK Kuala Besut. Tiada angin, tiba2 saja berita itu datang. Ketika itu saya sedang leka berbual dengan sahabat dan juga jiran saya Cikgu Robiah. Tiba2 GPK Pentadbiran menelefon. Saya bergegas ke biliknya dan terus diberitahu PPD nk jumpa. Aik? PPD? Saya kehairanan. "Pasal Jawatan" Ringkas saja GPK Pentadbiran memberitahu. Jam menunjukkan 10.30 pagi dan PPD nk jumpa pukul 11 pagi. Saya turun ke tempat kereta dan terus memandu dengan penuh tandatanya. Sepanjang perjalanan perut saya memulas entah apa yg disakitkan.... Perkara pertama yg saya ingin buat bila sampai ke PPD ialah nak cari tandas... Tapi sebaik saja sampai, hilang pulak sakit perut tu. tapi muka saya pucat dan tangan saya sejuk... bila saya bersalaman dengan kerani PPD beliau dpt rasa tangan saya sejuk terus dia tambah debar dihati saya dengan mengatakan " tak jauh.... " Bila dipanggil ke bilik PPD, segalanya terungkai.... saya ke SMK Kuala Besut. Kejutan itu membuatkan saya terdiam, kelu seribu bahasa.. ntah mengapa saya menangis... Lucu pun ada. Dalam usia 50 saya masih berperangai macam budak2...

2. Sehari sebelum raya, saya ke Jeli mengambil baju raya yg ditempah dari adik saya. Jauhanya tempah baju.... 2 jam perjalanan baru sampai. Sepatutnya hari tu saya dah boleh bersiap2 utk sambut raya... tapi saya masih dijalanraya... kereta pun boleh tahan byk.. bila dibawa balik baju anak lelaki saya ada masalah... terpaksalah saya ubahsuai..... kelamkabut dibuatnya.. akibatnya baju tambah bermsalah...

3. Raya tiba jua.. tiada apa yg saya siapkan . Lepas sembahyang raya terus balik ke Machang. Kesian pula bonda keseorangan di rumahnya. Raya kedua saya balik semula ke Jerteh kerana anak saudara belah suami kawin.. Saya ditugaskan menyediakan lauak pengantin.... terpaksalah saya menyibukkan diri di dapur... Sebaik majlis berakhir saya terus ke Machang lagi kerana anak saudara saya pula akan diakad nikah malam itu... Penatnya.... saya jarang memandu malam.... tetapi digagahkan juga. Pukul 9 malam saya sampai dan pengantin belum pulang dari akad nikah di mesjid.. Esoknya... kenduri pula....

4. Habis kenduri pada raya ke 4 , raya ke5 terus diadakan majlis menghantar pengantin ke rumah mertuanya.. MENGHANTAR MENANTU. ke kemahang. balik dari kemahang terus pulang ke rumah di Jerteh. kerja saya pada raya kali ini hanyalah ULANGALIK DARI JERTEH KE MACHANG.....

5. Raya ke 6 - AHAD sekolah telah dibuka, saya dijemput ke SMK Pelagat untuk majlis perpisahan dan majlis hari raya... Pada hari itu juga saya membuat sedikit jamuan utk staff SMK Pelagat. Segala juadah saya tempah... malangnya.... sungguh2 saya kecewa... ayam goreng berempah yg saya tempah TAK MENJADI. Ayamnya BUSUK.... 20 ekor ayam dibuang begitu saja.... MEMBAZIRNYA.. Punya la saya bengang... mcm mn la benda ni boleh terjadi...

6. Raya ke 8. Saya menghantar anak ke UUM... Sintok.. jauhnya... mujurla adik saya sudi memandu kereta. Balik dari Sintok.. saya terus ke SMKKuala Besut. Saya betul2 mendapat kejutan budaya... dengan tugas baru dan staff baru.. saya rasa terlalu sukar... Setelah 18 tahun di SMK Pelagat , menyayangi SMK pelagat dan berharap menamatkan kerjaya di situ... Satu lagi... saya amat sayangkan mata pelajaran sainspertanian.. bila saya ke SMKKBesut.. hilanglah option itu kerana di situ sains pertanian TIDAK ditawarkan... Saya tidak tahu mengapa saya terlalu BERSEDIH pindah sekolah... Rasanya syawal begitu TAWAR HAMBAR.... Saya langsung tiada mood nak berhari raya....


Friday, September 16, 2011 | By: WR

NOTA SEORANG AKU

Telah kupersembahkan 10 alasan

mengapa hati terlalu hiba meninggalkan SMK Pelagat

Namun, walau seribu malah sejuta sekalipun alasan

aku tetap akur.....

Tuhan,

terima kasih mendengar rintihanku

takala kekalutan melanda

kau limpahkan kesabaran, kekuatan dan ketenangan

yang samar jadi terang

yang tersimpul terlerai jua...

Nikmatnya meminta padaMu

Nikmatnya menerima ujianMu..

Rupa2nya dari UjianMu itu terselit sejuta hikmah

Sunday, September 11, 2011 | By: WR

4 DALAM 1

Saya tidak pernah mengadakan jamuan rumah terbuka hari raya sebelum ini. TIDAK PERNAH. Pada tahun ini saya "terpaksa" mengadakannya. Itupun atasbeberapa sebab.

1. Kejutan pertukaran saya ke SMK Kuala Besut. Tidak dapat saya gambarkan pilu berpisah dengan SMK Pelagat setelah 18 tahun berkhidmat. Jadi sebagai penghargaan kepada semua warga SMK Pelagat, hanya sedikit jamuan untuk meraikan perpisahan ini. Tiada apa yg boleh saya sumbangkan kecuali kesudian kawan2 berkunjung ke rumah sebagai kenangan terakhir.

2. Anaknda Mohd. Zul Ariff akan berangkat ke UUM. Dia ingin menjemput rakan2 sekolahnya untuk beraya dan bersalam-salaman. Setelah sekian lama belajar di sekolah yg sama, masing2 mengikut halatuju sendiri.

3. Meraikan DUA anak sedara yg melangsungkan perkahwinan pada raya ke 3 dan ke 4 yg lepas. Mereka ( pengantin baharu) itu saya jemput untuk makan-makan.

4. Menjemput jiran2 untuk beraya.Setelah sekianlama berjiran, inilah julung2 kali saya bersua di Hari Rayauntuk bermaaf-maafan...

MAKA, JADILAH IA JAMUAN EMPAT DALAM SATU.....
Wednesday, August 10, 2011 | By: WR

BOM

Sejak hari ke dua puasa lagi sudah kedengaran BOM [ mercun ] meletup di sekolah saya... kebetulan pula hari itu bermulanya Peperiksaan Percubaan PMR. Beginilah setiap tahun, murid2 tidak pernah sedar kesan buruk disebalik keseronokan mereka itu. Apa yg seronok pun tak tahu lah.

Bila masuk minggu ke dua ni... nampaknya semakin menjadi2 walaupun setelah diberi amaran oleh pihak atasan.... Semasa saya mengawas peperiksaan percubaan SPM semalam.. mercun dilempar dari dalam semak ke perkarangan sekolah.. kebetulan bilik darjah berdekatan dengan jalan yg setentang dengan semak.. apa lagi calon SPM yg sedang khuyuk menulis karangan BM kertas 1 tersentak. Yg paling lucu ada yg sedang menulis satu perkataan.. selepas bunyi mercun yg kuat dia langsung lupa utk menyambung perkataan itu....

