Thursday, September 10, 2009 | By: WR

CUACA PANAS, PUASA & PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

minggu ini cuaca amat panas dan tiada hujan langsung. Minggu lepas ada la juga hujan turun dan cuaca agak sejuk. Waktu petang memang hujan turun diikuti angin kencang. tapi minggu ini cuaca berubah panas terik, kering dan lembab. Sungguh tidak selesa... lebih2 lagi kelas 4EP yang saya ajar tiada bekalan elektrik kerana kerja-kerja pembinaan bangunan baru. Kesian juga tengok pelajar2 kepanasan..... Mereka kelihatan letih dan tak banyak bergerak.. bagus juga tu.. takda la mereka merayau2... tetapi segelintir pelajar menengah rendah masih boleh "berlari". Pengetua pun nak pelik macam mana dibulan puasa ni pelajar terbabit boleh aktif .. tau-tau saja la..

Pelajar tingkatan 5 pula sedang rancak menghadapi peperiksaan percubaan. Elok juga mereka tengah exam tak perlu la cikgu mengeluarkan suara mengajar.. jimat tenaga suara.

Kepada semua calon SPM selamat menghadapi peperiksaan percubaan..

2 Dari Kacamata Orang lain:

mantan said...

CW,
Selamat raya. Maaf.

ybs said...

Selamat Hari Raya buat cikgu dan keluarga, moga sentiasa ceria, gembira dan bahagia khasnya pd hari lebaran serta beroleh kemenangan di Syawal ini...

Related Posts with Thumbnails