Showing posts with label kenangan lalu. Show all posts
Showing posts with label kenangan lalu. Show all posts
Wednesday, April 4, 2012 | By: WR

Bila melihat gambar ini hati jadi sayu.. tambah2 pada 2 April yang lepas saya ke SMK Pelagat untuk majlis menghantar Guru Kaunselor dari SMK K.Besut yang bertukar ke SMK Pelagat. Sebaik tiba di perkarangan sekolah dan sedang bergerak ke pejabat sekolah, bekas pelajar2 saya berkerumun ke arah saya... mereka2 yg dalam gambar ini lah... sempat pula bertanya
" Cikgu ada masa ke nk buat kelas tambahan pd kami?"
Sedihnya.... tapi cikgu terpaksa minta maaf..... SMK K.Besut jauh.... tak mungkin saya dapat mengajar di sebelah petang kerana balik dr sekolah saya sudah keletihan.. dalam pukul 3 ba ru sampai rumah kalau takda mesyuarat. Dan kalau hari selasa aktiviti kokurikulum memang akan sampai lamat ke rumah.. Hari minggu pula... saya akan balik bertugas menjaga ibu yg sudah tua di kampung.. saya betul2 tak dapat menolong pelajar2 ini...


Saturday, December 17, 2011 | By: WR

GRAND REUNION SMTJB



Ini adalah lencana sekolah saya dulu. Bila melihatnya begitu terasa sekali.. saya sayangkan sekolah ini kerana sekolah inilah yg membawa saya keluar dari negeri kelahiran saya Kelantan. Kalau tidak kerana belajar mn mgkin saya berpeluang ke negeri orang. Kenangan silam semasa di SMTJB sering terbayang. Antaranya yg saya tidak dpt lupakan ialah:
1. Semasa minggu orientasi, saya menangis bila disuruh menyanyi lagi negeri Johor. Ini kerana saya tidak dapat menyanyikannya dgn betul. Iramanya agak janggal bg saya pada waktu itu. Selepas peristiwa itu saya dah dpt nyanyikannya dengan baik. Pada masa itu 1987, budaya membuli pelajar junior masih ada..

2. Semasa di tingkatan 4PK2, saya pernah mendapat keputusan peperiksaan tertinggi dengan 13 agregat. Terasa "kembang" sekali.. apatah lagi bila guru BM cikgu Kamsani memuji saya berbakat dlm penulisan sastera kreatif... itulah antara guru yg amat saya minati selain seorang guru cina yg mengajar matematik tambahan.

3. Pada tahun 1987, saya mewakili sekolah dalam pertandingan Bola tampar dan sempat dibawa berlatih ke Sek men Tun Fatimah oleh cikgu Wong jurulatih bola tampar..

banyak lagi kenangan lain yg tak muat nk diceritakan di sini..

dan hari ini, Bertempat di Dewan Sekolah SMTJB, bekas2 pelajar berkumpul sempena GRU. Saya tidak dapat hadir maklumlah jarak yg sgt jauh itu tidak memungkinkan saya ke sana apatah lagi kebetulan ada komitmen lain. Yang hadir keseluruhannya warga Johor sahajalah.. tapi saya tumpang gembira melihat bekas2 pelajar dan bekas penghuni Asrama puteri. Masing2 dengan "wajah baru" Hahaha.... nak terglak pun ada.. ada yg tidak berubah sgt.. ada juga yg berubah dan saya tak dapat nk cam lngsung... Dalam gambar bertudung merah ialah Saleha yg byk berkongsi SUKA DUKA bersama semasa di Asrama Puteri.
Saturday, November 6, 2010 | By: WR

KAWAN SEKOLAH DULU..

Hari ini dalam inbox facebook saya ada satu mesej dari seseorang. Dia bertanyakan samada saya pernah belajar di TIJB. Saya ingat2 lupa..... Katanya satu kelas sejak tingkatan 4. Semua nama2 kawan baik saya di tulis satu persatu.. lama2 ingatan saya kian jelas dan saya amat gembira berjumpa rakan sekelas.... Beliau ialah Rahmah Abdullah... setelah hampir 30 tahun.... dan darinya juga saya ditemukan dengan seorang lagi kawan yg memang saya ingat kerana pernah bertemu semasa kursus di JB dulu. Nor Asikin yahya...

Rakan2 dari satu negeri iaitu Normah salleh, Tuan ROhana dulu2 memang berhubung tapi kini terputus pula.. kalau jumpa mesti riuh... Masih teringat suka duka tinggal di asrama. Dulu selalu kami pelajar dari Kelantan di persalahkan bila keputusan BM merosot. Kata seorang pelajar dari Johor ini kerana kami rakyat Kelantan suka bercakap dalam dialek Kelantan. Tapi dakwaan itu tidak tepat bila saya selalu mendapat markah tertinggi dalam BM. Cikgu BM saya En. Khamsani selalu puji BM saya bagus... sehingga ditulis dalam sijil berhenti sekolah saya yang saya berbakat dalam penulisan sastera kreatif.. Ini kerana saya selalu menulis karangan berbentuk cerpen. Salah satu cerpen yg saya tulis dimasukkan dalam majalah sekolah... Pernah beliau bertanya samada cerpen itu saya tulis sendiri atau saya tiru dari mana2... mungkin beliau tidak percaya yg saya memang berbakat menulis cerpen.. hahahhaa ... tak apa lah saya ANGKAT BAKUL pun... memang dulu saya suka sgt membaca novel. Sejak dis ekolah rendah kerana sepupu saya seorang perpustakawan dan membawa balik byk buku2 dan novel..

Friday, October 10, 2008 | By: WR

Kenangan Lama

Malam tadi seorang kawan lama menelefon untuk mengucapkan Selamat hari Raya. Dia dapat no saya dari seorang kawan yang kebetulan terserempak di majlis kenduri kawin sedaranya.... Kebetulan pula Blogger Cikgu Yusof ada bertanya tentang kakak angkat saya dari Muar, Maka ingatan saya tentang kenangan lama ketika bersekolah di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BARU dulu muncul semula.



ini adalah gambar bersama-sama kawan sekolah yang tinggal di asrama. Bergambar sebelum ke sekolah.... nampak KARTUn je....nak tergelak la pulak...




Ini pula bergambar di asrama bersama senior.Ini gambar ZAMAN P. Ramlee & Saloma.. hehehhe


Yang ini bergambar bersama ahli rumah BETA semasa Sukan tahunan Sekolah.... Saya mewakili rumah Beta dalam acara pecut 1oo m, 200m . Jugak lompat jauh. JUga membantu rumah Beta menjuarai 4 x 400m.
Related Posts with Thumbnails