Semasa mula2 kawin dulu, ramai kawan bertanya " awak nak anak lelaki ke anak perempuan? " Ramai juga memberi pendapat anak lelaki ke anak perempuan ke tak kisahlah asalkan mereka sehat. Anak2 penyeri rumahtangga. Tetapi saya tak tahu mengapa cepat saya menjawab " saya nak anak sulong saya anak lelaki " Apakah kebetulan atau perancangan Allah. Saya memang idamkan anak lelaki untuk anak sulong. Dalam hati saya, saya inginkan dia menjadi pelindung adik2nya. Orang Kelantan kata "GAGAH kalau ada anak lelaki" Tetapi ramai juga anak lelaki yang bila berumahtangga "alah" dengan isteri dan tanggungjawab menjaga orang tua terabai.
Sejak akhir2 ini kesihatan suami saya agak kurang memuaskan. Kerap dia tidak sedarkan diri. Saya dapat bergantung harap pada anak lelaki bongsu saya yang membantu saya membawa suami ke hospital. Anak sulong dan yang tengah ( perempuan ) tinggal d asrama. Kalau semua anak ada dirumah saya rasa lega kerana bila suami sakit ada 2 anak lelaki yang boleh mengangkat ayah mereka.
Anak bongsu saya walaupun baru tingkatan 2 tapi dia menjadi "semangat" saya.... anak perempuan pula menjadi kawan baik didapur. Anak lelaki atau perempuan ada keistimewaannya sendiri.Kekuatan masing2.... cuma kita tidak menduga perancangan Allah.. Allah memberikan saya 2 orang anak lelaki.. rupa2nya untuk mengurus ayahnya yang selalu tidak sehat. Apa sangatlah kudrat wanita apabila ditimpa musibah. Mesti mau berpaut di dahan yang kuat. Kekuatan itu ada pada anak lelaki dan anak perempuan itu menjadi teman menenangkan duka..
Berhajat Ikuti Kuliah
-
Ixxxx Rxxxx menulis : Salam.. bagaimana nak ikuti kuliah?
Jawapannya : Wlksm.
1. Rakaman pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin boleh diikuti rakama...
4 Dari Kacamata Orang lain:
Wan,
Cantik dah blog Wan ni.
Blog Raya ni!
hehehe.. yer la mantan ni blog sempena raya.. puas saya mencuba..
Kak Wan,
Memang tepat sekali kata2 Kak Wan tu...masaing2 ada kelebihan.
Tapi kalau sy diberi pilihan, sy nak anak perempuan yg sulung sebab dia boleh jaga adik2 dia, maklumlah ada sifat keibuan...di samping itu boleh tolong memasak di dapur. Ini dah terbukti apabila dulu emak sy selalu cakap kakak sulung sy yg menjaga adik2 dia semasa ayah dan emak ke bendang...masa tu adik2 masih lg kecik...beza yg sulung dengan yg kedua hanya 3 tahun.
yer la Chun, keperluan kita utk anak lelaki atau perempuan berbeza2 ikut situasi yg kita hadapi. macam kakwan kalau takde anak lelaki sgt la sukar untuk mengurus suami yg sakit
Post a Comment