Akbat letupan mercun itu telah mendatangkan gangguan kepada semua warga sekolah samada kpd guru yg sedang mengajar, murid yg sedang belajar dan menjawab soalan peperiksaan jua kepada pekerja sekolah yg rata2 sudah tua dan cepat terperanjat bila mendengar letupan... Suasana sekolah juga agak kelam kabut kerana pelajar akan berteriak dan cuba keluar kelas utk melihat asap berkepul2.. pelajaryg membakar mercun menggunakan teknik yg susah dikesan dengan menggunakan ubat nyamuk.. oleh itu...senangla kerja mereka. selepas meletakkan mercun di mana2 mereka beredar pergi dan beberapa minit kemudian baru lah mercun meletup, jadi mereka tidak dpt dikesan.. yg dalam semak pula siap gelak2 selepas mercun dibaling.. mujurlah seorang guru yg teramat bengang dgn gangguan itu masuk ke dalam semak dan kira2 20 org pelajar kelihatan lari meninggalkan tempat persembunyian mereka... siap dgn pakaian sekolah lagi...
Friday, July 22, 2011 | By: WR

SATU KE SELATAN YG SATU LAGI KE UTARA

Mei lepas ke Tangkak menghantar anak perempuan ke Matrik... September nanti anak lelaki pula ke UUM Sintok.... Yang tinggal kat rumah hanyalah si bongsu.. kami 3 beranak saja la lepas ni.. Rumah ini akan menjadi tambah sunyi..
Thursday, June 23, 2011 | By: WR

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISMA GURU SAINS PERTANIAN NEGERI TERENGGANU





Bertempat di Royal Guest House, KB Kelantan, guru2 sains pertanian seluruh negeri Terengganu telah menghadiri kursus di atas selama 3 hari bermula 21 Jun 2011 hingga 23 jun 2011.


Kami bertolak ke tempat kursus dengan bas yg dsediakan oleh JPN Terengganu. Oleh kerana saya berada di Besut, saya menunggu bas di Kg Padang Luas ( dekat rumah saya la.... ) Peserta lain semuanya berkumpul diJPNT. Bas sampai di Kg Padang Luas lebih kurang pukul 12.30 th.


Tiba di Royal Guest House lebih kurang pukul 2 petang. Terus check in dan sessi pertama kursus bermula pada pukul 3 petang. Kursus kali ini memberi pendedahan kepada guru-guru cara menanda kertas peperiksaan kertas 2. Selain itu juga pemurnian modul juga diadakan mengikut kumpulan. Diselitkan juga perbincangan sebagai persediaan KEM KECEMERLANGAN SAINS PERTANIAN yang akan diadakan pada 10 Julai nanti di Batu Rakit...


Monday, May 30, 2011 | By: WR

Anaknda Munirah ke KMJ


Kami menginap di Gunung Ledang Resort


Tempat perkelahan di Gunung Ledang Resort... cantik juga tapi KOTOR...

Sudah seminggu anaknda Munirah di Kolej Matrikulasi Johor. Penat menghantarnya baru nak reda. Dia sudah mula hadir kelas hari ini dan semasa menghantar sms dia menyatakan berada di perpustakaan mencari buku……Bagusla..
22 Mei yg lepas, kami 3 beranak bertolak ke Tangkak pukul 9 pagi. Asalnya kami merancang bertolak seawall 7 pagi supaya sampai awal dan boleh la berehat di Gunung Ledang Resort. Malangnya si Hitam kereta saya tu buat hal.. tetibanya malam sebelum bertolak salah satu tayar PANCIT!. Bila dipam angin esoknya tayar kempis lagi… Jadi terpaksalah kami menunggu kedai tayar buka sebelum bertolak. Berpandukan GPS kami sampai ke Gunung Ledang resort (GLR) pukul 3 petang. 6 jam perjalanan… Kesian anaknda Zul Arif memandu secara solo …. Lepas solat asar kami ronda2 sekitar KMJ. Jarak masa 10 minit dari GLR.
23 Mei – selepas sarapan di GLR kami bertolak pulake KMJ. Bila sampai.. kereta dah berderet2 manuju ke KMJ.. sesak sekali… Tempat letak kereta penuh… Kami diarahkan kemendaftar ke Blok E. Tetapi kemudaian diminta pula ke Blok D. Kebetulan disitu saya bertemu bekas rakan sejawatan di SMK Seri Nering dulu Encik Zakaria jadi yg sekarang bertugas di KMJ sbg pensyarah. Dia masih mengenali saya dan kami sempat saling bertanya khbar. Orangnya peramah dan tidak sombong walaupun telah bertugas di bahagian pengurusan KMJ. Selepas anak saya mengemaskan barang2 di bilik, saya terus beredar tanpa menunggu taklimat untuk waris pelajar kerana saya terpaksa kejar masa.. esoknya selasa 24 Mei saya mesti hadir ke sekolah kerana telah 2 hari cuti (22 & 23 Mei)
Hari2 berikutnya seminggu saya masih keletihan akibat perjalanan jauh. Tambah2 pula dirumah terpaksalah saya bekerja sorang diri semula.teringat pula Anaknda Munirah yg bertindak sebagai “bibik” sebelum mendapat tawaran ke matrik… Kini sayalah ibu, sayalah isteri, sayalah guru sekolah, sayalah guru tuisen dan sayalah bibik…..
Saturday, May 28, 2011 | By: WR

LETIH BEDOOH...

Tok tau bakpo haghi ni sero nok kecek kelate. Bade sungguh sakit2 sejak minggu lepah. Lepah ata anok gi maktrik di Tangkak. Padahal dok sajo jah dale kreto tak bowok pom. Cuti 2 hari ahad dan senin. Gopoh gapah kelik semula takdey dengar taklimat untuk woris pelajar. Alah gi tu jale molek sapa tept tuju. Tapi alah kelik jadi silap sikit. Sampai dumoh pukol 10 male. letih capor lapa. Esoknyo gi skoloh palo musing2 jah... takdey balik skoloh, kakok pulok sms tok besey dio meninggal... habis skoloh ado mesyuarat la pulok.... Hari Koperasi Sekolah. Lepah mesyuarat teruh gi Kemehey tepak kematiey tu... Maso kelik.. Huje lebat sgt2.. kilat lagi... redoh balik jugok.. sapa sumoh pkol 7 male... takdey rehat lasong...Pahtu esoknya kamis hari akhir skoloh.... cepak2 ambek jawapey budok2 hok objektif suruh budok tlg tebuk lubey tando... hok ting 5 tebeng jugok perikso..

Jumaat - keno bertugah di rumoh mok ( kapong). Kami wat gilirey jago mak ayah hok tuo dikapong. Pagi sabtu... awal2 pagi bergegas balik ado kelah tambahey..... adoi la penat nyo lok............... kelik kelah tambahey... gi beli hadioh kawin berjujuk2 jemputey kawin ni.... Hok gerey nyo... budok kijo pasaraya tuh tok reti bukuh hadioh... rekyok petok bukuh.. nok maroh la sero.... saba jah la......
Saturday, May 14, 2011 | By: WR

SELAMAT HARI GURU...




Kepada semua yg bergelar GURU..

Semoga terus dikurniakan kekuatan

untuk mendidik tanpa rasa jemu....

Pengorbanan mu guru

akan sentiasa dikenang..




Tuesday, May 10, 2011 | By: WR

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Antara blog yg selalu saya lawati ialah blog HOK SENGOTI. Saya lihat pemilik blog ini ialah seorang guru muda yg begitu komited dan kreatif dalam penulisannya. Banyak info menarik yg saya dapat dari blog beliau. Walaupun saya dah mengajar selama 27 tahun tapi saya masih belajar dari blog beliau .( di sini )

Saya terkenangkan seorang guru yg mengajar saya semasa saya di Sekolah Kebangsaan Machang ( Darjah 1 ). Beliau ialah Allahyarhamah Pn. Hafsah. Pada masa itu dialah IDOLA saya kerana dia mempunyai tulisan tangan yg sangat cantik.. pandai menyanyi dan menari. Maklumlah masa tu saya hidup dlm serba kekurangan, takda elektrik, takde TV, jadi saya hanya dapat melihat seni yg ada pada beliau. Saya pernah menyertai pasukan tarian sekolah dibawah kelolaan beliau. Beliau bukan sahaja tabah mengajar murid-murid malah beliau tidak memilih bulu. Untuk murid-murid miskin beliau selalu bermurah hati. Melayan semua dengan samarata...Untuk beliau saya ciptakan puisi ini...

