Wednesday, June 9, 2010 | By: WR

APA KAH ERTI CUTI SEKOLAH?

Bila cuti sekolah tiba, kebanyakan orang akan merancang cuti mereka dengan keluarga ke tempat2 percutian. Ramai juga berpendapat cuti untuk merehatkan minda dan fizikal dari rutin biasa ( belajar bagi pelajar dan mengajar bg guru)

Sebagai seorang guru, nampaknya sebahagian dari cuti diisi dengan "kelas tambahan" untuk anak2 didik. ( bagi kelas yg terlibat dengan peperiksaan awam - tkn 3 & 5 ). Ini untuk membantu pelajar2 agar mereka tidak leka dengan cuti dan meninggalkan terus buku. bagi pelajar yg komited terhadap pelajaran tidak la membimbangkan kerana samada cuti atau tidak mereka dan buku tidak dapat dipisahkan. Namun bg pelajar yang bersifat " seperti pahat dengan penukul" kalau tak disuruh mengulangkaji pelajaran..... alamatnya buku tidak disentuh.
Sebagai seorang ibu, masa cuti begini memang selalu dimimpikan. Apa tidaknya masa akan ditumpukan sepenuhnya untuk mengurus rumah dan anak2. Dari bangun pagi hingga tidur malam, setiap pergerakan anak dapat diikuti , terasa pula bimbang dihati bila mereka kurang fokus kepada pelajaran dan sedikit leka dengan "televishen", henfon dan kawan2.. Selalunya masa persekolahan mereka memang tidak menonton televishen terutama waktu malam. Memang telah diasuh begitu, namun pada musim cuti begini.. apabila mereka meminta untuk menonton tv tak sampai hati pula menyekat. tapi kdg2.. mereka asyik sgt hingga pukul 12 malam menonton cerita.
Sebagai seorang isteri? cuti atau tidak tetap bimbang dengan kesihatan suami yang tidak menentu. "Epilepsi" yang menyerang tak tentu masa membuatkan hati terus gundah.. saya ingin rehat seketika dari memikirkan jadual waktu mengajar, mesyuarat, latihan kepada pelajar, amali keerja kursus dan apa saja aktiviti sekolah... terkadang terfikir pula.... seronoknya bersara...

4 Dari Kacamata Orang lain:

yusofsipan said...

wan,
cuba call no ni dan bincangkan ttg penyakit suami wan tu....

0133875833 (Tn Hj Sabri, Kemaman)

mekasih

ybs said...

wan, ni msg drp Hj Sabri;

'suruh dia call no nih...dan beritahu dia jgn cerita apa2 tentang penyakit tuh cuma beritahu nama pesakit sahja....cuma suruh dia tgk apa penyakitnyer.. 0199472530 katakan cikgu sabri suruh tgk, panggil dia abg nor
dialah yg berubat sultan brunai
ku yah anak sultan selangor, tun mahadir'

ybs said...

dan ribuan lagi org besar2 dia org pondok patani abg angkat aku cop
sebut nama aku......dia akn layanlah
tuhan bagi anuderah padanyer blh tarik barang sihir sehingga sampai ke umah kita tak kira bomoh hitam mana dan dari mana yng sihirkan

ybs said...

wan,
maaf td tak sempat nak jawab msg melalui FB....

Hj Sabri telah msg kat sy mencadangkan wan kontek no 0199472530, beritahu Hj Sabri yg mintak tengokkan, panggil dia abg nor....

kalau wan nak call Hj Sabri terlbh dulu pun bole jugak, tanya ler abg nor tu tinggal kat mane....

Related Posts with Thumbnails