Thursday, May 15, 2008 | By: WR

SELAMAT HARI GURU 2008

PENGENALAN HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu

LOGO HARI GURU



Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.





LAGU TEMA HARI GURU 2008

GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG

Guru cemerlang mengasih dan menyayang
Mendidik anak bangsa seikhlas jiwa
Gigih terus bakti hidup penuh berbudi
Maruah profesional disanjung tinggi

c/0
Guru berjasa berkhidmat dengan setia
Menjulang nama bangsa di mata dunia
Hebat tidak bermegah waja dan berkarisma
Realisasi visi dan sejati

Guru cemerlang Negara terbilang
Keunggulan dan pendidikan di mata bangsa
Guru cemerlang Negara terbilang
Kesejahteraan Malaysia berkibaran

TEMA HARI GURU MALAYSIA

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Stress di Tempat Kerja

Awal pagi ini suasana kerja agak kelam kabut. Tiba-tiba saya merasa amat tertekan oleh satu perkara berkaiatan kurus dalam perkhidmatan yang akan berlangsung sabtu ini. Tidak dapat mengawal perasaan ketika itu muka saya terus berubah. Namun munjur saya cepat sedar, beristighfar dan akhirnya stress menurun dengan cepat. Saya segera dapat menjalankan tugas dengan riang semula. Semua ini daripada pengalaman dan kesedaran bahawa SABAR itu sememangnya sungguh manis. Mengalah bukan menunjukkan kita LEMAH.. malah natijah disebalik kesabaran itu amat berguna sekali.Lantaran kesabaran itu permusuhan dan bermasam muka dapat dielakkan. Orang yang sabar tinggi darjatnya di sisi Allah...

Allah Maha Mengetahui keadaan dan nasib manusia kerana Dialah yang mencipta manusia itu. Dalam surah Al-Asr ini, Allah bersumpah bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu:
1.mereka yang beriman
2.beramal soleh
3.menasihati atas kebenaran dan
4.menasihati atas kesabaran

Ini bermakna semua manusia tanpa mengira kedudukan sama ada kaya, miskin, berpelajaran tinggi, keturunan bangsawan atau peminta sedekah; kesemuanya Allah memberi amaran/ingatan tentang kerugian yang menimpa mereka. Untuk mengelakkan dari kebinasaan dan kerugian ini, mereka diberikan 4 alternatif seperti yang disenaraikan di atas; iaitu beriman, beramal soleh, bercakap atas kebenaran dan juga atas kesabaran.

1. Manusia yang beriman ialah mereka yang mempunyai kesedaran tertinggi dan meyakini bahawa di sebalik alam yang luas ini, ada 'zat' yang MAHA BESAR dan MAHA KUASA yang mencipta dan mengendalikan keseluruhan alam ini. Begitu juga di sebalik alam nyata ini ada lagi alam kehidupan yang lebih besar dan indah iaitu kehidupan akhirat yang kekal dan abadi bagi setiap manusia. Sesiapa juga manusia tanpa mengira apa kedudukan sosio-ekonominya, akan terjerumus ke dalam api neraka yang amat panas sekiranya tidak mempunyai keimanan terhadap perkara-perkara ghaib ini.

Hidup di dunia ini adalah sementara. Kita akan berpindah ke alam barzakh (awal alam akhirat) tidak lama lagi iaitu selepas kita dimatikan. Yang dapat menyelamatkan kita di kubur ialah iman kepada Allah. Termasuk dalam ertikata iman ialah bukan setakat mempercayai Allah sahaja tetapi mesti dibuktikan dengan amalan. Jadi iman dan amal soleh ialah gandingan terbaik untuk menempuh dugaan di alam akhirat. Iman tanpa amal adalah ibarat pokok tanpa buah. Oleh itu kita dikehendaki melengkapkan diri dengan iman dan amal supaya hidup kita tidak sengsara sepanjang hayat tanpa batas waktu di akhirat.

