Saturday, August 29, 2009 | By: WR

MAJLIS BERBUKA PUASA 2

Semalam kami adik beradik mengadakan Majlis berbuka puasa di kampung. 6 dari 9 adik beradi hadir bersama pasangan dan anak-anak. Itu dalah majlis tahunan yang kami buat sejak 5 tahun yg lepas.
3 lagi adik beradik yang tidak bersama kerana:
- adik yang tinggal jauh di Pulau PInang
- seorang lagi adik tinggal di Jeli kerana "sibuk"
- seorang lagi telah pun pulang ke rahmatullah....

Kami berkumpul sejak pagi membeli keperluan untuk berbuka. Acara ini juga diharapkan dapat menghiburkan hati kedua ibubapa yang selalu kesunyian bila anak2 berjauhan (kerana kerja )

Juadah yang menjadi pilihan kali ini ialah NASI KERABU ( atau orang luar panggil NASI ULAM )
1. Nasi putih
2. Ulam-ulaman
3. Ikan celup tepung goreng ( hahaaha )
4. Ayam goreng - untuk budak2 yg suka ayam
5. telur masin
6. tumis nasi kerabu
7. sambal ikan nasi kerabu

Kuih : "Butir nangka " - :)

Selepas menjamu selera, kami solat maghrib, isya dan terawih berjemaah. Terasa la ikatan kekeluargaan semakin dekat...

6 Dari Kacamata Orang lain:

cikguyusof said...

tahniah krn dapat berkumpul adik beradik di kampung.... mmg bukan senang nak dapat peluang mcm tu!

kuih 'butir nangka' tu mcm mane rupa dia?

WR said...

butir nangka tuh diperbuat dpd tepung beras pulut. dibentuk mcm biji nangka dan dimakan dengan kuah ( santan ) mcm puding la jugak.. nak ambik gambar pun semalam sibuk memasak. nanti la ckgu yusof kalau sy buat dirumah saya letak gambar nya kat sini :)

Cikgu Chun said...

Dah lama tak makan butir nangka. Ingat 'camcar' ingat lah butir nangka... :)

Puteri Azizul said...

baguslah tu waruna. saya pun semalam berbuka kat rumah emak dengan semua anak2 balik kg sempena cuti merdeka kami berkumpul 5 adik beradik semua ada tambah denga nak2 masing2 21 orang semuanya.

Awwa said...

assalamualaikum...salam kenal..tak tau nak conteng kat mana sini aje ek..

WR said...

terima kasih atiesya.. komen ler kat mana2 pun.... salam kenal diterima... :)

Related Posts with Thumbnails