Sunday, February 21, 2010 | By: WR

MALAS MENULIS

Sejak dibangku sekolah rendah lagi saya minat membaca. Apa sahaja buku saya baca. Malah kalau tak ada aktiviti saya tidak kisah ditinggalkan berseorangan semasa kecil asalkan ada BUKU. Semenjak di darjah 6 lagi saya sudah membaca berpuluh2 novel yg saya ambil dari sepupu saya yang mnjadi perpustakawan. NOvel yang tebal2 saya tidak kisah malah rasa puas setiap kali selepas mambacanya...

Bila ke sekolah menengah minat menulis membuat saya menulis cerpen sebagai hobi. Saya berikan kawan2 sekolah membacanya. MInat menulis berpanjangan ke tingkatan menengah atas bila saya kerap memuatkan cerpen ke majalah sekolah sehingga cikgu Kamsan guru BM saya di SMT JB selalu bertanya adakah saya menciplak atau menulis sendiri cerpen itu. Mungkin dia kagum dengan "bakat" saya ( angkat bakul sendiri) dia yang ketika itu guru kelas saya mencatatkan kebolehan saya dlm penulisan kreatif sebagai keistimewwaan yang ada pada diri saya. Setiap kali saya membuka surat berhenti sekolah saya akan tersenyum dengan pernyataan " Berkebolehan menulis sastera kraetif"

BIla mempunyai blog sendiri saya rasa seronok menulis di blog sndiri. tetapi sejak akhir2 ini entah kenapa saya jadi MALAS dan tak ada idea untuk menulis. Mungkin faktor usia. Di usia begini saya lebih selesa santai dan rehat2 sambil membaca buku agama sahaja. Kini blolg pun seakan rumah tak berpenghuni... sunyi dan sepi. Sesekali teringat juga kata2 GPK untuk menggunakan blog sebagai rujukan pelajar dirumah. Muatkan latihan2 untuk pelajar menambah volume kerja... tetapi kenapa la ada rasa MALAS ini... lebih2 lagi saya tidak pernah memberitahu pelajar saya tentang blog saya ini..

5 Dari Kacamata Orang lain:

ybs said...

biase ler wan, ade masa kita rajin dan ade masa kita malas....

ahmad humairi said...

salam,

bermalas-malas...itu tandanya nak berjaya...

WR said...

ooOOOOOO nak berjaya ye? ni sindir ke apa.. hehee takpe.. mmg malas pun.. xtau laa mmg malas nak menulis skrg

ummu said...

salam cikgu waruna.
tahniah sebab cikgu berusaha juga utk meulis di blog

WR said...

terima kasih qaseh, yer la dh minat tu ada tapi kenapa la kering idea skrg ni..

Related Posts with Thumbnails