Cikgu...
Lenggok tarimu
Merdunya suaramu
Sinaran matamu,
Gerakan tanganmu,
masih segar diingatanku...

Walau tenagamu tercurah
untuk anak2 di daerah kecil cuma..
walau bimbinganmu tidak mendapat pengiktirafan dunia
Ketulusan hatimu mengajar
sehingga aku pandai menulis mambaca..
akan ku kenang
selagi hayat ada...

SELAMAT HARI GURU...

Sunday, May 8, 2011 | By: WR

AZWA LAILA

Jumaat lepas saya dan Cikgu Nik Marhaini melawat anak cikgu Roslinah yg terlantar di wad HUSM. Sudah seminggu di situ. Kami juga mengambil peluang menziarahi anak murid saya AZWA LAILA dari tingkatan 3S2 yg mengidap Demam kepialu.

Azwa adalah seorang yg periang dan selalu mencuit hati saya. Tatkala saya MARAH dia pandai mengambil hati saya. " Saya sayang sgt kat cikgu" Itu lah kata2 yg selalu dia ucapkan bila saya naik angin. Apa lagi, perasaan marah mula menurun dan suasana jadi gembira semula...

Entah mengapa bila 2 hari dia tak datang ke sekolah, saya rasa lain. Apabila bertanya pd kawan2, mereka saja2 kata laila malas.... kemudian dia hadir ke sekolah.. Saya mengambil peluang iniuntuk bertanya dan dia cuma senyum. Dia tidak selincah dulu, hanya mendiamkan diri dan senyum saja.. Dia jadi pasif..

Esoknya dia tak hadir sekolah lagi.... HERAN sy dibuatnya. Minggu seterusnyabaru lah rakan2nya memberitahu dia demam yg sgt kuat dan telah dihantar ke HUSM.. Kemudian ada lagi berita yg mengatakan beliau tidak sedarkan diri..... Terkejut saya dibuatnya.. rupanya dia demam berlarutan... mungkin menyangka demam biasa jadidia dtg jg ke sekolah.. apabila berlarutan dandia semakin lemah barulah di bawa ke hospital...

Semasa saya melawat... dia masih di wad ICU tetapi dia sudah sedarkan diri... Saya gembira. Tetapi apabila saya mendekatinya.... naluri keibuan saya terus membuat saya menangis.. saya tak dpt mengawalnya.. mengingatkan kelincahannya dlm kelas hati saya luluh melihat dia terlantar tak bermaya.. seluruh badan penuh wayar2.. dan dia masih menggunakan bekalan oksigen... dia belum bermaya utk bercakap... dia memegang tangan saya.. melihat saya menangis.. dia mengambil buku nota di atas badannya dan mencari2 pen... saya membantunya memberikan pen.. dan dia menulis...

" Jangan menangis cikgu.... saya tak mahu lihat cikgu menangis.. "

Saya hanya menganggukkan kepala... dan gagahkan juga memberi semangat kpdnya... supaya dia bersabar dan cepat sembuh spy boleh ke sekolah semula.... Peperiksaan pertengahan tahun akan bermula 3 mingu lagi.....

CIKGU DOAKAN AZWA LAILA CEPAT SEMBUH ...... DAN CERIA SEMULA... Maafkan cikgu yg lemah ini kerana menangis didepan laila...



Tuesday, May 3, 2011 | By: WR

JAUHNYA.....

Anak perempuan saya mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Johor. Target saya ialah Kolej matrikulasi Pahang.... sebabnya? saya masih boleh memandu ke sana untuk menghantarnya. Tapi kalau dah ke Johor? Jauhnya... Dalam keadaan suami saya tidak "layak" memandu , perjalanan jauh menjadi begitu sukar bg saya. Terpaksalah saya menggunakan khidmat anak lelaki saya yg belum pernah travel jauh2 juga.. tapi takpe la... sekurang2nya dia menjadi "kekuatan" saya.

Anak2 dah mula membesar dan saya akan mengalami satu fasa dalam hidup di mana akhirnya ibubapa akan bersendirian tanpa anak2 di sisi... apa tidaknya .. anak2 akan berhijrah ke tempat lain untuk menuntut ilmu dan seterusnya memasuki alam pekerjaan... kawin... sunyi juga memikirkan nanti hanya kami berdua di rumah...


Thursday, April 21, 2011 | By: WR

JELITA, ANJUNG SERI,PC, MIDI DAN SOLUSI

Setelah bekerja, saya telah menukar bahan bacaan dari novel ke majalah. Masih saya ingat, saya tercari2 majalah apa yg paling saya suka dan tidak pernah "miss" membelinya setiap bulan. Saya pernah mencuba majalah keluarga, nona dan perempuan. namun semua itu tidak tahan lama. Saya tidak menjumpai kepuasan semasa membaca malajah2 itu. Akhirnya saya mula "gila" kepada majalah JELITA. Kononnya majalah JELITA la yg paling baik dan saya mula membelinya dari 1985 hiinggalah 1995. Penuh satu almari majalah itu dan ada sesetengahnya telah saya musnahkan. Kononnya majalah itu memberi kepuasan bila saya membacanya terutamanya bila menatap fesyen2 baju yg digayakan oleh model dalam majalah. Terasa setiap gambar yg dimuatkan begitu bermakna walaupun fesyen2 baju itu tidak pernah saya ikuti malah saya sendiri tidak tergamak meniru fesyen yg di paparkan. Saya juga tertarik dengan ruangan resepi terutama setiap kali musim perayaan.. dari situ saya belajar pelbagai resipi, dari biskut,kuih muih hinggalah lauk pauk.

Bila dah membina rumah sendiripada tahun 1996, saya mula "MUAK" dengan jelita. maklumlah saya pun dan tak jelita lagi.. hihihi... anak dah 3. Saya mula "menggilai" majalah Anjung Seri pula.. tak sabar rasaya menunggu keluaran terbaru untuk melihat hiasan dalaman... namun tak satu hiasan yg dipaparkan di Anjung Seri yg saya tiru.. rumah saya tetap rumah biasa yg saya atur ikut suka hati saja....

Semasa saya dilantik sebagai S/U peperiksaan saya mula berjinak dengan komputer dan sejak itu saya sibuk pula membeli majalah PC. Kalah orang muda dibuatnya. Saya mengikuti setiap perkembangan terbaru tentang teknologi maklumat dan pda tahun 2008 saya mula membuat blog ini

Entah mengapa, saya mula berfikir, kemanakah ilmu ini nk saya gunakan... tak kemana pun... pada usia yg semakin meningkat, majalah itu bukanlah yg saya cari... saya terasa kekurangan.. dan sentiasa dagahakan bahan bacaan yg boleh memuaskan hati saya.. Akhrnya saya terjumpa pula majalah MIDI. walaupun majalah itu tidak begitu menarik minat saya, tapi saya tetap membelinya kerana saya perlu membaca dan ada maklumat yg sesuai dengan umur saya. Tapi, saya tidak menemukan kepuasan ...

