Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj
Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1.Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2.Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3.Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4.Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5.Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6.Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7.Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9.Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a.Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b.Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c.Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11.Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12.Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan
4 Mata Angin Alam Saadah
-
Ada yang cara gerak solat, puasa dan haji umrah (al-islam) betul, tapi
tauhid (al-iman) bermasalah.
Ada yang politik pandai, tapi aqidah (al-iman) bermas...
1 Dari Kacamata Orang lain:
Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Rejab..Amin.
Post a Comment