Saturday, June 23, 2012 | By: WR

ANGGOTA JPAM TUNJUK KEBOLEHAN


Anggota JPAM wanita tunjuk bakat dlm Flying Fox.. berani dia...




Hari ke2 HARI KOKURIKULUM SMKKB, Selain gerai pameran dari pelbagai agensi TUDM, KLINIK KESIHATAN, PENJARA, IPTA berdekatan, JPAM dan BOMBA membuat persembahan.
Thursday, June 21, 2012 | By: WR

TAWAF ZAMAN TEKNOLOGI



Bagi yang kurang berupaya, terutama orang-orang tua, mereka mengupah orang yang membuat usungan. Kemudian ada orang menyorong kerusi roda, kini, mereka boleh tawaf dengan menaiki kerusi roda bermotor yang boleh dikawal sndiri.. takperlu mengupah sesiapa. Tekan je punat dan ia bergerak.. Tapi ianya hanya boleh dilakukan di tingkat atas. Ada juga keburukannya, kerusi roda bermotor ini ada yang tersangkut di dinding dan lorong yang sempit itu menyebabkan kerusi roda bermotor ini berlanggar sesama sndiri...

TRAGEDI SEORANG MUTAWWIF 2



Pandangan positif saya terhadap mutawwif ini tiba2 merosot tatkala menghampiri episod akhir perjalanan pulang ke Malaysia. Semasa dalam perjalanan pulang itu dia masih lagi bersemangat memberi maklumat sekitar tempat sebelummenuju Lapangan Terbang King Abdul Aziz. Kami sempat melihat replika QURAN terbesar di dunia yg menjadi pintu gerbang jalan raya dan banyak lagi tempat2 menarik yg ditunjukkan. Dia juga ada memaklumkan bahawa dia tidak dapat masuk hingga ke lapangan terbang dan kami memahaminya kerana dia tidak mempunyai pasport. 2-3 deringan telefonnya selepas itu telah merubah dan menggamit sebuah pertengkaran antara dia dan pemandu bas.


Dari pelat jawa indonnya saya hanya memahami satu perkataan iaitu : KENAPA. yang diulang berkali2 oleh mutawwif ini terhadap pemanggilnya. Ada sesuatu yg tidak beres nampaknya. Selepas itu kami hanya mendengan pelat jawa pekatnya berdialog dgn pemanggil dan satu habuk pun tidak saya fahami. Selepas tamat perbualannya, dia menyuruh pemandu bas berhenti di situ juga namun tidak dipersetujui oleh pemandu bas itu. Dia berkali2 pula menerangkan kepada pemandu bas bahawa dia TERPAKSA berhenti. Kami yg tidak faham pertengkaran dalam bahasa arab antara dia dan pemandu bas agak kebingungan sehinggalah terjadi satu peristiwa yg agak mengejutkan dan menakutkan kami. Bila dia memegang tangan pemandu bas, tangannya ditepis dan dalam usaha mengelak tepisan itu pemandu bas terlepas stereng dan bas kami hilang kawalan. Kami tersentak dan terkejut.. Sedar jemaah berasa takut. mutawwif ini segera memohon maaf dan matanya mula berkaca2.. segera dia menghampiri semua jemaah lelaki dan bersalaman memohon maaf. Selepas itu sekali lagi dia mengucapkan selamat jalan dan matanya merah... walaupun bas tidak betul2 berhenti dia melompat keluar.. dan melambaikan tangannya ke arah kami....


Saya agak terkilan.... dia diamanahkan mengiringi kami hingga ke satu tempat tapi dia pergi begitu saja ( walaupun saya tahu dia ada masalah yg harus diselesaikan) namun amanah itu sepatutnya dibereskan terlebih dahulu.... Kami dibiarkan bersama pemandu yg langsung tak tahu berbahasa melayu.... Kesal jugak..


Sampai di satu perhentian, bas berhenti dan seorang mutawwif indon naik bertanyakan kpd pemandu bas di mana mutawwif. Dia terkejut apabila diberitahu mutawwif telah turun. Berkali2 menyebut MASYAALLAH.. dia bertanya nama mutawwif dan kami memberitahunya. Katanya mutawwif itu turun TERLALU JAUH dr tempat yg sepatutnya dia turun. Perbuatannya amat dikesali dan dia turut memohon maaf atas apa yg terjadi. Satu lagi .... dokumen yg sepatutnya dia serah entah dimana letaknya. Sekiranya dokumen itu tidak ditemui, perjalanan kami pastinya akan terganggu...


Apa nasib mutawwif ini seterusnya... dapatkah dia berjumpa semula dgn isteri tercinta yg terpisah sekian lama? Adakah pihak RAYHAR akan menghukumnya lantaran kejaidan itu? itu periuk nasi beliau.. kerjaya beliau... namun amanah itu agak diperlekehkan... apapun.. semoga Allah memudahkan urussan beliau..dan kami telah memaafkan beliau..
Tuesday, June 12, 2012 | By: WR

TRAGEDI SEORANG MUTAWWIF

Di Mekah setiap kumpulan Bas dibimbing oleh seorang mutawwif. Kami dari kumpulan bas no 4 dibimbing oleh seorang mutawwif dari Indon. Pd mulanya saya tidak menyangka dia seorang mutawwif. Orangnya kecil dan kelihatan sgt pendiam. Bila disapa utk bertanyakan sesuatu sentiasa senyum dan menjawab dengan penuh sopan. Tapia was, org yg pendiam menyimpan 1001 peribadi yg tak dpt kita teka. Bila bas hamper bergerak barulah dia memperkenalkan diri  sebagai mutawwif dan dia memohon maaf sekiranya pelat indonnya kurang difahami. Tanpa memperkenalkan nama ( kami pun tidak bertanya) dia memberi pelbagai maklumat mengenai tempat yg dilawati. Dri cara bercakap memang dia punya ilmu yg banyak dan dptmembaca ayat2 quran dengan baik. Kami jadi kagum.. orangnya masih muda agak2 saya dlm 20 han atau paling2 tua pun awal 30han.. Orangnya sgt merendah diri.

