Thursday, September 3, 2009 | By: WR

"RUMAH BARU"

Semasa perhimpunan ahad yang lepas pengetua berbisik kepada saya bahawa saya mendapat "rumah baru " Dalam hati saya tertanya2 apakah yg dimaksudkan oleh beliau. Terlintas juga dalam hati adakah rumah baru bermaksud "sekolah baru" Adakah saya akan ditukarkan?

Akhirnya saya lega bila pengetua berkata yang Bangunan Katering & penyajian yang baru akan didirikan. Rumah baru bermaksud sekolah akan dapat satu blok bangunan baru yang akan dididrikan di sebelah bangunan baru yang dalam proses pembinaan.

Syukurla, selama ini guru katering dan penyajian terpaksa menggunakan bangunan lama yang diubahsuai berkali2.. keadaannya amatlah uzur dan tidak begitu "baik" untuk proses P&P. hari ini pihak JKR datang untuk membincangkan lokasi sebenar dan selepas ini tender akan dikeluarkan.

yang paling gembira ialah guru mata pelajaran tersebut yang telah sekian lama terpaksa mengajar dalam keadaan daif.... Saya tidak menafikan ini semua adalah usaha "mantan" pengetua dulu yang bersusah payah .. akhirnya dapat jua...

7 Dari Kacamata Orang lain:

IMANSHAH said...

Tahniah la, dengan adanya rumah baru dapatlah meningkatkan pencapaian

WR said...

insyaAllah la..harap2 budak2 tuh lagi suka memasak.. budak2 katering P&P dia orang masak je la.. 70 % markah spm dari amali tuh..peperiksaan bertulis 30% je

yusofsipan said...

mcm seronok jer mengajar dan belajar measak ni yer....tp 'bercinta' betul la kalau nak memasak atau bantu isteri memasak di rumah, hehehe... tolong makan jer la!

Cikgu Chun said...

Waahhh...seronoknya dapat 'rumah baru' tu. Harap lebih bersemangat untuk mengajar selepas ini.

Bangunan baru di sekolah sy pun bakal beroperasi pada tahun hadapan, tapi saya tak dapat 'rumah baru' pun...cuma bilik guru baru agaknya... hehehe.

Cikgu Chun said...

Minta alamat e-mail Kak Waruna untuk saya sendkan soalan trial SPN.

Cikgu Chun said...

Kak Waruna,

Saya dah send kan soalan trial spn sekejap tadi...

WR said...

terima kasih ckgu chun.

Related Posts with Thumbnails