Selalunya bila saya tidak balik ke kampong pada hujung minggu atau masa cuti sekolah emak akan merungut. Dia akan meluahkan “kesunyian” yang dialaminya tanpa anak-anak. Maklumlah emak mempunyai ramai anak (9 orang semuanya ) Jadi sekarang ni walaupun 3 orang daripada adik beradik saya tinggal di kampung dan rumah mereka berdekatan dengan rumah mak, mak masih merasa KESUNYIAN. Walhal rumah abang dan adik saya hanya lebih kurang 50 meter dr rumah mak. Manakala rumah kakak sulong saya dalam 300 meter drrumah mak. Boleh dikatakan hari2 mereka bersua muka. Emak masih kesunyian.
Kini sindrom sunyi menular pada saya. Sangat terasa sekali kerana anak perempuan saya mula tinggal di asrama. Maklumlam tahun ini dia akan menduduki peperiksaan SPM. Kalau berulang dari sekolah memakan masa 30 minit. Bila ada kelas tambahan susah pula nak ke sekolah. Bas sekolah pula selalu saja penuh sesak dan kdg2 rosak. Walaupun tinggal di rumah jauh lebih selesa dari asrama anak saya memilih untuk tinggal di asrama. Biasanya waktu petang bila balik dari sekolah kami berdua akan sibuk di dapur penyiapkan makan malam. Hari ini saya sendirian didapur. Tak ada lagi bising bila kami berdua. Ada2 saja yang dia nak Tanya itu dan ini semasa memasak. Anak lelaki yang dua orang lagi kalau petang begini keluar bermain badminton bersama kawan2. TInggalla saya keseorangan di rumah. Suami pula dengan rutin hariannya di ladang ayamnya. Kerja sendiri memang tiada jadual yang tetap macam kerja ofis. Masa kita rehat, dia masih kerja.
Saya mula berfikir… dalam 4-5 tahun lagi bila anak-anak mula melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, akan lebih terasa sunyi nya….
Gaji Sama Tapi Komitmen Berbeza
-
Walau gaji dan pangkat sama, tapi tanggungjawab dan keperluan perbelanjaan
tak sama. Sebab itu ada yang berduit, ada pula yang terhimpit. Ada yang
ser...
4 Dari Kacamata Orang lain:
Kak Waruna,
Begitulah nampaknya lumrah kehidupan kita ni. Lepas ni, lepas anak2 masuk U dan kawin, maka akan terasa lg kesunyiannya.
yer la Chun.. jadi baikla kita bersedia menghadapinya.. nak isi kesunyian dengan sesuatu yg dpt mengurangkan kesunyian tu
Salam Kak Waruna;
sedihnya baca entry ni.Teringat mak saya di kampung. Mak pernah luahkan perasaan sunyi yang dialaminya bila semua anak2 dah besar. walau ada lagi adik2 yang tinggal bersamanya,kehilangan itu tetap terasa...
saya sendiri sekarang pun bila dah tak kerja rasa sunyi. Nyanyi sunyi yang indah pasti berlagu merdu ...
Menunggu kesunyian di dalam kubur.
Post a Comment