Saturday, November 24, 2012 | By: WR

ANAK-ANAK.....

"Wahai anakku, sekiranya ibubapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan ibubapamu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanam tanaman."
Begitulah antara nasihat Lukman Al Hakim kepada anaknya...
kerap kali anak-anak salah sangka apabila dimarahi... Sejak melahirkan anak sehinggalah anak membesar menjadi dewasa, tidak pernah anak2 dibenci oleh semua ygt bergelar ibubapa. Cuma apabila perlakuan anak "lari" dari apa yg diharapkan oleh ibubapa, ibubapa mungkin sedikit hilang sabar. Marahnya ibubapa kepada anak2 tidak lain kerana KASIHnya kepada anak.. sekiranya benci sudah tentulah anak itu TIDAK dipedulikan..... suka hati awaklah nk buat apa pun.... tetapi tidak begitu.. selagi anak tidak pulang ke rumah hati ibubapa akan risau berpanjangan.. selagi anak tidak bangun untuk solat hati ibu bergelora menahan ujian.. ujian malas solat atau lewat solat... selagi anak2 tidak menjawab panggilan telefon atau mesej telefon selagi itu ibu dihujani persoalan "di manakah anakku?" apa terjadi pada anakku? dan mcm2 soalan lagi.. 
BEGITULAH PRIHATINNYA IBUBAPA TERHADAP ANAK2... Lantaran kprihatinan itulah maka IBU-IBU seolah2 MENYIBUK terhadap aktiviti anak2... Besar dan berat tanggungjawab mendidik anak utk mendapat REDHA Allah.. Memanglah ibubapa bertanggungjawab terhadap anak2 TETAPI anak2 juga ada tanggungjawab terhadap ibubapa... iaitu
Di dalam al-Quran, Allah SWT dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapa, di mana Allah SWT menyuruh agar anak-anak sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan bahasa yang lembut, seperti firman-Nya yang bermaksud, “…dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).” (Surah al- Isra’ ayat 23)  
Related Posts with Thumbnails