Wednesday, September 26, 2012 | By: WR

SMKKB MULA MELEKAT DI HATI...

Kini telah genap setahun bersama SMKKB. Tempoh "memerhati" sudah kian hilang. Lamanya saya melalui fasa itu.. fasa yang membuatkan saya hampir-hampir hilang semangat sebagai seorang guru. Tersalah terjun kedalam bidang yang tidak saya gemari.. akibatnya saya hanya menjadi pemerhati dalam tugas saya sndiri... Namun saya berteima kasih pd semua guru- unit Kokurikulum... mereka memberi saya semangat dan kerjasama yg sama sekali saya tidak menduga. Bekerja bersama guru2 yang masih muda, bertenaga dan mempunyai komitmen yg tinggi menjadikan saya rasa dihormati sekali gus menenggelamkan FASA MEMERHATI  dan sekarang saya dalam FASA BEKERKA macam dulu... walaupun kepuasan yg dicapai dahulu masih belum dpt ditandingi... saya mula menyukai bidang ini.. terima kasih Allah dengan izinMu jua saya mula seronok bekerja di sini..

Aktiviti2 yg dirancang berjalan lancar dan nampak begitu sukses... Kerja kuat guru2 muda unit ko menarik minat saya untuk sama-sama mengukir nama dalam bidang ko di sini. Bermula dengan peningkatan dalam bidang kejohanan trek padang dan balapan ( 3 emas pada tahun 2011 ke 5 emas pd tahun 2012), kejayaan terus dikecapi bila pasukan bola sepak berjaya menjadi juara Daerah. Lebih manis seorang pemain bola sepak terpilih mewakili negeri dan seterusnya mencuri peluang untuk dipanggil untuk ujian pemilihan sebagai pemain bawah 17 kebangsaan . Kejayaan diteruskan lagi dengan pasukan Robotik yang mengekalkan kejuaraan peringkat negeri. Sekali lagi akan mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan. Begitu juga kadet PKBM meneruskan penguasaan sebagai Johan pertandingan kawat kaki.

Malah amat mengejutkan bila pertandingan ko akademik turut cemerlang bila dinobatkan sebagai johan pertandingan drama komsas  peringkat daerah dan diikuti johan daerah speech choir....

aktiviti hari Kokurikulum pula telah berlangsung dengan gilang gemilang....  seterusnya perkhemahan  Badan beruniform tetap meriah walau hanya murid tingkatan 1 dan 2 menyertainya. Alasannya pelajar2 tingkatan 3 dan 5 ingin fokus pda peperiksaan awam...

Kempen kibar jalur gemilang juga berjalan dengan megah bila dan unit kokurikulum sekali lagi diberi tanggungjawab menganjurkannya.. alhamdulillah acaranya hebat2 dan mengagumkan. Tambah meriah ia diiringi majlis sambutan hari raya...

paling mengujakan disaat akhir2 tahun ini.... unit sukan menerima surat daripada JPN .. SMKKB akan mewakili negeri Terengganu dalam perlawanan  kejohanan bola sepak juara sekolah 100 plus... yg akan berlangsung diUKM Bangi....

Antara kenangan aktiviti ko 2012... Pertandingan  Kawat Kaki Badan Beruniform peringkat sekolah....
 Senamrobik 1 Malaysia...
 Pertandingan melukis sepanduk sempena kempen Kibar jalur gemilang...
 Acara berprestej.. Kayak Hari malaysia - Kuala Besut ---- >Pulau Perhentian ------>Pulau Redang
 Perkhemahan perdana sekolah...
 Lintas udara jalur gemilang...
 Tahniah anak2 pelajar SMKKB.....  teruskan kegemilangan dalam kokurikulum.....
Related Posts with Thumbnails