Sehinggalah, saya menjumpai majalah yg satu ini.... SOLUSI. Membaca solusi , saya tidak meninggalkan walau satu ayat. kalau majalah lain. biasanya saya membaca bahagian2 tertentu saja.. tapi SOLUSI, saya baca dari satu muka surat ke muka surat hinggalah ke kulitnya... setiap bahan yg dihidangkan terasa begitu berharga. Tiada ruangan yg ditingalkan. Inilah majalah yg menepati citarasa saya.. menepati kehendak naluri saya dan menepati apa yg saya cari selama ini... walau baru mengumpulnya setahun yg lalu, say telah menyediakan satu almari untuk majalah ini... khusus untuk koleksi majalah SOLUSI.. syabas syarikat telaga biru..

Saturday, April 16, 2011 | By: WR

MASJID DAN SEKOLAH

Saya baru balik dari kampung di Machang kelantan. Rumah saya berhampiran dengan mesjid Sultan Yahya Petra. Sejak kebelakangan ini mesjid ini begitu "hidup" tak kira siang atau malam. Bila saya balik pagi jumaat, mesjid itu tak pernah sunyi. Seawal 9 pagi saya sampai, sudah berkumandang suara dari pembesar suara mesjid, program ceramah santapan jiwa. Ianya berlarutan sehingga la solat jumaat. Apabila asar tiba, ceramah kembali keudara sehinggalah maghrib. Antara magrib dan isya disi pula kuliah agama lagi... begitulah seterusnya sebelum subuh sudah terdengar suara mengaji.

Minggu ini, satu program yg saya rasa belum pernah dibuat oleh masjid lain telah diadakan. Program motivasi yg selalunya berlangsung disekolah tetapi telah dibuat di mesjid. Dari apa yg saya dengar melalui pembesar suara, seluruh sekolah kebangsaan dari Machang telah menghantar pelajar UPSR untuk program MOTIVASI. Pelajar yg masih muda itu didedahkan dengan solat dhuha dan solat hajat beramai2 bersama2 guru besar dan guru2 masing2...

Tak heranlah Mesjid Sultan yahya ini telah dinobatkan sebagai Mesjid terbaik seluruh negeri kelantan pada tahun 2010. Ia sebuah mesjid uh "HIDUP" tak kira msa dibawah pengurusan imam yg kreatif mengadakan pelbagai program utk masyarakat setempat. tak macam sesetengah kawasan yg mesjidnya banyak ( dekat2 pulak tu ) tapi bagaikan"mati". Hanya dikunjungi bila solat hari raya saja,...

Mesjid dan sekolah kedua2nya adalah institusi pendidikan. kalau bergabung sedemikian, amatlah berkesan sekali. Di sekolah pelajar diajar ilmu duniawi dan mesjid pula menggalas tugas memperkayakan ilmu itu disamping ilmu akhirat... alangkah indahnya jika semua mesjid seperti mesjid ini....

Friday, March 25, 2011 | By: WR

JANJI 12 JEJAKA SPN...

Ini lah wajah 12 orang anak muridku yg telah menyentuh perasaanku dek kejayaan mereka mencipta sejarah tersendiri apabila muncul terbaik dalam negeri Terengganu dalam mata pelajaran SAINS PERTANIAN dalam SPM 2010.

12 jejaka ini ialah pelajar 5EP iaitu kelas yg berada dalam
ranking ke 3 bagi pelajar tingkatan 5 sekolah kami [ Sekolah harian biasa] yg agak tersohor juga masalah disiplinnya. Kesemua mereka semasa di tingkatan 4 adalah sama sperti pelajar lelaki lain yg tidak lari dari sifat “MALAS” kalau diberi kerja rumah, dan diperiksa hari berikutnya memang la ada perasaan marah. Memang tak siap! Begitu juga kalau diberi latihan, cikgu yg beri latihan dan ckgu jugalah yg menjawabnya untuk merEka. Seperkara lagi, tahap pencapaian mereka di tingkatan 4 adalah sama saja.... Saya langsung tidak dapat mengecam siapa antara mereka yg lebih baik dan boleh diharap untuk mendapat A. Pencapaian mereka sederhana. Kalau lulus pun paling tinggi 50 diikuti yg lain2.. dengan markah 40. Tapi satu perkara yg menyejukkan hati saya ialah, mereka TIDAK mempunyai sifat “nakal” dan tidak pernah member masalah pada saya. Kalau pun saya agak terluka dengan sikap pemalas mereka, dan sedikit meninggikan suara mereka akan diam saja...
Bila naik ting 5, masih juga sama, prestasi meraka agak sekata saja. Selepas peperiksaan percubaan dan menghadiri Kem Peringkat negeri baru lah saya dapat mengenalpasti siapa yg agak kedepan. Ada 3 pelajar yg saya agak dapat mencapai tahap A. Pernah saya memberitahu rakan saya Puan Robiah YG mengajar ERT,
“ Anak murid saya sekata saja pencapaian mereka.... Saya mungkin dapat semua B ... atau kalau nasib baik semua A “
Setiap kali kelas, saya selalu member kata2 semangat utk mereka. Kejayaan pelajar tahun lepas 6 org mendapat A sering saya jadikan cabaran utk mereka. Saya kata.... Saya nak semua 12 org dapat A. Saya juga selalu bertanya seorang demi seorang berapa target mereka dan saya amat bangga mereka dengan tegas mengatakan
“ Saya nak A cikgu”
Termasuklah yg paling lemah sekali pun berazam nk A juga.. Setiap kali terjumpa mereka di kantin, ditangga sekolah atau di luar bilik darjah saya akan bertanya soalan sains pertanian.
“ Ridzal, bgtau ckgu formula nk kira PSRDL, NPM..... ect... “ Kadang2 soalan ni buat mereka tergelak sendiri kerana setiap kali bersua mesti cikgu akan bertanya...
Peperiksaan bg mata pelajaran sains pertanian jatuh pd hari isnin 13 disember. Pada 10 hb, 11 hb dan 12hb disember murid2 saya masih datang ke kelas tambahan bermula 8 pagi hingga 1 ptg kecuali jumaat balik awal sebab nk solat jumaat. Pada hari terakhir sempat pula kami bergambar kenang-kenangan di depan bengkel yg baru siap.
Esoknya masa peperiksaan, saya ada mesyuarat bersama pengurusan sekolah dan tidak dapat bersama mereka di dewan peperiksaa. Selepas habis peperiksaan saya menyuruh mereka memulangkan buku2 yg dipinjam dan menghantar ke bengkel sendiri kerana saya masih bermesyuarat. Selepas bengkel dikunci mereka memulangkan kunci dan saya pun terus balik tanpa masuk ke bengkel. Sehingga lah penggal persekolahan dibuka semula pada tahun 2011, saya masuk ke bengkel dan agak terkejut dgn satu tulisan besar di papan hitam yg ditulis oleh pelajar 2010.

“ TERIMA KASIH UTK CIKGU RUSNAH DAN KAMI SEMUA [12 ORANG] BERJANJI UNTUK DAPATKAN “A” DALAM SAINS PERTANIAN”

Saya tersentak seketika.... sebak pun ada... mereka berjanji dan mereka telah tunaikan walaupun ada 2 org yg terbabas... 10/12 sudah buat saya terlalu bangga...
Dan.. pada hari penyampaian result tempoh hari.. rasanya saya lah guru yg paling gembira.. kerana ini adalah kali kedua berturut2 kejayaan ini dikecapi... tahniah anak muridku... 2010 tetap dalam kenangan... dan kenangan itu rasanya paling manis sepanjang 27 tahun cikgu mengajar....

