Monday, August 31, 2009 | By: WR

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2009

Semalam sekolah dibuka setelah bercuti seminggu. Perhimpunan ahad diadakan seperti biasa. Majlis sambutan Hari Kemerdekaan diadakan secara sederhana. Ia dimulakan dengan pengkisahan sejarah kemerdekaan yang disampaikan oleh pelajar:

Wan Azila dan Ridwan - dengan dibantu oleh sketsa ringkas oleh 5 pelajr lain.

Seterusnya sajak kemerdekaan oleh pelajar tingkatan 1 dan 2.
Saturday, August 29, 2009 | By: WR

MAJLIS BERBUKA PUASA 2

Semalam kami adik beradik mengadakan Majlis berbuka puasa di kampung. 6 dari 9 adik beradi hadir bersama pasangan dan anak-anak. Itu dalah majlis tahunan yang kami buat sejak 5 tahun yg lepas.
3 lagi adik beradik yang tidak bersama kerana:
- adik yang tinggal jauh di Pulau PInang
- seorang lagi adik tinggal di Jeli kerana "sibuk"
- seorang lagi telah pun pulang ke rahmatullah....

Kami berkumpul sejak pagi membeli keperluan untuk berbuka. Acara ini juga diharapkan dapat menghiburkan hati kedua ibubapa yang selalu kesunyian bila anak2 berjauhan (kerana kerja )

Juadah yang menjadi pilihan kali ini ialah NASI KERABU ( atau orang luar panggil NASI ULAM )
1. Nasi putih
2. Ulam-ulaman
3. Ikan celup tepung goreng ( hahaaha )
4. Ayam goreng - untuk budak2 yg suka ayam
5. telur masin
6. tumis nasi kerabu
7. sambal ikan nasi kerabu

Kuih : "Butir nangka " - :)

Selepas menjamu selera, kami solat maghrib, isya dan terawih berjemaah. Terasa la ikatan kekeluargaan semakin dekat...
Monday, August 24, 2009 | By: WR

MAJLIS BERBUKA PUASA 1

2 Anak saudara yang baru kawin awal tahun ini bekerja di Besut. Jadi semalam saya menjemput mereka berbuka di rumah dengan membawa pasangan masing2.Oleh kerana mereka bekerja ( yang kakaknya kerja dekat FAMA dan adiknya di Majlis daerah Besut ) mereka datang lewat. terpaksala saya dan anak perempuan membuat persiapan ala kadar. Juadahnya ringkas :

1. Tom yam
2. Ikan percik
3. Sayur Goreng
4. Solok Lada ( dibeli oleh suami )
5. nasi putih ( mestila..... )

pembasuh mulut : Krim karamel

Minuman : Teh O ( ada juga air kacang soya - kebetulan saya bertemu bekas anak murid yang menjual air buah ditepi jalan, jadi diberikannya pada saya... ingat juga kat bekas guru ni.. )

Khurma tak tinggal la....
Friday, August 21, 2009 | By: WR

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Kepada semua;
Selamat Menyambut Bulan Puasa.

Bahan untuk peringatan tentang puasa....

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)
Thursday, August 20, 2009 | By: WR

SELAMAT BERCUTI ( Pertengahan Penggal )

Leganya cuti.. ini la yang saya nanti2 kan.. nak jadi suri rumah sepenuh masa. Kebetulan cuti kali ini dalam bulan puasa... kelas tambahan pun tidak diadakan . Kami cuma membekalkan pelajar dengan Bahan Cuti terancang. Selepas cuti, buka sekolah nanti pelajar tingkatan 4 dan calon SPM akan menghadapi peperiksaan...Bahan itu boleh la dibuat ulangkaji persediaan peperiksaan nanti...