2. Manusia kedua yang tidak akan rugi ialah mereka yang beramal soleh atau mengerjakan kebajikan. Orang yang meninggal dunia tanpa sebarang kerja kebajikan atau amal soleh akan rugi kerana mereka akan diseksa di dalam api neraka. Nasib kita di akhirat tidak sekali-kali bergantung kepada harta kekayaan, kedudukan pangkat atau pengetahuan tetapi sebaliknya ia dinilai dengan amal solehnya. Sungguhpun begitu ada juga orang yang rajin membuat amal kebajikan tetapi sayangnya tidak mempunyai keimanan terhadap Allah. Golongan seperti ini adalah rugi juga kerana tidak mempunyai asas aqidah terhadap Allah yang wajib ada dalam setiap individu. Kesemua amalan kita tidak akan diterima Allah jika tidak berpaksi kepada dasar keimanan kepada Allah.

Oleh sebab itu, kita seharusnya menggunakan masa hidup kita yang tidak lama ini untuk melakukan amal soleh sebanyak--banyaknya. Alangkah ruginya seseorang yang berbadan sihat, tegap,mempunyai hartabenda yang banyak tetapi seluruh kekuatan, kesihatan dan harta bendanya digunakan untuk kepentingan diri dan keluarganya sahaja. Lebih dahsyat lagi jika ia digunakan untuk melakukan maksiat, aniaya, fitnah dan menzalimi orang lain. Sepanjang hidup ini kita tidak lari dari melakukan 2 perkara sama ada amal soleh (baik) atau amal tholeh (jahat). Orang yang berjaya ialah mereka yang beramal soleh bukan beramal tholeh. Diri kita adalah sebaik-baik kompas untuk menilai yang soleh atau sebaliknya. Namun tidak semua orang dapat memberikan penilaian yang tepat, malah ada orang memandang kebajikan itu sebagai kejahatan dan kejahatan pula dipandang sebagai kebaikan. Kesemua ini memerlukan ilmu yang menjadi syarat untuk memberikan penilaian yang benar dan tepat berlandaskan syariat Islam.

Amal kebajikan boleh diusahakan dengan pelbagai cara sama ada dengan material atau menggunakan anggota badan. Menasihat kawan adalah kebajikan. Membuang duri di jalan juga satu kebajikan. Memberi makan kepada binatang juga kebajikan; apatah lagi memberi makan kepada fakir miskin. Pendek kata jika kita tahu caranya, semua aktiviti kita boleh dikategorikan kepada amal kebajikan.

Dengan melakukan amal kebajikan belum menjamin keselamatan seseorang selagi tidak meninggalkan kejahatan. Antara dua perkara iaitu membuat makruf (kabajikan) dan meninggalkan mungkar (kejahatan), yang kedua amat sukar dilakukan. Ramai orang mampu membuat kebaikan tetapi untuk meninggalkan kejahatan tidak semudah itu. Contohnya ramai wanita boleh bersolat 5 waktu tetapi tidak sanggup menutup aurat atau mengumpat. Ada ulama berpendapat sebelum mengerjakan kebajikan hendaklah terlebih dahulu meninggalkan maksiat dengan cara bertaubat nasuha. Sungguhpun begitu dalam keadaan-keadaan tertentu, amal kebajikan yang kita buat dapat juga menghapuskan kejahatan-kejahatan. Namun yang lebih baik ialah sebelum melakukan kebajikan, perlulah membuang segala amal kejahatan terlebih dulu. Ini bermakna kita hendaklah mengosongkan diri kita dari segala maksiat sebelum melakukan kebajikan; sesuai dengan sunnah Nabi yang dibedah sebelum dibawa melakukan perjalanan Isra' dan Mikraj.