Thursday, March 17, 2011 | By: WR

FERTIGASI MUSIM KE 2 [2011]






Selepas Kursus Fertigasi yg baru lalu, saya bersama pelajar 4TV dan 5TV telah memulakan projek kedua dengan menanam MUSK MELON pula. Kalau sebelumnya TIMUN JEPUN , kini MUSK MELON lebih membuat pelajar teruja.
Banyak pengalaman yg dikutip pd tahun lepas memudahkan pengurusan kali kedua ini.
1. Pada kali ini, kami lebih berkeyakinan dan proses menyemai menghasilkan anak benih yg lebih baik dari tahun lepas. Tahun lepas kami menghasilkan anak pokok yg "panjang" kerana sedikit kesilapan "terlalu lama di kurung di tempat gelap...." Kini anak benih lebih kuat dan sehat.
2. kami amat berjaga-jaga tentang pembajaan kerana pada tahun lepas kesilapan teknikal membuatkan pertumbuhan pokok TIMUN JEPUN agak terbantut pada permulaannya. Kini pemerhatian menunjukkan pembesaran agak cepat...
3. Dengan sedikit kemahiran yg ada berbekalkan tunjukajar En Shahmin dr GM Peladang, pelajar saya dengan kreatifnya telah menambah bilangan polibeg . Ini bermakna menambah paip sisi pengairan titisan. Dengan kemudahan terhad akhirnya dapat juga kami menambah sebanyak 50 beg lagi.. Kalau dulu kami cuma menanam 100 anak pokok kini bilangannya menjadi 150.... Lagi satu kami terpaksa menggunakan beg plastik hitam bagi menggantikan beg plastik putih yg telah koyak...
Walaubagaimana pun sedikit kelemahan kali ini telah dikenalpasti... tapi ianya hanya kesulitan kecil yg boleh diperbaiki... Saya mengalami masalah "pekerja" Niat di hati saya ingin melepaskan tanggungjawab kepada pelajar tingkatan 4 memandangkan pelajar tkn 5 akan menghadapi SPM.. namun saya sukar mencari pelajar yg sanggup bekerja seperti tahun lepas.. Akhirnya saya terpaksa menggunakan juga khidmat pelajar tahun lepas... Terima kasih Nik Ismail, Ahmad Zharif dan Fariz kerana masih sanggup menjadi pekerja setia Projek Fertigasi. kepada pelajar tkn 4, ayuh kita bangun dan jadikan projek kali ini sebaik mungkin...
Thursday, March 3, 2011 | By: WR

CINTA KE DUA....


Bercakap tentang cinta, ramai orang mengatakan cinta pertama itu adalah cinta sejati. Namun ramai juga yg jatuh cinta berkali-kali. Semasa bercinta kita hanya nampak kebaikan pada diri seseorang sahaja, namun bila dah lama bersama akan lahirlah ciri-ciri yg tidak diingini.. Selepas itu mungkin akan mencari cinta baru pula....

Sejak di Universiti lagi saya sudah memasang angan2 untuk bercinta dengan HONDA. Bila mula bekerja, cinta saya terhadap HONDA bertambah subur kerana melihat seorang guru yg selalu ke sekolah memandu Honda City. Tiap2 hari saya memikirkan bila la nk milikinya... Akhirnya setelah 2 buah kereta proton saya miliki, baru lah saya memilikinya.. Tetapi begitulah manusia, bila dah dapat baru lah tahu baik buruknya. Honda terlalu besar untuk saya... Memandunya di jalan raya memanglah memuaskann hati saya, namun bila tiba BAB PARKING.... aduh saya amat2 membenci HONDA.. beberapa kali muncungnya tercalar kerana saya tak dapat menjangka kedudukannya.. Bila keluar ke bandar dalam kesesakan jalanraya, saya menjadi terlalu stress.. beberapa kali saya ke Jerteh dan pulang tanpa dapat meletakkan kereta di tempat parking... BIla anak bertanya mak ke mana, saya hanya menjawab
" makan angin di Jerteh "

Akhirnya, saya mula jatuh cinta dengan Viva Elite... ya.. kereta yg sangat sesuai untuk saya..
Sunday, February 20, 2011 | By: WR

SEPASANG MATA COKLAT DAN LETERAN MANIAM

satu tajuk dan dua cerita berbeza sebenarnya.

SEPASANG MATA COKLAT -

ialah kenangan pertemuan saya dengan sahabat lama sejak di tingkatan 1,2 dan 3. Kami bersekolah bersama. Dia [ sahabat saya itu] bermata coklat yg cantik dan lain dari orang lain. Saya bertemunya pada minggu lepas di sebuah gedung kain di Kota Bharu semasa menemankan Nik Ma ke Pustaka Seri Intan tempoh hari. Sejak sekikan lama terpisah baru kini bertemu kembali setelah usia memasuki angka 50. Mestilah banyak perbezaannya dari masa lalu dan sekarang terutama dari segi fizikal. Dulu sahabat saya ini yang namanya ada sedikit persamaan dgn nama saya. Namanya Wan Noor Zainah. Saya pun Wan jugak. Selain nama kami yg hampir sama [ Saya Wan Rusnah ], saiz badan kami juga hampir sama ketika itu. Sama2 kecik, tapi dia lebih kurus. Selain itu kami sama2 pendiam. Cuma, saya punya ramai kawan [ ada gang ] tetapi dia ni selalu berseorangan. Saya selalu memerhatikannya bersama buku dimeja maklumlah dia seorang yg pintar dari keluarga yg semuanya berjaya. keunikan Wan Nor zainah ialah matanya berwarna coklat .. cantik sekali. Selepas SRP entah kemana dia melanjutkan pelajaran, saya tidak tahu kerana dia bukan kawan rapat saya. Sehinggalah saya ditahun akhir di UPM, saya bertemunya di situ di mana dia mengambil diploma pembangunan manusia. Selepas itu kembali putus hubungan, tetapi saya sempat mengambil no telefonnya dan mendapat khabar dia bekerja di pejabat Kebajikan Masyarakat.

Berbalik pada pertemuan terkini antara saya dan dia di gedung kain tempoh hari.... ketika itu saya ke kaunter untuk membayar harga kain yg dibeli. Dia berada jarak 2 kaki dari saya sedang berbual dengan seorang lagi petugas di gedung kain itu. Saya menoleh padanya dan tiba2 saya perpandang sepasang mata coklat yg pernah saya lihat masa zaman persekolah dulu. Tetapi, saya was2 adakah dia Wan Nor Zainah kawan saya kerana fizikalnya sangat berubah sekali. Saya ingin sekali menegurnya tetapi bimbang tersalah orang. Tambah2 lagi dia seorang yg peramah dan rancak berbuah sedangkan Wan Norzainah yg saya kenal dulu sgt pendiam. Tapi hati saya kuat mengatakan dia ialah kawan saya yg bernama WanNor zainah. Akhirnya saya dapat satu akal, saya masih menyimpan nombor telefonnya. Selepas keluar dari kedai kain, saya mendail no telefonnya. Dia menjawab telefon saya malangnya dia tidak mengenali saya kerana nombor telefon saya tidak ada dalam fonbooknya. Setelah memperkenalkan diri dan dia mengingati saya, saya terus bertanya di mana dia berada sekarang. Jawapannyaialah;

" Saya berada di kedai kain.... "

Maka sahlah dia yg saya lihat dikedai kain itu. Lantas saya menyuruhnya berpaling ke belakang di tempat letak kereta saya. Ketika itu saya berada di kereta bersama Nik Ma. Apabila berpaling dia terus menjerit dan menerpa kearah saya.

" Awak masih macam dulu.." katanya. memanglah badan saya tak baik sangat. Walaupun bagi saya rasa agak gempal dari dulu. Sekarang berat badannya mencapai 67kg. dan saya 45 kg. Dulu kami sama2 RINGAN. [ 39 kg sahaja ]

LETERAN MANIAM

Pada hari sabtu lepas saya terpaksa memohon kebenaran dari GPK Tuan Haji Suwaimi untuk tidak hadir ke Majlis ulangtahun IMTIAZ yg ke 10 kerana saya ada temujanji untuk servis kereta di KB. Kebetulan saya diserang selsema yg teruk. Selepas kereta diservis , saya ditegur Maniam mekanik Honda yg menservis kereta saya.

