Tuesday, April 14, 2009 | By: WR

TERTIPU

Apakah yang anda lihat dalam gambar di bawah? Buah Oren? mula2 saya melihatnya di majlis PIBG sekolah beberapa tahun yang lepas saya memang menyangka ianya ialah hirisan buah oren yang dihidangkan sebagai pencuci mulut. Sebenaranya ia adalah sejenis PUDING yang diperbuat daripada agar-agar kemudian dituangkan dalam buah oren yang telah dikosongkan isinya.
Buah oren dikeluarkan ulasnya kemudian di isi tersebut dikisar dan dimasak bersama agar-agar. Campurkan sedikit larutan oren sunquick dan gula. BIla masak tuangkan dalam kulit buah oren yang telah dikosongkan tadi.
Apabila agar-agar oren beku, bolehla dihiris dan hidangkan.... Pada majlis solat hajat anak sedara saya yang lepas ramai yang datang terkejut dan menyangka ianyaadalah oren sunkist. Apabila dirasa baru lah tahu ianya adalah puding..... masing-masing berkata " Ah... kite tertipu"




5 Dari Kacamata Orang lain:

Cikgu Chun said...

Taktik penipuan yang hebat!! Belum pernah tengok lagi ni. Bolehlah cuba nanti.

cikguyusof said...

kreatif dan inovatif pembuatnya..., saya pun lom penah jumpa dan merasanya! Bole cuba buat tu...

Anonymous said...

tak sedap pun puding nih. mcm agar2 biasa jek la

datukY said...

juita buat ler yg sedap, bole atuk dtg makan....

Zamz said...

a'ah la mmg tertipu hihi

Related Posts with Thumbnails