Sunday, March 1, 2009 | By: WR

PERHIMPUNAN YANG SYAHDU...

Ada beberapa sebab mengapa saya menulis tentang perhimpunan yang syahdu..

1. Semasa perhimpunan minggu ini, hujan turun rintik-rintik.. seolah-olah "SALJI" turun. Walaupun sekumpulan pelajar bising, namun setelah GPK Pentadbiran masuk bersama barisan pelajar, suasana terkawal.. Betullah... dengan susuk tubuh GPK yang tinggi besar.. pelajar tidak berani buat hal... keistimewaan dia... Dengan hanya turut serta berbaris bersama pelajar, dia dapat mengawal keadaan.. Namun hujan tidak berpanjangan. Romantis dan syahdu gerimis ini rupanya... Kemudian rintik-rintik hujan mulai berkurangan dan suasana kembali normal.

2. Tambah syahdu bila acara perasmian Program NILAM dilancarkan oleh pengetua. BIla saja pengetua selesai merasmikannya, kilauan kertas2 kecil warna warni turun bertaburan ke pentas guru.. macam pelangi... Kemudian diikuti tepukan pelajar yang kagum dengan kreativiti guru yang mencipta suasana itu..

3. Lebih bertambah manis, perhimpunan pagi ini diserikan lagi dengan penyampaian semula medal kepada olahragawan sekolah yang telah mencapai kejayaan dalam MSSDB minggu lepas. Tedpukan gemuruh buat Khairul Azhar pemenang 4 pingat emas untuk dirinya bagi membantu sekolah mencapai kejayaan. Dia kini bergelar Olahragawan Daerah Besut! Namun.. tahu-tahu sajalah.. bagi sekolah kampung yang tidak sehebat mana seperti sekolah kami... pelajar yang cemerlang dalam SUKAN adalah pelajar yang sedikit bermasalah dan kurang bagus dalam pencapaian akademiknya.....

8 Dari Kacamata Orang lain:

mantan said...

Waruna,
Demikianlah pengisian yang sepatutnya ada setiap kali perhimpunan mingguan di sekolah. Highlight lebih banyak hal-hal yang positif untuk santapan pelajar.

Kedapatan di sesetengah sekolah, guru-guru berleter, marah-marah dan lebih banyak mendedahkan perkara yang negatif, pada hal yang bermasaalah hanya segelintir pelajar sahaja.

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya. Kejayaan mereka itu adalah berkat usaha guru-guru juga.

IMANSHAH said...

tahniah buat guru yang berjaya mengilap pelajar sehingga berjaya. Dari dahulu sehingga sekarang sama sahaja, pelajar cemerlang sukan pasti bermasalah dalam pelajaran dan sahsiah.. Zaman persekolahan dulu ramai rakan2 yang mengalami masalah yang sama..

Bila berada di dalam bidang ini, barulah mnegerti akan tanggungjawab kita cukup besar. Moga pelajar tersebut dapat dibimbing dengan sebaiknya.

CikguSepajo said...

Bagi pelajar seperti Khairul Azhar, rezekinya mungkin bukan dalam bidang yang memerlukan pencapaian akademik yang tinggi. Bakatnya dalam sukan mesti dan boleh terus digilap. Pencapaian akademik yang sederhana atau cukup makan sudah cukup untuknya. Cuma sayang di negara kita bakat spt ini kurang dihargai. Selepas tamat persekolahan ramai di antara mereka terbiar.

Juita said...

adik dgr2 khairul nak g sek sukan bukit nenas btol ke makngah. Hehehe ilang lew sebutir permata HITAM !!

Anonymous said...

cikgu
Pelajar yang cemerlang dalam sukan adalah bermasalah dari segi akedemi. Kepada saya kokurikulum yang dipentingkan berlebihan sekarang ini, terutama di Terengganu lebih merosakkan pada pandangan saya sebagai seorang ayah. Apalah guna 10 0/0 kalau sematamata 3A 2B umpamanya?
AyahAnwar

WR said...

Ayahanwar;
Nak kata sekolah saya lebih2kan kokurikulum tidak la juga. Kami memberi tumpuan utama kepada akademik. namun kokurikulum tidak dipinggirkan. Lihat Khairul Azhar, sekurang2nya dia turut mencipta kejayaan dalam bidang yang dia ceburi. Dia menyumbang untuk sekolah dgn caranye tersendiri. Nak paksa dia berjaya dalam akedemik sesuatu yg sukar kerana dia tidak minat belajar.Kalau akdemik tak cemerlang dan kokurikulum pun malap.. siapalah Khairul Azhar?? Kosong dan tiada nilai... betul la cikgu sepajo.. rezeki dia dlm bidang itu....kalau dia diambil Sekolah Sukan Bukit Nanas bakatnya akan digilap kerana disana memang tempat yang sesuai untuk dia....

nina said...

KHAIRUL!!!Sorak utuk......KHAIRUL!!!
Klau ckg ada gambar masa dia tengah pegang 2 biji piala tu paparkanlah...muka hitam manis tu pun nak popular jugak...hehehehe

WR said...

Nina : cikgu tak ambik gambar dia masa dia terima hadiah tu sebab cikgu duduk dipentas. Kuda Hitam tu memang manis..

Related Posts with Thumbnails