Wednesday, May 16, 2012 | By: WR

KEJUTAN dan AKHIRNYA BEBAS!!!

Sudah letih rasanya semenjak 1991 saya berulangalik ke HUSM.. begitu lama temujanji demi temujanji saya hadiri... Bermula dgn melahirkan anak secara pembedahan sejak 3x berturut2 dan dikuti sejarah hitam di syakki KANSER ovari. Ianya cukup menghantui saya.. Namun selepas pembedahan ke 4 pd 1997 saya dimaklumkan mengidap endometriosis dan telah di berikan ubat " STEROID" dengan kesan sampingan Kenaikan berat badan, perubahan pada petumbuhan buluroma dan lain2 lagi.... seminggu mengambil ubat itu saya dihubungi pihak HUSM menyuruh saya memberhentikan pengambilan ubat kerana doktor TERSILAP.. saya bukan mengidap endometriosis tapi OVARIANSIS.. geram jugak sbb dah seminggu saya mengambil ubat yg ada begitu byk kesan sampingan.. Akhirnya pada tahun 2003 saya sekali lagi dikejutkan dgn penyakit sama dan terlantar di wad HUSM hampir sebulan.. doktor hampir meragut KESEMUA organ pembiakan wanita termasuk ovari dan uterus sekali. namun disaat-saat pembedahan akan dilakukan saya yg diberi begitu byk kaunseling akhirnya berkaya keluar dr situasi yg sgt merunsingkan itu apabila saya berjaya memujuk doktor utk tidak melakukan pembedahan kerana saya rasa 100% sihat setelah terlantar hampir sebulan. Saya dibenarkan pulang dengan syarat temujanji akan diadakah sebulan sekali... Jalan ke HUSM dan"LEBUK"  istilahore kelate... sokmo2 lalu.. Akhirnya pada bulan lepas saya mengambil ujian darah di makmal kl;inik KRK HUM dan semalam 15 Mei saya sekali lagi berjumpa doktor utk melihat keputusan ujian darah tersebut. Terlalu terkejut apabila doktor menyatakan paras POTASSIUM saya teerlalu tinggi dan amat bahaya pd jantung saya. Serta merta saya diarahkan membuat ujian darah sekali lagi dan ECG.... Saya yg kepenatan kerana lepas sekolah terus ke HUSM belum makan apa2 pun.. saya difahamkan pukul 4.15 baru result ujian darah keluar.. Doktor pula mengatakan kalau benar paras potassium saya begitu, saya akan dimasukkan  ke wad serta merta.... Aduh... saya begitu tertekan sekali mendenganrnya.. dah la saya kehulu hilir dari bilik rawatan ke bilik ECG, kemudian hantar sampel darah ke makmal pesakit luar.. masuk balik untuk jumpa dktor... dalam hati sayabegitu bimbang.. datang ke klinik sehelai sepinggan dan bayangkan kalau saya kena masuk wad???? saya tak memberitahu anak saya yg menemani kerana bimbang dia akan kelam kabut.. Akhirnya pukul 4 pm  result ujian darah saya keluar dan saya mengmbilnya dengan debaran. Ingin rasanya saya membuka sampulnya untuk melihat sndiri tapi ia ditutup rapat.. saya menyerahkan kpd doktordan bila membukanya doktor tersenyum...
"Result yg dulu tutak tepat... yg ni baru betul.. semuanya OK...."
Alahai... lega rasanya.. kenapalah berlaku kesilapan tu... buat saya gelabah saja.. akhirnya saya telah bebas dari temujanji di HUSM..... Alhamdulillah....
Related Posts with Thumbnails