Sekadar berkongsi pengalaman... saya sertakan ringkasan eksekutif esei PTK
RINGKASAN EKSEKUTIF.
Sebagai pengenalan, kertas ini melakarkan penerangan ringkas tentang senario masalah disiplin seperti ponteng, merokok , gangterisme, buli, penggunaan bahan lucah dan seumpamanya yang melanda sekolah pada masa kini khususnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat. Ini diikuti dengan penjelasan tentang keperluan menerapkan nilai-nilai murni melalui aktiviti sekolah selaras dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Wawasan 2020 seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan. Ini bertujuan untuk membendung gejala tidak sihat ini dari terus menghantui instutusi pendidikan di Malaysia.
Selepas penjelasan definisi sekolah penyayang, gejala tidak sihat dan pelajar berketerampilan, kertas ini menghuraikan pula konsep dan ciri-ciri sekolah penyayang yang diimpikan oleh semua pihak. Seterusnya kertas ini menggariskan peranan ibubapa melalui PIBG sebagai rakan kongsi dan penyokong kuat sekolah serta peranan warga sekolah sendiri khususnya pengetua dan guru sebagai tunjang dan penggerak utama untuk menghasilkan pelajar berketerampilan.
Sebelum penutup kertas ini menjelaskan pelaksanaan beberapa program yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat yang difikirkan dapat memberikan impak dalam kewujudan sekolah penyayang. Antaranya ialah program Sekolahku Rumahku, Mentor-Mentee , Kunjungan Kasih, Majlis Temu Murni , Solat Hajat, Tabung Kebajikan dan Program Intervensi.
Sebagai kesimpulan, kertas ini merumuskan tentang peri pentingnya peranan semua pihak termasuk murid, guru dan ibubapa untuk merealisasikan konsep Sekolah penyayang. Hubungan yang rapat antara pihak sekolah dengan ibu bapa, guru dengan pelajar adalah penting. Guru perlu mendekati pelajar secara peribadi dan memahami masalah yang dihadapi oleh seseorang pelajar tersebut. Dengan cara ini pelajar merasakan mereka dihargai dan pihak sekolah sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Keadan ini mengelakkan pelajar dari melepaskan masalah mereka dengan melakukan gejala tidak sihat. Kreativiti warga sekolah merangka dan melaksanakan program yang relevan dalam menjayakan konsep Sekolah Penyayang akan menghasilkan pelajar yang berketerampilan.
Sebelum ini saya banyak melalui pelbagai kursus. Semuanya menyeronokkan dan menambah ilmu di dada... contohnya Kursus Ternakan Ikan Air Tawar di Perlok...
">
Peserta kursus bersama penganjur..
kursus-kursus lain...di cameron highlands
0 Dari Kacamata Orang lain:
Post a Comment