Umum mengetahui bahawa setiap pekerjaan kita sama ada yang besar atau kecil sentiasa dicatat atau direkod oleh malaikat yang dipertugaskan Allah supaya di akhirat nanti mereka akan dipertanggungjawabkan. Nyatalah kehidupan kita di dunia ini bukan sia-sia atau sembarangan. Kita mempunyai misi dan wawasan yang perlu dipenuhi di dunia ini sesuai dengan firman Allah:

Wednesday, May 14, 2008 | By: WR

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2008

Seorang pelajar berjumpa saya untuk menyatakan perasaan tidak puas hati tentang jawapan yang ditulis. Dia memang menjangka markahnya rendah. Kesilapannya ialah terlalu menumpukan soalan pengiraan dan kesuntukan masa untuk menjawab soalan lain... satu pengajaran baginya... Saya telah menerangkan bahawa setiap satu soalan diperuntukkan 30 minit sahaja.

kecewa dengan markahnya pelajat tersebut berazam untuk membetulkan kesilapan dan terus bertanya bilakah peperiksaan seterusnya. Mungkin akan ada satu lagi peperiksaan sebelum peperiksaan percubaan.. entahlah. Saya merasa sedikit terkilan dengan prestasi pelajar tahun ini... tidak ada yang menonjol.

setiap tahun pelajar berubah-ubah. Tahun 2006 pencapaian terbaik mata pelajaran saya. Satu pencapaian yang tiada tolok bandingnya bagi saya. Hampir 50% pelajar saya mendapat A. ( 3 orang 1A dan 3 orang 2A ) Satu kepuasan bagi saya untuk calon yang berjumlah 13 orang.....
Tuesday, May 13, 2008 | By: WR

PTK oh PTK Beza kursus PTK dan Kursus lain..

Hari ini saya mendapat panggilan telefon dari seorang kawan lama bertanyakan tentang keputusan kursus PTK yang saya lalui pada april lepas... Keputusan mungkin dalam bulan ogos nanti. Mengingatkan kursus PTK yang lalu mengimbau suasana tegang di kalangan peserta kursus yang terlibat. Benar pendapat sesetengah rakan peserta... PUBLIC SPEAKING meletakkan nilai peserta ke tahap yang paling bawah. Bayangkan seorang kakitangan kerajaan yang telah berkerja hampir 20 tahun dan mendapat khidmat cemerlang sebanyak 2x namun...... maruahnya tercemar hanya kerana tidak lancar berbahasa inggeris.... amat memalukan.... 20 tahun berkhidmat dengan cemerlang tiba-tiba dijatuhkan dalam masa 10 minit public speaking.. ditertawakan oleh panel penilai dan rakan- rakan perserta.... mendapat pujian dan diberi tahniah oleh rakan peserta selepas public speaking tidak membuat saya bangga... malah saya merasakan memang benar tuntutan NUTP supaya kaedah pelaksanaan PTK harus ditambah nilai...

Sekadar berkongsi pengalaman... saya sertakan ringkasan eksekutif esei PTK
RINGKASAN EKSEKUTIF.

Sebagai pengenalan, kertas ini melakarkan penerangan ringkas tentang senario masalah disiplin seperti ponteng, merokok , gangterisme, buli, penggunaan bahan lucah dan seumpamanya yang melanda sekolah pada masa kini khususnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat. Ini diikuti dengan penjelasan tentang keperluan menerapkan nilai-nilai murni melalui aktiviti sekolah selaras dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Wawasan 2020 seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan. Ini bertujuan untuk membendung gejala tidak sihat ini dari terus menghantui instutusi pendidikan di Malaysia.
Selepas penjelasan definisi sekolah penyayang, gejala tidak sihat dan pelajar berketerampilan, kertas ini menghuraikan pula konsep dan ciri-ciri sekolah penyayang yang diimpikan oleh semua pihak. Seterusnya kertas ini menggariskan peranan ibubapa melalui PIBG sebagai rakan kongsi dan penyokong kuat sekolah serta peranan warga sekolah sendiri khususnya pengetua dan guru sebagai tunjang dan penggerak utama untuk menghasilkan pelajar berketerampilan.
Sebelum penutup kertas ini menjelaskan pelaksanaan beberapa program yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat yang difikirkan dapat memberikan impak dalam kewujudan sekolah penyayang. Antaranya ialah program Sekolahku Rumahku, Mentor-Mentee , Kunjungan Kasih, Majlis Temu Murni , Solat Hajat, Tabung Kebajikan dan Program Intervensi.

