Thursday, March 1, 2012 | By: WR

MENUNGGU....

Hari ini sungguh sibuk....
1. Pengetua SMKKB akan mengadakan kenduri kahwin anaknya pada Sabtu 3 Mac. Saya tolong belikan hadiah bagi pihak Pengurusan Sekolah. Tak sempat bungkus di rumah saya bawa ke sekolah untuk disampaikan pada pengetua hari ni, nk bawa hari kenduri besar jugak...

2. Pelajar2 yang mengikuti pertandingan lalu Lintas bertolak ke Kemaman.. 17 orang semuanya .
Kena sediakan wang saku untuk mereka...

3. Alahai yang ini paling mendebarkan saya... 40 orang pelajar2 SMKKB dr unit PKBM(U) terlibat dgn program Mendaki Gunung Tebu.... Seorang guru pengiring tidak dpt hadir seperti yg dirancang kerana sedikit salah faham... jadi sorang je la guru pengiring, namun kami dpt bantuan daripada PKBM Gong Kedak.... dan juga JPAM Besut... Juga turut membantu bekas pelajar SMKKB yg telah berpengalaman mendaki Gunung Tebu. Semasa memberi sedikit ucapan sebelum bertolak, saya memang rasa agak sedih.. entah kenapa... cuma saya iringi doa dan pesanan supaya pelajar menjaga keselamatan diri masing2... yg pentingjgn berseorangan.. sentiasa dlm kumpulan..... Sekarang dah 8.15 malam.. saya menghantar mesej kepada guru pengiring namun... takda balasan...

0 Dari Kacamata Orang lain:

Related Posts with Thumbnails