Friday, February 24, 2012 | By: WR

BERCUTI KE PENANG

Sudah hampir 10 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke Pulau Pinang semenjak kakak dan adik saya sudah bertukar ke kelantan. Dulu masa tengah belajar, saya selalu ke Penang kerana kakak saya kerja di sana ( LHDN ) Seingat saya semenjak saya menunggu keputusan SPM sehinggalah saya menyambung pelajaran ke UPM Serdang. Pantang ada cuti saya akanke sana. paling seronok bila kakak saya membawa saya pulang ke Kelantan dengan kapal terbang. Itu lah pertama kali dlm hidup saya naik kapal terbang. Masa tu masih sekolah dan "riuh" la saya bercerita pada kawan2 sekolah maklumlah teruja dapat pengalaman naik kapal terbang...Sehingga saya berkahwin dan mendapat anak saya masih lagi berkunjung ke sana. Anak2 memang seronok naik feri, melawat taman bunga dan keretapi ke Bukit Bendera.

Tapi kali ini saya tak bawa anak2 dan keluarga kerana anak2 dah besar dan belajar jauh. Jadi saya menemankan kakak saya yg menerima jemputankenduri kawin anak kawan lamanya . Oleh kerana kakak saya kematian suaminya semasa menunaikan haji 5 tahun yang lepas jadi dia takda kawan dan mengajak saya serta adik yang juga dulu pernah bekerja di LHDN Penang ke sama. Nampaknya kali ini saya tak bawa anak2 tapi bawa cucu2 kakak saya...

Oleh kerana jemputan kawin pada hari ahad, kami sempatla ronda2 Penang pada hari sabtu. Pagi jumaat kami bertolak dan petangnya sampai di rumah kawan kakak saya.. (Kak Yah ) Punya la baik kak yah berikan rumah sewa anaknya kepada kami untuk bermalam. Maknanya penginapan free laa. Kakyah juga menghantar breakfast pagi sabtu tu... kesian dia dahla sibuk menyiapkan kenduri terpaksa layan kami lagi... Oleh kerana kami takmo mengganggu kak yah hari sabtu tu kami keluar shopping ( bukan nya nk tolong kak yah... hehe.. ) Orang perempuan memang mcm tu.... kalau tak shopping tak sah.... Dan destinasi kami ialah QUEENSBAY.. kebetulan masa tu baru lepas sambutan Raya Cina.. masih ada lagi hiasan menyambut nya....

Penat menjelajah Queensbay.. cucu2 dah kepenatan.... lapar... kami makan dan untuk memuaskan hati cucu2 yg komplen terpaksa ikut kami shopping, kamiturutkan kemahuan mereka untuk jalan2 pula..... Masa tu dah tak sempat nak pikir pergi mana sebab dan petang. Akhirnya kami cuma ke Taman Bunga... aduh.. sesaknya jalan sebab persiapan untuk Thaipusam diadakan... penat beratur di jalan... akhirnya sampai jua ke Taman Bunga... Tapi Taman bunga sekarang dah tak macam dulu rupanya... macam tak terjaga dan suasana dah tak seronok. Mujur la ada keretapi untuk ronda kawasan sekitar... tak dapat tengok apa2 pun sebab semua bangunan tertutup... pokok2 dalamnya tak terjaga.... takpalah cucu2 gembira naik keretapi buruk tu... hahaa..



Alamak.... percutian apa entah.. 2 tempat tu je yg kami pergi.. malamnya ada jemputan oleh kawan adik saya seorang India yang amatla BAIK ... sebenanrnya malam kami sampai lagi dia dah ajak makan tapi kerana kepenatan... cucu2 dh tidur.. kami terpaksa menolak. Akhirnya malam ahad tu kami penuhi jemputannya... Orangnya sgt baik, tak sangka seorang bangsa India Pulau Pinang sanggup melayan Melayu kelantan ini dgn begitu baik... Dia juga menyertai sambutan thaipusan selalunya membawa kawadi tapi tahun ini dia hanya membawa susu katanya... Malam tu dia jamu kita orang dengan masakan siam, tapi dis sndiri tak makan sebab "sedang Berpuasa " untuk thaipusam nanti....

Pagi ahad kami membeli sedikit buah tangan untuk orang di rumah di Pasar Bayan Baru.. dan pukul 12 kami ke Dewan untuk jamuan kenduri

0 Dari Kacamata Orang lain:

Related Posts with Thumbnails