Tuesday, May 10, 2011 | By: WR

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Antara blog yg selalu saya lawati ialah blog HOK SENGOTI. Saya lihat pemilik blog ini ialah seorang guru muda yg begitu komited dan kreatif dalam penulisannya. Banyak info menarik yg saya dapat dari blog beliau. Walaupun saya dah mengajar selama 27 tahun tapi saya masih belajar dari blog beliau .( di sini )

Saya terkenangkan seorang guru yg mengajar saya semasa saya di Sekolah Kebangsaan Machang ( Darjah 1 ). Beliau ialah Allahyarhamah Pn. Hafsah. Pada masa itu dialah IDOLA saya kerana dia mempunyai tulisan tangan yg sangat cantik.. pandai menyanyi dan menari. Maklumlah masa tu saya hidup dlm serba kekurangan, takda elektrik, takde TV, jadi saya hanya dapat melihat seni yg ada pada beliau. Saya pernah menyertai pasukan tarian sekolah dibawah kelolaan beliau. Beliau bukan sahaja tabah mengajar murid-murid malah beliau tidak memilih bulu. Untuk murid-murid miskin beliau selalu bermurah hati. Melayan semua dengan samarata...Untuk beliau saya ciptakan puisi ini...

Cikgu...
Lenggok tarimu
Merdunya suaramu
Sinaran matamu,
Gerakan tanganmu,
masih segar diingatanku...

Walau tenagamu tercurah
untuk anak2 di daerah kecil cuma..
walau bimbinganmu tidak mendapat pengiktirafan dunia
Ketulusan hatimu mengajar
sehingga aku pandai menulis mambaca..
akan ku kenang
selagi hayat ada...

SELAMAT HARI GURU...

5 Dari Kacamata Orang lain:

IMANSHAH said...

salam

thanks kak..penyertaan diterima

Kakzakie Purvit said...

Seorang guru yg mengenang jasa gurunya.... Cantik sekali....

nba-Nur said...

Salam ziarah dari JB.. Good luck ye..
p/s: Nak panggil akak dengan nama apa ye? Salam perkenalan.

WR said...

Kakzakie : nama ni mengingatkan saya kakak angkat saya yg bernama Zakiah dari Muar( saya panggil kak zaki)- mungkin kebetulan.

nba-Nur: ramai yg panggil Kak Wan. Terima kasih mengunjungi blog akak..

amie... said...

selamat menyambut hari guru...cikgu.... =)

Related Posts with Thumbnails