Monday, November 23, 2015 | By: WR

SELAMAT BERSARA & ANUGERAH KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN

Pertama kali ingin bersara pada tahun 2011. Apa tidaknya aku mula terjun ke bidang yang tidak sebulu ... Bidang Kokurikulum.. Sebenarnya bidang itu bukan lah asing bagiku. Semenjak di sekolah rendah aku ialah "pelari pecut" dan Pemain bola jaring yang mewakili sekolah hingga ke peringkat daerah. Pernah juga bermain bola keranjang di bawah asuhan seorang guru berbangsa cina Mr Chong Wee Wong. Bila masuk ke sekolah menengah, aku masih bergiat dalam olahraga tetapi hanya di peringkat sekolah dalam acara pecut juga. Bila menyambung pelajaran ke SMT Johor Bahru dan tinggal di asrama aku mula berjinak-jinak dengan permainan bola tampar dan mewakili sekolah bertarung dengan sekolah2 disekitar Johor Bahru. Ini tercatat dalam surat keluar sekolahku. Apabila melanjutkan pelajaran di UPM pada tahun 1979 aku turut mewakili kolej ke lima dalam permainan bola tampar...
Namun.... semua itu telah kulupakan.. bidang itu tidak lagi sesuai dengan jiwaku.. oleh itu bila 2011 aku dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.. ( entah bagaimana pemilihannya) aku rasa sedikit tertekan . Apatah lagi menjawat jawatan itu di sekolah yang tidak pernah terfikir untuk aku bertugas iaitu SMK Kuala Besut. Aku telah menanam perasaan untuk bersara di SMK Pelagat ditempat aku bertugas paling lama dan dekat dengan rumahku.. itulah angan-anganku..

Namun aku akur dan melaporkan diri juga ke SMKKB.. Dengan segala perasaan yang tidak selesa ku gagahkan diri meneroka dunia kokurikulum.. nasibku baik.. aku berada dalam sebuah pasukan yang amat bekerjasama..  semua guru di  bawah bidang ini memberikan kerjasama dan sanggup mengikut apa yang aku inginkan.. akhirnya dengan mengumpul segenap keringat kami membentuk sebuah unit kokurikulum yang berjaya... sehingga pada 2015 kami gah berada sebaris dengan sekolah-sekolah lain yang cemerlang kokurikulumnya di peringkat kebangsaan.. Kami Naib Johan Sekolah Cemerlang Kokurikulum Kategori sekolah luar bandar peringkat kebangsaan.. siapa sangka..

Namun.. keinginan untuk bersara tetap bersarang dihati..  sebabnya...
1. Aku tidak  mahu lagi terus berada dalam bidang yang tidak sejiwa denganku.. Aku banyak bertolakansur menerima aktiviti yang aku sebenanrnya tidak rela berada di situ.. tidak sanggup melihat percampuran pelajar-pelajar lelaki dan perempuan setiap kali aktiviti sukan... terutamanya..

2. Aku telah banyak berubah.. aku mahu menjadi diriku yang dulu semula.. aku ingin membataskan aktivitku seperti dahulu.. aku mahu sentiasa berada bersamaNya... berlama-lama di sejadah.. bangun malam untuk berbicara denganNya.. semuanya itu sudah seakan kurang nikmat bila aku kepenatan mengurus kerja-kerja di sekolah.. Aku ingin mngubah KPI ku.. aku seakan "lagha"..

3. Aku tidak bahagia berada dalam sekolah. Walau banyak kejayaan dicatat.. namun kejayaan itu tidak sedikit pun setanding dengan kejayaan yang aku idamkan di alam sana... penat dan terasa amat hina bila segelintir orang yang hanya nampak kedudukan dan kekuasaan.. apalah sangat itu semua.. tidak kemana bila dipanggil pencipta mengadapnya..

Maka bersaralah aku untuk mencapai KPI baharuku.. in Sha Allah aku mahu menjadi diriku yang sebenar..
Related Posts with Thumbnails