" Awak tak guna sangat ke kereta ni? milagenya rendah"

Alamak, kereta ni saya bawa hari2 ke sekolah,cuma jarak rumah ke sekolah dekat dalam 10 minit saja... dan saya bukannya kaki ronda. itu saja lah perjalanan kereta saya.

Maniam terus memberi ceramah;

" Awak tau tak, kereta ni kalau awak simpan je akan cepat rosak.... bla bla....bla..." Saya tak ingat apa alat yg dia sebut. Dia buka dekat enjin dan tunjukkan semua alat2. manalah saya tahu.. dia tunjuk kalau alat ini rosak harganya RM5000.. yg tu plak RM3000.... bla bla.. ..

Saya bertanya padanya berapa kilometer sepatutnya mileage kereta saya pada usianya 5 tahun. Dia membuka buku servis dan mengatakan bahawa kereta seusia saya itu sepatutnya berada dalam 75000 km.Hehehe.. kereta saya baru 34000 separuh dari sepatutnya. Nak buat macam mana...... takkan saya nak pegi bawak kereta kehulu kehilir siang malam.. lepas sekolah saya kepenatan.. kadang2 mesyuarat sampai pukul 4 takkan nak keluar makan angin lagi.... balik kampung pun dalam 30 minit perjalanan saja.. bercuti? setahun sekali je la.. hujung tahun.

Leteran Maniam ada betulnya........ tapi apalah seorang wanita tahu tentang kereta ni... tahu pandu je la..

Monday, February 14, 2011 | By: WR

BERKAWAN DENGAN ORANG MUDA

Sejak akhir2 ini saya selalu saja jadi "LoneRanger". Tak apa lah dah tua2 ni kemana saja berseorangan. Rasa lebih selesa begitu. Ke kantin, ke bengkel, ke pejabat, ke surau, ke dewan, ke padang... bebas kemana saja. Kalau tak pergi ke mana2 saya duduk dibengkel Sains Pertanian. Menghias bengkel... Terasa puas melihat bengkel bertambah ceria dengan papan kenyataan yang dipenuhi pelbagai maklumat. Tak apa tanpa kawan, asal saja saya tahu ada Allah sebagai "kawan" itu sudah memadai. Cukuplah Allah sebagai teman berbicara dan mengadu.

Bengkel saya dekat saja dengan bengkel KHB dan LK, dek kerana selalu berurusan saya menjadi rapat dengan anak2 buah VOTEK. Dia orang ni masih muda... ada yang belum kawin pun. Seronok juga berkawan dengan orang muda ni, boleh bandingkan dengan masa muda sendiri dahulu.

Nik Ma, orang kuat LK selalu bersama saya akhir2 ini. Bulan ini saja saya dah 2x ke Kota Bharu bersamanya kerana urusan peribadi saya. Kebetulan dia juga ada keperluan di KB, jadi saya menumpang dia dan dia menumpang saya. Untuk kali pertama kami ke KB dengan keretanya. Seronok jadi penumpang. Boleh pula terlelap dalam kereta. Orang muda pandu kereta mesti lah "ganas" sikit. Sampai ke destinasi yg saya tujui, ramai yang menegur bahawa Nik Ma anak saya. Pada hal kami rakan sekerja.. Hehehhe... saya sedar diri.. sejak masuk ke angka 50, memang layakla NiK Ma dianggap anak saya. Saya pun apa lagi mengangguk saja lah. Seorang ibu keluar shoping dengan anak perempuannya. Biasa lah kan.. Yang seronoknya Nik Ma boleh ikut gaya saya dan saya juga boleh ikut gaya dia. Barangkali kerana kehidupan sebagai guru sama, jadi kami tidak kekok walaupun jarak umur yg agak jauh.

Hari ini untuk kali kedua saya dan Nik Ma ke Kb . Kali ini saya yang mengajaknya menemankan saya kerana suami dan anak tidak dapat ikut saya. Dari berurusan seorang diri saya mempelawa Nik Ma bersama. Sekali lagi soalan yang sama diajukan pada saya.

" Anak cikgu ke ni? kerja kat mana?" Tanya seorang pegawai Bank.

" Kerja kat sekolah yg sama" jawab saya ringkas. Nik Ma hanya senyum.

" ooOOOO anak dan mak bekerja di satu sekolah.." katanya lagi....

Saya tidak mengiakan atau menidakkan. Akhirnya saya bertanya kepada Nik Ma,

" Wajah kita ada persamaan ke?"

Nik Ma hanya ketawa kerkekeh2..

Boleh jadi saya nampak terlalu tua atau Nik Ma yg awet muda....

Thursday, February 10, 2011 | By: WR

HOSPITAL KERAJAAN VS HOSPITAL SWASTA

Seperti biasa hari khamis lepas asar saya bersama cikgu Robiah ke pusat erobik. Tengah bersiap2, tiba2 anak bongsu saya menerpa menunjukkan tangannya yang luka berlumuran darah. Terkejut dgn apa yg saya lihat, saya terus menelefon ckgu Robiah membatalkan kelas erobik hari ini. Jalan pula agak sesak dengan kereta. Biasanya saya mengikut jalan pintas tetapi kerana kereta yg tak putus2 bergerak terpaksalah saya mengikut jalan yg agak jauh. Klinik yg paling dekat ialah Klinik Doktor Nasir. Tiba di situ saya diberitahu doktor tak ada walaupun klinik dibuka.... saya tanpa pikir panjang terus ke Bandar Jerteh. Tangan anak saya tak henti2 keluar darah. Saya takut pula nak melihatnya..
Saya menuju pula ke Klinik Dr Zahari. Bukan apa.. saya serik ke Unit Kecemasan Hospital Jerteh. Kalau keadaan sakit tak teruk, biasanya lambat dilayan. kalau dah nazak baru lah diambil tindakan segera... Sesampai di klinik, pembantu Dr Zahari melihat tangan anak saya dan menasihatkan saya ke Hospital Jerteh kerana katanya terpaksa dijahit. Dr Zahari dah "rabun" dan tidak lagi menjahit luka pesakit. Lalu saya pun tanpa pikir panjang bergegas pula ke Unit Kecemasan Hospital Jerteh. Saya sampai di Unit Kecemasan pada pukul 5.20 petang, terus mendaftar dan diminta tunggu nama dipanggil... Pukul 6.30 petang saya dh mula resah, darah terus keluar dr tangan anak saya.SATU jam saya menunggu, lantas saya ke kaunter semula bertanya... akhirnya barulah petugas dikaunter menyuruh anak saya masuk dan duduk di katil hujung. Kalau nk tunggu nama dipanggil... agaknya masuk waktu isya la..Memanglah pesakit agak ramai dan kebanyakannya yang lebih parah dari anak saya. Kemalangan motorsikal dan basikal. Duduk dikatil, anak saya masih belum dilayan juga lalu saya keluar sebentar untuk membeli minuman. Dalam pukul 6.50 petang saya masuk semula dan melihat tangan anak saya sedang dijahit. Saya diberitahu tentang tarikh datang semula untuk membuka jahitan dan ubat yg perlu diambil esok kerana waktu pejabat telah habis. Utk hari ini ada dibekalkan ubat tahan sakit.

