Thursday, June 21, 2012 | By: WR

TRAGEDI SEORANG MUTAWWIF 2



Pandangan positif saya terhadap mutawwif ini tiba2 merosot tatkala menghampiri episod akhir perjalanan pulang ke Malaysia. Semasa dalam perjalanan pulang itu dia masih lagi bersemangat memberi maklumat sekitar tempat sebelummenuju Lapangan Terbang King Abdul Aziz. Kami sempat melihat replika QURAN terbesar di dunia yg menjadi pintu gerbang jalan raya dan banyak lagi tempat2 menarik yg ditunjukkan. Dia juga ada memaklumkan bahawa dia tidak dapat masuk hingga ke lapangan terbang dan kami memahaminya kerana dia tidak mempunyai pasport. 2-3 deringan telefonnya selepas itu telah merubah dan menggamit sebuah pertengkaran antara dia dan pemandu bas.


Dari pelat jawa indonnya saya hanya memahami satu perkataan iaitu : KENAPA. yang diulang berkali2 oleh mutawwif ini terhadap pemanggilnya. Ada sesuatu yg tidak beres nampaknya. Selepas itu kami hanya mendengan pelat jawa pekatnya berdialog dgn pemanggil dan satu habuk pun tidak saya fahami. Selepas tamat perbualannya, dia menyuruh pemandu bas berhenti di situ juga namun tidak dipersetujui oleh pemandu bas itu. Dia berkali2 pula menerangkan kepada pemandu bas bahawa dia TERPAKSA berhenti. Kami yg tidak faham pertengkaran dalam bahasa arab antara dia dan pemandu bas agak kebingungan sehinggalah terjadi satu peristiwa yg agak mengejutkan dan menakutkan kami. Bila dia memegang tangan pemandu bas, tangannya ditepis dan dalam usaha mengelak tepisan itu pemandu bas terlepas stereng dan bas kami hilang kawalan. Kami tersentak dan terkejut.. Sedar jemaah berasa takut. mutawwif ini segera memohon maaf dan matanya mula berkaca2.. segera dia menghampiri semua jemaah lelaki dan bersalaman memohon maaf. Selepas itu sekali lagi dia mengucapkan selamat jalan dan matanya merah... walaupun bas tidak betul2 berhenti dia melompat keluar.. dan melambaikan tangannya ke arah kami....


Saya agak terkilan.... dia diamanahkan mengiringi kami hingga ke satu tempat tapi dia pergi begitu saja ( walaupun saya tahu dia ada masalah yg harus diselesaikan) namun amanah itu sepatutnya dibereskan terlebih dahulu.... Kami dibiarkan bersama pemandu yg langsung tak tahu berbahasa melayu.... Kesal jugak..


Sampai di satu perhentian, bas berhenti dan seorang mutawwif indon naik bertanyakan kpd pemandu bas di mana mutawwif. Dia terkejut apabila diberitahu mutawwif telah turun. Berkali2 menyebut MASYAALLAH.. dia bertanya nama mutawwif dan kami memberitahunya. Katanya mutawwif itu turun TERLALU JAUH dr tempat yg sepatutnya dia turun. Perbuatannya amat dikesali dan dia turut memohon maaf atas apa yg terjadi. Satu lagi .... dokumen yg sepatutnya dia serah entah dimana letaknya. Sekiranya dokumen itu tidak ditemui, perjalanan kami pastinya akan terganggu...


Apa nasib mutawwif ini seterusnya... dapatkah dia berjumpa semula dgn isteri tercinta yg terpisah sekian lama? Adakah pihak RAYHAR akan menghukumnya lantaran kejaidan itu? itu periuk nasi beliau.. kerjaya beliau... namun amanah itu agak diperlekehkan... apapun.. semoga Allah memudahkan urussan beliau..dan kami telah memaafkan beliau..

0 Dari Kacamata Orang lain:

Related Posts with Thumbnails