Sebagai kesimpulan, kertas ini merumuskan tentang peri pentingnya peranan semua pihak termasuk murid, guru dan ibubapa untuk merealisasikan konsep Sekolah penyayang. Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dengan pelajar adalah penting. Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dengan cara ini pelajar merasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Keadan ini mengelakkan pelajar dari melepaskan masalah mereka dengan melakukan gejala tidak sihat. Kreativiti warga sekolah merangka dan melaksanakan program yang relevan dalam menjayakan konsep Sekolah Penyayang akan menghasilkan pelajar yang berketerampilan.



Sebelum ini saya banyak melalui pelbagai kursus. Semuanya menyeronokkan dan menambah ilmu di dada... contohnya Kursus Ternakan Ikan Air Tawar di Perlok...

">
Peserta kursus bersama penganjur..
membersihkan kolam ikan



kursus-kursus lain...di cameron highlands


Monday, May 12, 2008 | By: WR

INTERNET BANKING

Semalam aku ke CIMB untuk membayar cukai pendapatan. Di sana aku dihampiri seorang pegawai bank menawarkan untuk menggunakan cimbclicks - internet banking. Sudah lama aku mencuba namun tak berjaya. Aku terus bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan ini memandangkan aku selalu kesuntukan masa untuk keluar ke tempat2 pembayaran bil. Oleh kerana aku suka melayari internet, aku mengambil peluang ini dengan mendaftrkan diri.

Hari ini aku telah cuba membayar bill air melaluinya.. alangkah senangnya segalanya hanya di hujung jari.... Kehidupan hari ini telah jauh berbeza dari dulu....

hanya buka laman web ini http://www.cimbclicks.com/ dan pembayaran bill akan selesai tanpa perlu keluar
Sunday, May 11, 2008 | By: WR

catatan pertamaku...

PUTRAJAYA: The mandatory retirement age of public sector employees will be raised from 56 to 58 from July 1, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi announced yesterday.


padaku.... berita ini tidak memberi erti yang besar dalam hidup ini.. Aku tidak berminat untuk bekerja sehingga umor itu. Orang mempunyai pendapat dan alasan sendiri. Pada umor sekarang aku sudah berkira untuk menumpukan kehidupanku ke arah mendekatkan diri kepadaNya... lebih banyak masa terluang untuk kerja semakin kurang masaku untuk Nya.... entah mengapa hatiku diusik risau bila mengenangkan ibu dan ayah yang telah tua .... membandingkan diri ini dengan mereka. Mereka mempunyai 9 anak yang di atas kertas sangat selesa untuk membantu... namun apa yang terjadi... Aku hanya mempunyai 3 anak.... bayangkan perbezaannya...



lihatlah wajah ayahku dan adiknya yang telah tua..... di saat begini apa sangatlah yang dapat dilakukan.....


kini tidak berdaya walau untuk berdiri..... di saat ini kerja sudah tidak menjadi sesuatu yang penting lagi... teringat aku tentang cerita hindi BAGHBAN lakonan amitach bachan semalam... sebenarnya aku tak suka filem hindi tapi anehnya semalam aku menonton filem itu di pertengahan cerita hingga akhir... hatiku tersentuh kerana aku sekarang bersama kakakku bergilir-gilir menjaga ayah yg telah tua.... dari cerita itu ada sedikit sebanyak persamaan dengan ayahku . Dari situ aku dapat memahami perasaaan orang tua bila tinggal bersama anak-anak...... Perlukah aku merungut jika ayah membuat kerenah.... dia telah tua.. dan jga telah banyak berjasa kepadaku.... perlukah aku mengeluh jika dia membuat onar..... Aaku mesti banyak bersabar....
Related Posts with Thumbnails