Friday, December 7, 2012 | By: WR

ADUHAI JURUJUAL PRODUK JUALAN LANGSUNG....

Ketika itu saya baru kira-kira 15 minit sampai ke rumah. Sudah seminggu saya "berumahtangga" di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Setelah menjalani pembedahan di bahagian muka suami saya dibenarkan pulang. Sedang saya sibuk mengemaskan barang2 dan baju2 kotor yg digunakan di hospital saya didatangi seorang perempuan yang saya cam tak cam... suami saya keletihan tidur maklumlah rasa sakit pembedahan masih terasa lebih2 lagi bila pulang ke rumah kesan ubar bius dah habis.....

Perempuan ini senyum dan dia tahu saya tidak mengecamnya lantas berkata " Tak cam ke? " Saya jujur saja... mmg tak cam... selepas dia memperkenalkan diri baru lah saya menjemputnya masuk dan duduk di ruang dapur yg ketika itu saya juga sedang merenih bubur nasi utk suami. Dia ini mmg sedaramara juga dan suaminya kenal rapat dgn suami saya. Dulu2 saya ada berkunjung ke rumahnya tapi dia TAKPERNAH datang rumah saya. Tut-tut dia datang seorang diri? pelik saya. Takkan tak datang dgn suami kalau nk menziarah suami saya yg sakit. Rupa2nya dia dtg bersama beg yg berisi barang2( ubat & pemakanan )

"mm.... nak jual barang..." kata saya dlm hati. Saya masih penat baru pulang... bubur nasi nk kena masak.. kain2 yg bertimbun nk kena basuh... alahai.. masa ni lah dia datang nk jual ubat. Menangguk di air keruh.. kalau tak takde pulak dia dtg rumah ni....

Walau pun berkali2 saya menyebut baru pulang dia buat tak tahu je.. terus mengomel2 pasal ubat2nya. Saya angguk2 je ambil hati dalam hati.. cepat2 la awak balik.. saya nak rehat dan byk keje..... Antara putar belitnya :

1. Ubat yg dia bawa ni baru 4 hari keluar tetapi dia kata sgt berkesan dan telah terbukti kerana orang kampung dia dah guna dan penyakitnya terus berhenti.
2. Makcik A guna terus jadi gagah dan kuat.
3. Suaminya sendiri guna mata yg rabun terus boleh baca buku.
4. Jururawat B guna terus penyakitnya tak datang2 lagi.....

bla... bla....

"Aduh.. ajaib ubat awak  " kata saya dlm hati la.... Tapi masih mengambil hati tetamu yg tidak diundang saya angguk2 kan juga. Oleh kerana saya masih tidak menunjukkan minat membeli dia terus menyurush saya memanggil suami saya. Dengan tegas saya katakan suami saya penat dan sedang tidur.. dia baru lepas dibedah rahangnya, pipinya dan keningnya.. dia tak boleh bercakp byk kerana besi yg dimasukkandlm rahangnya membuatkan dia msh belum dapat "menganga'....

Macm2la dia sebut psl duit yg tidak boleh dibandingkan dgn kesihatan.. saya faham.. tapi kalau menjual dgn tidak jujur saya tak bleh terima.... takda fakta sains cuma asyik ckp guna terus sehat.. LOGIK ke? dahla kita sedang penat fizikal dan mental.. takda masa rasanya nak melayan tetamu penjual ubat ini...

Akhirnya dia meletakkan atas meja 3 bungkus ubat spy suami saya cuba. Tetapi bila nmpak saya acuh tak acuh... dia ambil balik ubat tu. Sebelumnya dia kata hanya ada 2 kotak saja dlm smpanan dia... kalau tak beli sekarg, lmbat la pulak dia nk dptkan bekalan. Last2 dia ambik balik ubat yg dia bagi suruh cuba tadi dan kata.
" yg 3 bgkus ni dah ada org order"
Alamak? 3 bungkus je order? itu utk SATU HARI... ambik la ubat awk tu... saya pun tak nak.... Hati saya terus mengomel sndiri.. Saya memohon maaf utk menyiang ikan di sinki dan dia terus memujuk tak henti2... Adakah dia mmg tak reti tgk org sibuk atau mmg begitu sikap jurujual ni.... Setelah meneguk air yg saya hidangkan bersama hirisan epal.. dia akhirnya berlalu pergi..... siap tinggalkan sekotak KOSONG ubatnya.. hanya kotak yg dia berikan pd saya spy saya membaca maklumat di kotak itu...saya ambik je....  

0 Dari Kacamata Orang lain:

Related Posts with Thumbnails