Saturday, March 24, 2012 | By: WR

AKTIVITI KOKURIKULUM FEB - MAC

1 )Pada 27 FEB
Kursus kepimpinan pengerusi dan setiausaha Kelab dan Persatuan serta Badan Beruniform telah diadakan di Pusat Pendidikan Biodiversiti Bukit Marak. Seramai 60 orang peserta telah menghadirinya. Namun sayang kursus SEHARI itu terasa tidak mencukupi... masih byk slot yang perlu diadakan..

2 )Pada 1 Mac pula kadet PKBM telah mendaki GUNUNG TEBU. Seramai 40 orang kadet menyertai pendakian itu dan Ustaz Nasir telah bertindak sbgai guru pengiring dengan diikuti oleh PKBM Gong Kedak.

3) Pasukan Bola Sepak SMKKB telah menyertai perlawanan bola sepak peringkat zon dan seperti yang dijangka SMKKB telah menjuarai zon.... syabas! takda gambar la pulak..

4) Pasukann Sepak Takraw sekolah pula menyandang tempat ke 3 bagi kategori bawah 15 dan salah seorang peserta terpilih untuk mewakili daerah ke perlawanan peringkat negeri.

5) Bermula 19 hingga 22 Macpula kejohanan balapan dan padang berlangsung di Trek SSN. Tahniah kontingen SMKKB telah meraih 5 emas 4 perak dan 4gangsa.. Kedudukan ke 6 dari 17 sekolah... SYABAS.... SMKKB memang hebat

sempat pula dijemput untuk mengalungkan medal kepada penyumbang emas pertama SMKKB iaitu peserta lontar peluru MEKLIN......

2 Dari Kacamata Orang lain:

Granny Hani said...

Aktif ber'KO' yer...saya pula di sebaliknya

WR said...

Nak buat macam mana dah jadiPK KO TERPAKSA lah buat2 aktif....

Related Posts with Thumbnails