Monday, February 7, 2011 | By: WR

MODUL 4 KHB

Bila mengajar tingkatan 3, isu yg selalu disebut2 ialah kerja kursus . Memang guru2 KH memerlukan byk masa untuk merekod, memeriksa dan memberi markah. Bagi kelas2 belakang yg muridnya selalu ponteng sekolah atau ponteng kelas, masalah utama ialah calon PMR tidak menyiapkan dokumen kerja kursus.
Saya mengambil langkah awal untuk memulakan kerja kursus modul 4 ini. Bahan kerja kayu telah dibeli oleh ketua panitia dan alatan tangan juga di tambah baik. Penggunaan tukul dan kayu diganti oleh "air nailer" selaras dengan kemajuan teknologi. pelajar didedahkan dengan alat moden yg lebih berkualiti.
masalah kayu pecah kerana penggunaan paku dan tukul oleh pelajar yg kurang mahir tidak timbul lagi. Bahan kayu dicantum dengan kemas.
Kerja2 membentuk lengkuk supaya produk yg dihasilkan lebih cantik juga menjadi lebih senang dengan penggunaan jigsaw berbanding dahulu ramai yg menggunakan gergaji lengkung halus. Masalah gergajilengkung halus ialah matanya mudah patah jika salah digunakan terutama pelajar perempuan yg kurang mahir menggunakan alatangan.Pemakaian apron menjadi satu kemestian dalam bengkel kayu dan peraturan ini dikuatkuasa supaya unifrom pelajar tidak kotor. Saya menggunakan kemasan cat sembur.Inilah hasilnya contoh produk yg dihasilkanpelajar saya. Jika dibandingkan 2-3 tahun lepas di mana penggunaan mesin masih berkurangan penghasilan produk lebih cepat, kemas dan cantik.


Saturday, February 5, 2011 | By: WR

Biar lah hanya Dia sebagai Teman

Tajuk entri saya kali ini nampak "jiwang". Sebenanrnya saya hanya teringatkan teman2 baik saya sepanjang saya bersekolah rendah hinggalah ke usia emas yg layak bergelar nenek. :D
Entah mengapa hari ini selepas solat subuh hati saya jadi sayu teringatkan teman2 baik yg selam ini mewarnai hidup saya dgn pelbagai warna kehidupan manis, masam, pahit dan masam...

sejak dibangku sekolah rendah saya berkawan rapat dengan Rosmawati Mahmud. Anak seorang guru yang tinggal di Bukit Tiu. Kami mula rapat apabila di darjah 2. Oleh kerana bapanya seorang guru, dia nampak lebih dari saya dlm semua segi. Namun keakraban kami tidak pernah dibatasi oleh perbezaan darjat itu. Lebih2 lagi bila saya muncul sbgai pelajar terbaik kelas, saya mula tidak rasa rendah diri. Saya selalu bertandang ke rumahnya walaupun agak jauh. Percaya atau tidak, padamasa itu saya hanya berjalan kaki ke rumahnya dlm 2km dari rumah saya. Ayahnya aktif bermain tenis di bandar Machang dan saya selalu jadi "budak pemungut bola" dengan upah 20 - 30 sen. Kami berkawan rapat hinggalah bila menjejakkan kaki ke sekolah menengah, dia memasuki SMK hamzah yg lebih dekat dgn rumahnya dan saya pulake SMK Machang. Walaupun berlainan sekolah tapi kami masih tetap berhubung cuma, apabila masing2 berjumpa kawan baru.... tumpuan hilang dan kami dgn haluan masing2. Walaupun begitu saya selalu terkenang peristiwa manis semasa berkawan. Susah sama susah senang sama senang. Pernah bila saya sakit sebulan tak ke sekolah dialah kawan yg menziarah saya dan kami sangat sedih berjumpa.. walau saya terlantar dan tidak kesekolah dlm jgka masa yg lama.. dia tidak lupa mengingatkan saya tentang pelajaran. Terakhir berita saya teriima darinya ialah dia melanjutkan pelajaran ke India dalam bidang perubatan. Maklumlah ayahnya berada dan boleh menanggung pelajarannya sebagai doktor.

semasa disekolah menengah saya berkawan dengan ramai kawan . namun, Utk pelajaran saya rapat dengan seorang anak ustaz yg sekarang juga bekerja sbg guru dan entah di mana bertugas. Ketika hamp;ir peperiksaan SRP saya dijemput belajar dirumahnya. Hampir setiap malam saya bermalam di rumahnya mengulangkaji pelajaran. Akhirnya dia juga meninggalkan saya apabila berjaya ke Sekolah berasrama penuh. Saya pula hanya ke SMK Teknik.

Di SMK teknik saya berjumpa pula seorang kawan rapat yang tidur sebantal dan makan sepinggan. Orang kelantan juga. Namanya Tuan Rohana. Tetapi kami berpisah jua bila habis SPM saya melanjutkan pelajaran ke UPM Serdang dan dia pula UPM Serawak.

Di UPM saya mendapat seorang kawan baik dari Negeri Sembilan. Maizura namanya, Saban hari ke kuliah bersama. Uniknya persahabtan kami, saya masa tu aktif dlm usrah dan kegiatan agama tapi dia seorang yg sosial . Saya bertudung dan dia lebih selesa berseluar jeans dan t shirt. Tiap2 hari kami ke kuliah bersama dan belajar bersama. Segala soal pelajaran kami buat bersama. Tetapi dlm pergaulan luar, saya tidak mencampuri urusannya.

Selepas majlis konvokesyen di UPM saya masih berhubung dgn maizura danterakhir saya mendapat berita tentang perkahwinannya dgn seorang course-mate yg selama ini saya tidak tahu perhubungan mereka.

Akhirnya dalam dunia kerjaya sebagai guru, saya juga mendapat kawan baik. Walaupun kawan baik yg sebenanr bg seorang isteri ialah suami sendiri saya masih mempunyai kawan rapat utk urusan2 kerja.

Walaupun semua kawan baik telah hilang entah ke mana, saya bersyukur kerana mempunyai sahabat yg byk memberi pelbagai sumbangan.. Kini, hanya DIA ( ALLAH ) yg menjadi teman walau di mana kita berada dan dlm apa jua yg kita lakukan.. cukuplah ALLAH sebagai teman abadi tempat mengadu susah senang... Amat beruntungnya seorang insan mempunyai "TEMAN" yg kekal abadi yg Maha segala... Maha Pengasih, Penyayang,Pengampun .....

Saturday, January 29, 2011 | By: WR

DEMI KESIHATANKU..


Semenjak pemeriksaan penuh kesihatan yg telah dijalankan di hospital Jerteh pertengahan tahun lalu saya menjadi terlalu risau. Apatah lagi memikirkan suami juga selalu tidak sihat. Anak2 pula baru nak memasuki alam pendidikan tinggi. Ini memerlukan perbelanjaan yg banyak. Seandainya saya atau suami tiada.... saya pun tak tahu apa akan jadi pada anak2. Mereka masih belum boleh berdikari sepenuhnya...

Bukanlah saya cepat mengalah atau menyalahkan kesihatan saya, cuma sebagai langkah berjaga-jaga, beringat-ingat akan segala kemungkinan yg mendatang. Paras kolestrol , asid urik dan kandungan gula dalam darah yg melepasi tahap sepatutnya benar2 menghantui saya. memang saya jenis yg cepat panik agaknya... namun saya cuba berfikiran positif dan mancari jalan untuk membaiki keadaan.

Selain cuba mengikuti nasihat doktor tentang pemakanan yg betul seperti tidak mengambil makanan laut , berlemak seprti udang, ketam daging saya juga cuba berjinak2 dengan senaman erobik. Saya terpaksa melupakan makanan kegemaran saya seperti udang dan ketam. Minyak pun saya menggunakan minyak sayuran. Saya cuba mengubah menu dengan melebihkan sayur-sayuran dan susu. Mungkin dulu saya terleka. BUkanlah ketika terhantuk baru mengadah, atau saya tidak beringat2 ttg makanan cuma saya tak tahan melihat udang ketam dan sotong. tambah2 lagi ketupat sotong sgt2 saya gemar..