Pelajar tingkatan 1 dan 2 pula baru selesai peperiksaan selaras OGOS.... bawa balik kertas jawapan nak tanda dan beri markah..
Sunday, August 16, 2009 | By: WR

SOLAT HAJAT PERDANA DAN PERCUBAAN PMR

Hari ini kami warga SMK Pelagat mengadakan majlis Solat hajat Perdana. Selaras dengan kehendak JPNT yang mengarahkan sekolah2 mengadakan solat hajat untuk kesejahteraan pelajar. Ia juga khusus untuk calon2 PMR dan SPM 2009. Majlis bermula seawal 6 petang dan persiapan hari ini bermula sejak pagi tadi dengan kerjasama PIBG sekolah. Kelainan kali ini ialah solat hajat diadakan di padang sekolah. Sambutan adalah sangat memberansangkan dari ibubapa.

hari ini juga sepatutnya calon PMR menduduki peperiksaan percubaan, tetapi memandangkan terdapat sekolah yang terpaksa ditutup kerana H1N1, maka peperiksaan percubaan ditunda ke tarikh yg akan diberitahu kelak... walaubagaimana pun pelajar tingkatan 1 dan 2 meneruskan peperksaan selaras Ogos.
Sunday, August 9, 2009 | By: WR

LAPORAN KEM DI BUKIT KOLAM

Saya bertolak seawal pukul 8 pagi dari sekolah ke Kem di Pusat KOkurikulum Bukit KOlam Kuala Berang. Pelajar saya seramai 4 orang kelihatan sangat seronok dan begitu teruja sekali. Kami singgah di SMK Tg IBrahim untuk bersama-sama dengan guru dan peserta dari sekolah mereka. Maklumla saya tidak pernah ke sana jadi saya perlukan kawan untuk sama-sama . itu pun masih juga kami sedikit tersesat.... HARI PERTAMA : ( 6 Ogos 2009 )
Setelah pelajar diberikan penginapan dan makan, taklimat diadakan sebelah petangnya. Makanan agak memuaskan juga... Cuma tempat pelajar berbengkel agak tidak selesa. Pada sebelah malamnya, Taklimat untuk Kertas 2 diadakan. Penceramah ialah Bekas Guru cemerlang Sains Pertanian negeri Terengganu yang kini bertugas sebagai pengetua SMK Seri Budiman iaitu En.. Ahmad Syukur mansor.

HARI KEDUA : ( 7 Ogos 2009 )
Pada sebelah pagi taklimat Kertas 1 oleh guru cemerlang sains pertanian En Mohd Husni manakala sebelah petang selepas solat jumaat, PRE-TEST diadakan..

Pelajar berkumpul untuk menunaikan solat jumaat. Menunggu bas,.....


HARI K ETIGA :(8 Ogos 2009 )
Pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan. fasilitator juga berpecah mengikut kumpulan iaitu : Kumpulan 1 - untuk soalan nombor 1 kertas 2
Kumpulan 2 - untuk soalan nombor 2 kertas 2 dan seterusnya.... jumlah kumpulan ialah 5


HARI KEEMPAT ( 9 Ogos 2009 )
hari terakhir.... En. Ahmad Shukur sekali lagi datang untuk membuat RUMUSAN....


Ucapan wakil pelajar semasa majlis akan tamat...

Ucapan perasmian penutup oleh Dr. Haji Abdul Rahman Mat ( Ketua unit VOTEK, JPNT )

Guru-guru bergambar kenang-kenangan selapas majlis berakhir...


JUMPA LAGI PADA MASA AKAN DATANG.. tahniah kepada semua yang terlibat..
Monday, August 3, 2009 | By: WR

KEM KECEMERLANGAN SAINS PERTANIAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Hari ini saya menghadiri mesyuarat panitia Sains Pertanian peringkat negeri Trengganu. Mesyuarat khusus membincangkan KEM Kecemerlangan Sains Pertanian yang akan diadakan pada :

Tarikh : 6,7,8 dan 9 Ogos 2009
Tempat : Pusat Ko Kurikulum Kuala Berang

Seramai 100 peserta dari seluruh sekolah di Terengganu akan menyertainya. Sekolah saya menghantar 4 orang peserta 2 lelaki dan 2 perempuan. Mereka ialah :

Azura Awang
Nor Hafidah Farid
Mohd Azim Azfar
Lukman Hakim

Jauh juga Pusat KO tu...4 hari la kena tinggal rumah..Semalam dah la pulang lewat ke rumah kerana menghadiri pengkebumian emak sedara yg meninggal di Kota Bharu. Sekarang kalau petang sikit mesti hujan ribut.. Pulak tu bimbang bila mengingatkan wabak H1N1.

Related Posts with Thumbnails