Sibuk.......begitulah suasana sekolah di awal tahun...
sebaik saja pendaftaran pelajar baru dan majlis suaikenal tingkatan satu tamat, P dan P berjalan lancar. Aktiviti Kokurikulum tidak ketinggalan rancak bermula sama ada di peringkat sekolah mahupun daerah.
Bagi SMK Kuala Besut, Temasya Sukan peringkat sekolah berlangsung terkemudian dari acara peringkat daerah kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Ia bermula dengan KARNIVAL SUKAN IM IS bermula 12 hingga 15 Februari lepas. Permainan yang dipertandingkan ialah FUTSAL, BADMINTON, BOLA JARING, BOLA TAMPAR BADMINTON DAN PETANQUE. Sambutan amat menggalakkan. Saban petang pelajar memenuhi gelanggang yang terhad. Sekolah kami tidak mempunyai padang permainan....






0 Dari Kacamata Orang lain:
Post a Comment