Selepas berniat di Bir Ali dlm perjalanan ke Mekah, kami beramai2 bertalbiah tanpa henti dgn dipimpin oleh mutawwif. Saya terasa sedikit kelainan bacaan mutawwif namun saya diamkan sahaja kerana mungkin dia boleh berbahasa arab dan mungkin dia  menyambung mana2 ayat.. saya tidak tahu. Dijadikan cerita pemandu bas yg rasa saya dariPakistan menegur cara bacaan talbiah mutawwi dengan agak kasar. Mutawwif tersentak barangkali dan mempertahankan bacaannya. Alasannya, dia mengulang bacaan perkataan belakang dan menyambungnya dgn perkataan dihadapan. Saya tetap membaca talbiah seperti apa yg terdapat dlm buku panduan, Dari situ saya mula dpt membaca watak mutawwif ini, Nampak lembut tapiTegas bila berhujjah dan mempertahankan dirinya….

Selepas kejadian itu mutawwif ini mula menambat hati saya dengan kefasihannya dan cara dia memimpin mengerjakan umrah sgt tertib. Tidak seperti mutawwif lain dariIndon yg memimpin Jemaah indon dengan bacaan2 yg keras dan lantang. Dia tetap dengan kelembutannya namun santai… Semasa dlm bas  sebelum niat umrah kali ketiga di Hudaibiah, tiba2 dia seakan merayu Jemaah supaya mendoakan isterinya yg telah 3 bulan tidak dpt dikesan. Isteri beliau bekerja sebagai bibik di Arab Saudi. Dia menyarankan , kalau wanita jgn sekali2 bekerja di Arab Saudi kerana katanya org2 di sana MUNAFIK….. isterinya didera dan byk kali juga cuba digoda oleh anak2 majikannya… katanya lagi.. org2 arab sgt SUKA kpd wanita2 asia kerana katanya org asia walaupun sudah bergelar nenek namun bg mereka seakan masih PERAWAN.. sgt dlam maksudnya… maklumlah wanita arab bila sudah berkahwin badanya bertukar mendaji saiz XXXL dan akan bersalin saban tahun.. aduh… hehe….NO KOMEN… Simpati dengan nasibnya… bila selesai saja tawaf saya berdoa didepan Kaabah spy dia dan isterinya dipertemukan. Dia mahu membawa isterinya pulang ke Indonesia… Saya dpt melihat matanya berkaca-kaca tatkala memohon Jemaah mendoakan isterinya. 3 bulan tanpa kabar berita dan isterinya juga sakit selepas kedua2 anaknya meninggal… sedih sungguh ceritanya. Dia katanya tidak munafik kerana dtg ke Tanah Suci untuk mencari rezeki disamping itu dpt juga mengerjakan umrah yg diupah oleh Jemaah.

Gambar menunjukkan salah seorang mutawwif untuk jemaah rayhar ( Ustaz Hadi )
Ceritanya tidak berakhir di situ..... nantikan sambungannya.. 
Sunday, June 10, 2012 | By: WR

ISTIMEWANYA MENJADI TETAMU ALLAH DAN RASULNYA

Nostalgia  DI Masjid Nabawi Berulang.

Pada 2012, saat berkunjung ke Mesjid Nabawi selepas selesai mengerjakan Haji  Ifrad, semasa Ziarah di makam Rasulullah kekasih tercinta, saya kehilangan dompet berisi gambar dan sedikit wang ( dalam SR100.00 ) Kini mengerjakan umrah selepas 10 tahun berlalu, saya kehilangan dompet lagi. Bezanya kali ini saya membawa Kad pengenalan ( semasa musim haji dulu kadpengenalan tidak di perlukan dan tidak dibwa) dan lessen memandu. Di dalamnya ada wang SR400.00 )

Semua itu tidak penting. Tatkala menjejakkan kaki ke Laman Mesjid Nabawi hati begitu terpukau! 10 tahun berlalu dan masjid mengalami pembangunan yg mengagumkan, terutama di bahagian hadapan. Struktur mirip “payung” terbuka sungguh cantik melindungi Jemaah dari sinaran matahari yg terik. Malamnya ia menguncup memberikan Jemaah menikmati udara terus dari langit…
MALAM ---- payung tertutup...


Berkunjung ke makam Nabi  memang menjadi idaman setiap Jemaah… apa tidaknya kita dapat solat di Taman Syurga Raudhah.. itulah yg menjadi matlamat bila ke sana.. Akhirnya bila sampai masa meninggalkan Madinah sekali lagi peluang terbuka ke raudhah…  Ziarah Wada` ..








sempat pula ke pasar khurma membeli khurma ajwa..


Related Posts with Thumbnails