Tuesday, June 12, 2012 | By: WR

TRAGEDI SEORANG MUTAWWIF

Di Mekah setiap kumpulan Bas dibimbing oleh seorang mutawwif. Kami dari kumpulan bas no 4 dibimbing oleh seorang mutawwif dari Indon. Pd mulanya saya tidak menyangka dia seorang mutawwif. Orangnya kecil dan kelihatan sgt pendiam. Bila disapa utk bertanyakan sesuatu sentiasa senyum dan menjawab dengan penuh sopan. Tapia was, org yg pendiam menyimpan 1001 peribadi yg tak dpt kita teka. Bila bas hamper bergerak barulah dia memperkenalkan diri  sebagai mutawwif dan dia memohon maaf sekiranya pelat indonnya kurang difahami. Tanpa memperkenalkan nama ( kami pun tidak bertanya) dia memberi pelbagai maklumat mengenai tempat yg dilawati. Dri cara bercakap memang dia punya ilmu yg banyak dan dptmembaca ayat2 quran dengan baik. Kami jadi kagum.. orangnya masih muda agak2 saya dlm 20 han atau paling2 tua pun awal 30han.. Orangnya sgt merendah diri.

Selepas berniat di Bir Ali dlm perjalanan ke Mekah, kami beramai2 bertalbiah tanpa henti dgn dipimpin oleh mutawwif. Saya terasa sedikit kelainan bacaan mutawwif namun saya diamkan sahaja kerana mungkin dia boleh berbahasa arab dan mungkin dia  menyambung mana2 ayat.. saya tidak tahu. Dijadikan cerita pemandu bas yg rasa saya dariPakistan menegur cara bacaan talbiah mutawwi dengan agak kasar. Mutawwif tersentak barangkali dan mempertahankan bacaannya. Alasannya, dia mengulang bacaan perkataan belakang dan menyambungnya dgn perkataan dihadapan. Saya tetap membaca talbiah seperti apa yg terdapat dlm buku panduan, Dari situ saya mula dpt membaca watak mutawwif ini, Nampak lembut tapiTegas bila berhujjah dan mempertahankan dirinya….

Selepas kejadian itu mutawwif ini mula menambat hati saya dengan kefasihannya dan cara dia memimpin mengerjakan umrah sgt tertib. Tidak seperti mutawwif lain dariIndon yg memimpin Jemaah indon dengan bacaan2 yg keras dan lantang. Dia tetap dengan kelembutannya namun santai… Semasa dlm bas  sebelum niat umrah kali ketiga di Hudaibiah, tiba2 dia seakan merayu Jemaah supaya mendoakan isterinya yg telah 3 bulan tidak dpt dikesan. Isteri beliau bekerja sebagai bibik di Arab Saudi. Dia menyarankan , kalau wanita jgn sekali2 bekerja di Arab Saudi kerana katanya org2 di sana MUNAFIK….. isterinya didera dan byk kali juga cuba digoda oleh anak2 majikannya… katanya lagi.. org2 arab sgt SUKA kpd wanita2 asia kerana katanya org asia walaupun sudah bergelar nenek namun bg mereka seakan masih PERAWAN.. sgt dlam maksudnya… maklumlah wanita arab bila sudah berkahwin badanya bertukar mendaji saiz XXXL dan akan bersalin saban tahun.. aduh… hehe….NO KOMEN… Simpati dengan nasibnya… bila selesai saja tawaf saya berdoa didepan Kaabah spy dia dan isterinya dipertemukan. Dia mahu membawa isterinya pulang ke Indonesia… Saya dpt melihat matanya berkaca-kaca tatkala memohon Jemaah mendoakan isterinya. 3 bulan tanpa kabar berita dan isterinya juga sakit selepas kedua2 anaknya meninggal… sedih sungguh ceritanya. Dia katanya tidak munafik kerana dtg ke Tanah Suci untuk mencari rezeki disamping itu dpt juga mengerjakan umrah yg diupah oleh Jemaah.

Gambar menunjukkan salah seorang mutawwif untuk jemaah rayhar ( Ustaz Hadi )
Ceritanya tidak berakhir di situ..... nantikan sambungannya.. 

0 Dari Kacamata Orang lain:

Related Posts with Thumbnails