Berbalik dengan senaman erobik, saya mula menjinakkan diri dgn senaman erobik sejak akhir tahun lepas kira2 bulan november. Mula2 ke kelas erobik, saya malu2 sebab yg sebaya dengan saya cuma 3-4 kerat saja.. yg lain semua muda2... mereka ni datang utk menjaga kecantikan badan tetapi... saya mengikuti kelas erobik untuk menjaga kesihatan. Demi kesihatanku...

Gambar yg saya selitkan dalam blog ini hanya lah sekadar hiasan dan bukan lokasi tempat erobik yg saya hadir. Dulu bukan tak ada kesedaran tentang senaman malah pernah saya dan anak2 keluar berjoging, ( seperti yg pernah saya muatkan dlm entri teerdahulu )tetapi aktiviti itu hanya sempat dilakukan seminggu sekali sahaja. Kdg2 tak terbuat maklumkah saya penakut. Selepas subuh masih gelap lagi pun keadaan sekarang ni macam2 boleh berlaku. Ragut la culik la.. Kini saya telah menjalani kelas erobik secara teratur 3x seminggu satu jam setiap sesi. Yang bestnya peluh keluar dan saya kembali bertenaga. Perbezaan selama 3 bulan selepas menyertai erobik amat memeranjatkan. Saya tidak lagi keletihan dan tidak bermaya. Saya juga tidak pernah lagi berjumpa tukang urut atau bertungku seperti yg terpaksa saya lakukan dulu. Tidur saya juga nyenyak dan cukup terutama pada hari kelas erobik dijalankan. Ada 2-3 rakan yang mengatakan:

" amboi cikgu, pasni mesti cantik lah badan"

Sebenranya bukan itu tujuan saya. Saya bererobik untuk KESIHATAN.... Apa yg saya tulis ini hanyalah dari kacamata saya, mungkin orang lain mempunyai cara tersendiri mengatasi masalah kesihatan..

Friday, January 28, 2011 | By: WR

HUJAN & TAHUN BARU CINA

Entah kenapa kedua-dua benda ni seolah-olah ada kaitan. Selepas banjir yang baru lalu cuaca dah kira ok. Setiap hari di sekolah dah boleh buat perhimpunan. Tetapi 4-5 hari kebelakangan ini, hujan asyik turun je.... Kata orang2 tua, bila nak tahun baru cina memang hujan turun. Apakah kebetulan atau sememangnya begitu? BUkan saja untuk tahun ini tetapi sejak kecik2 lagi semasa saya di bangku sekolah rendah, keadaan ini berlaku... tak kira tahun baru cina jatuh pada musim kemarau, hujan akan turun walau setitik atau sedetik... kenapa ya..?

Hujan kali ini agak berlainan sedikit kerana diikuti angin kencang.. kalau tak disepit kain di ampaian berterbangan. Pintu rumah juga berdentum dentam kalau tak "disendal". Cuaca pun sejuk..

Tahun baru cina kali ini, sekolah saya tak mengambil cuti. kami bercuti pada rabu dan khamis saja. Warga pendidik dis ebelah Kelantan pula dengar khabarnya cuti seminggu penuh. Jenuh la menggantinya setiap kali sabtu.

Bila bercerita pasal raya cina, tak dapat tidak buah limau mandarin akan menjadi topik hangat. Untuk tahun ni awal2 saya dah dapat 2 kotak limau mandarin yang harum lagi manis... Tokeh tempat anak saya bekerja sementara menunggu result STPM keluar bag hadiah..


Friday, January 14, 2011 | By: WR

SESUDAH BANJIR..

Agaknya banjir dah nak beransur pergi. Sejak 2 hari lepas, cuaca baik sekali. kain2 yg dijemur dah kering. Payung dah disimpan semula. Memang lega bila banjir dah surut.Segala Urusan kembali normal. ALHAMDULILLAH....Namun.... ada yg kurang enak didengar dan dilihat selepas musim banjir.. iaitu keadaan jalan raya....

Jalan raya dari Besut ke Kelantan terutama lebuhraya wakaf lichong ke Machang amat2 la menyakitkan pandangan dan menyiksakan kenderaan. Apabila saya memandu melepasi sempadan Terengganu dan masuk ke wilayah Kelantan, terutama di Kg Belukar dan Kg banggol JUdah, gaya memandu dan keadaan kereta amatlah menyedihkan. Kesan berlubang dan jalan yg tidak rata menyebabkan kereta bergegar dengan kuat. Tak heranlah baru2 ini kemalangan kerap berlaku di kawasan itu kerana pemandu tidak perasan lubang yg terbentuk akibat banjir. Keadaan jalan yg buruk itu berterusan sejauh 200 m. Sesak nafas dibuatnya. Kalau kereta lama mau tercabut pintu dan tayar. Berkecai.

Begitu juga di jalan hadapan UiTm machang. namun, ada inisiatif dari pihak bertanggungjawab untuk menampal lubang itu.

Sunday, January 2, 2011 | By: WR

6 TAHUN LAGI...

Terlebih dahulu saya ingin menghulurkan salam tahun baru kepada semua. Begitu cepat masa berlalu. Anak bongsu saya sudah berusia 15 tahun... dan 6 tahun lagi saya akan pencen di usia 56 tahun. Saya tidak memilih bersara pada 58 tahun. Di usia 50 saya sebenarnya masih bersemangat dan meletakkan target 100% A ( bukan 100% lulus) utk mata pelajaran KHB yg saya ajar pada tahun ini. Sudah 2 tahun saya terkeluar dari team PMR semata2 untuk menumpukan pada team SPM. Memang betul saya dapat fokus dan pencapaian pelajar SPM amat menggalakkan. Tapi tahun ini seperti sebelumnya saya akan menjadi guru yang terlibat dengan kedua2 team PMR dan SPM lagi . Perkara ini bukan asing bagi saya sejak sekian lama.

Mungkin sasaran saya itu ( 100% pelajar mendapat A dalam KHB pk ) terlalu tinggi tapi itulah apa yg saya idamkan. Saya masih tidak mahu mengalah dengan tenaga muda yang tentunya mempunyai stamina yg lebih "berkuasa" . Mungkin mengajar di dua team PMR dan SPM menuntut masa yg lebih kerana kedua2nya memerlukan kelas tambahan dan penyediaan bahan mengajar yang lebih. namun inilah yg akan saya hadapi dan lalui. Selepas ini sekalipun impian ini tercapai atau tidak, saya telah memberi kata putus tidak akan terlibat dengan team PMR lagi. Bagi anak2 muridku 5TV, 3S1 dan 3S2 , awas, jangan ada perkataan MALAS dalam kamus diri kamu sekiranya kamu ingin mencapai kejayaan

6 tahun lagi bukan masa yg panjang. Justeru saya telah mempersiapkan diri menghadapinya dari sekarang. Banyak pro dan kontra tentang kehidupan selepas bersara. Bagi saya sendiri saat itu merupakan saat yg sgt2 saya nantikan. Tetapi seperti yg saya jelaskan pada awal entri ini, semangat saya untuk mendidik belum pernah pudar. Ramai jugak rakan2 guru mengatakan saat2 akhir kerjaya sebelum pencen merupakan masa untuk "releks". itu bergantung pada diri individu itu sendiri. Banyak yg saya ingin lakukan pada masa itu sekiranya umur panjang. Biarlah setakat ini menjadi rahsia . Sampai waktu nanti akan saya paparkan jua.

DARI KACAMATA SAYA : kehidupan selepas pencen lebih bahagia dan bermakna..

Related Posts with Thumbnails