Sunday, January 24, 2010 | By: WR

PERALATAN SAINS PERTANIAN DIBEKALKAN

Hari ni saya dipanggil ke pejabat oleh pengetua kerana peralatan mata pelajaran sains pertanian dihantar ke sekolah. Ianya dibekalkanoleh kemnterian melalui pembekal. Ia termasukla set lengkap fertigasi dari tangki poli hinggalah ke kelengkapan perpaipan yang diperlukan.

JUga dalam senarai ialah perlatan untuk melakukan amali kerja kursus. Antaranya:

Untuk amali penapaian tapai pulut / ubi kayu – dibekalkan dapur gas/ baling gas/ dulang
Untuk amali pembiakan tanaman – sekateur, parafilem, pisau cantuman dsb

Malah ada juga disediakan alatan yg selama ini hanya dilihat melalui gambar saja seperti “French-gun” dan atifical vigina untuk permanian beradas lembu. Sekarang nmpaknya murid2 dapat melihat sndrii alat2 itu dengan mata mereka…

Juga dibekalkan router utk sambungan internet bagi tajuk computer dalam pertanian. Khabaranya laptop juga akan dibekalkan sedikit masa lagi. Skrin utk tayangan pun dbekalkan.
Cuma kamera digital yang tidak tersenarai

Ini ialah french gun dan artifical vigina




Tool box





Wednesday, January 20, 2010 | By: WR

SENARAI MESYUARAT BULAN JANUARI

BUlan januari penuh dengan mesyuarat:
4 jan - mesyuarat panitia MPV 1
5 jan - mesyuarat induk HEM 1
10 Jan - mesyuarat induk Ko 1
11 jan - mesyuarat Majlis tadbir 1
11 Jan - mesyuarat panitia VOTEK 1
12 jan - mesyuarat panitia KHB 1
18 jan - mesyuarat PMR 1
19 jan - mesyuarat SPM 1

Ada lagi tu..... tapi tak terlibat... Kena la balik lewat tapi demi membincangkan perkara penting untuk kejayaan sekolah.. akur la dengan mesyuarat demi mesyuarat itu..
Sunday, January 3, 2010 | By: WR

SUNYI

Selalunya bila saya tidak balik ke kampong pada hujung minggu atau masa cuti sekolah emak akan merungut. Dia akan meluahkan “kesunyian” yang dialaminya tanpa anak-anak. Maklumlah emak mempunyai ramai anak (9 orang semuanya ) Jadi sekarang ni walaupun 3 orang daripada adik beradik saya tinggal di kampung dan rumah mereka berdekatan dengan rumah mak, mak masih merasa KESUNYIAN. Walhal rumah abang dan adik saya hanya lebih kurang 50 meter dr rumah mak. Manakala rumah kakak sulong saya dalam 300 meter drrumah mak. Boleh dikatakan hari2 mereka bersua muka. Emak masih kesunyian.

Kini sindrom sunyi menular pada saya. Sangat terasa sekali kerana anak perempuan saya mula tinggal di asrama. Maklumlam tahun ini dia akan menduduki peperiksaan SPM. Kalau berulang dari sekolah memakan masa 30 minit. Bila ada kelas tambahan susah pula nak ke sekolah. Bas sekolah pula selalu saja penuh sesak dan kdg2 rosak. Walaupun tinggal di rumah jauh lebih selesa dari asrama anak saya memilih untuk tinggal di asrama. Biasanya waktu petang bila balik dari sekolah kami berdua akan sibuk di dapur penyiapkan makan malam. Hari ini saya sendirian didapur. Tak ada lagi bising bila kami berdua. Ada2 saja yang dia nak Tanya itu dan ini semasa memasak. Anak lelaki yang dua orang lagi kalau petang begini keluar bermain badminton bersama kawan2. TInggalla saya keseorangan di rumah. Suami pula dengan rutin hariannya di ladang ayamnya. Kerja sendiri memang tiada jadual yang tetap macam kerja ofis. Masa kita rehat, dia masih kerja.

Saya mula berfikir… dalam 4-5 tahun lagi bila anak-anak mula melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, akan lebih terasa sunyi nya….

HARI PERTAMA SEKOLAH 2010

Hujan sejak kelmarin.... tak dapat buat perhimpunan hari Ahad.

1)Tingkatan 1 - Majlis Orientasi berlangsung di surau sekolah
2)Tingkatan 4 - Majlis Orientasi berlangsung di Dewan Terbuka.

3)Kelas2 lain terus memulakan sessi P&P.
4) Lawatan dari PPD Besut ke sekolah.
Friday, January 1, 2010 | By: WR

AKTIVITI TERAKHIR SEBELUM 2010

Sangat sibuk walaupun cuti.


1. Pada 20 Dec 2009 - MESYUARAT TADBIR pertama 2010. terasa bagai tidak bercuti, baru je habis peperiksaan SPM dan sambung dgn mesyuarat majlis tadbir. Maknanya terpaksa ke sekolah semula. Anak2 dah bising terutama yg bongsu.. Katanya "orang lain bercuti makan angin tapi dia dan adik beradik terperap di rumah .

2. 21 dec 2009 -Secara tiba2 suami merancang ke Pulau Langkawi. kebetulan kerjanya agak "slow" dan anak2 mendesak.. jadi kami pun bertolak ke Langkawi..... anak2 la yang seronok.. bagi saya agak meletihkan. Jarak perjalanan yg jauh agak memenatkan.
Seronok sgt naik feri walaupun ini bukan kali pertama.. dulu kami dh pernah ke lengkawi. tapi masa tu si bongsu ni masih kecil dan tak ingat apa2..

3. 24 Dec 2009 - Sebaik pulang dari Langkawi Terpaksa bergegaske sekolah kerana keputusan PMR keluar... alamak.. keputusan tak berapa nak gembira kerana sekolah harian kampung macam sekolah kami yang dpt sraight A boleh dibilang dgn jari.. tahunni hanya SEORANG je dpt 8A.. tapi saya tak "teruja" sgt nk tengok keputusan kerana tahun ni saya tak mengajar tingkatan 3.

4. 27 Dec 2009 - Mesyuarat Guru 2010 kalipertama.....

5. 28 Dec 2009 - Kurus pengursan Ketua panitia - khusus untuk pengurusan stok

6. 31 dec 2009 - Mesyuarat JKS kalipertama 2010
Related Posts with Thumbnails