- Memang agak sibuk kebelakangan ini. Setiap hari makin terasa stamina semakin menurun. Masih ingat lagi zaman kanak-kanak memanjat pokok, bermain dengan lasaknya. Sebagai ahli olahraga dan permainan sekolah, saya sangat aktif. Kepenatan seakan bukan faktor penghalang. Semasa umur dalam lingkungan 20-30han, memandu kereta dari Machang ke Pulau Pinang tidak asing bagi saya. Saya memandu sendiri. Dulu kakak saya menetap di Pulau Pinang, jadi kerapla kami berkunjung ke sana. Kini, untuk pulang ke Machang dari Jerteh, saya sudah kepenatan. Untuk naik tangga ke tingkat 2 kelas sudah mengah...
- Ayah saya sudah berumur 80han pun banyak yang berubah. Kalau dulu dia seorang yang "garang" dan jarang bercakap. Kini, apabila pergerakannya amat terhad ( tidak mampu berdiri ) dia jadi lebih peramah dan mula berjinak-jinak dengan cucu. Dulu anak-anak amat takut untuk berinteraksi dengannya. Berbanding suami saya yang amat rapat dengan anak-anak dan menjadi tempat bergurau-senda.
- saya sendiri dulunya seorang pelajar yang pendiam, kini banyak bertukar karekter menjadi "agak" bising semasa mseyuarat atau perjumpaan.
- Anak-anak banyak menghabiskan masa dirumah, masa luang banyak berada depan komputer. Dulu, saya jarang "lekat" di rumah selalu keluar mandi sungai dan bermain.
- Dulu, saya amat rajin mencuba resepi baru dan kek coklat menjadi kegemaran anak-anak. Kini, masa saya amat terhad rasanya.. pulang dari sekolah pukul 3 petang dan ambil masa untuk rehat sekejap ( kadang-kadang tertidur) . Kek hanya dibeli saja la.... kesian anak-anak.
Tak Ada Ilmu tapi Mahu Berkata2
-
Ringkas kata, orang2 yang tidak ada ilmu tentang enjin kereta tetapi mahu
juga berkata-kata atau mengajar tentang enjin kereta, maka ilmunya itu atas
...
5 Dari Kacamata Orang lain:
Itulah kehidupan. Berubah dan terus berubah. Tapi yang lebih penting, berubah ke arah kebaikan untuk diri dan orang lain.
lama tak ngomen dalam blog wan.
pertama
apa khabar wan?
kedua
komen ni kalau ada di labu baru sedap
ketiga
untuk wan ni lah lirik lagu BDB hari ini dan esok
hari ini kita, berkasih dan bermesra
walaupun sesaat, tak mahu berpisah
indah alam maya, bagaikan disyurga
gembira ketawa, tiada duka cita
bagaimanakah...andainya esok
bencana tiba...dan memisahkan kita berdua.....
berdoalah kita..agar sentosa
agar kau dan aku..abadi selama..
hahahahaha..brutal wan brutal
alamak si labi ni demam panas ke? Menyanyi ler pulak....!
wan, kini hampir sampai giliran kita menjadi tua, lemah dan tidak berdaya.... sptkata cheHassan bahawa itulah kehidupan....berubah dan terus berubah. Kalau tak berubah susah jugak kan, tak muat dunia ni dgn manusia.... Mudah2an kita menjadi manusia yg tidak rugi dlm memanfaatkan masa hidup di dunia yg sementara ini!
labu
aku ngusik wan pun kau cemburu..tersinggung labu tersinggung
kecik hati kau labu..
Betul wan dulu saya pun suka juga masak untuk family dihujung minggu (masa tu tinggal di KL)tapi kini sibuk sokmo....
Kalau tak sempat sekarang beli je....
Post a Comment