Wednesday, May 13, 2009 | By: WR

PERSEDIAAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN

Mesyuarat Kali Ke 4 Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Kebangsaan23 April 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perayaan Hari Guru Kali Ke 4 merupakan mesyuarat terakhir sebagai persediaan menjayakan majlis pelancaran perayaan peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kuala Terengganu pada 16 Mei 2009. Semua keputusan pertandingan dan anugerah telah diterima oleh pihak urus setia. Mesyuarat yang turut dihadiri oleh semua Setiausaha-Setiausaha Perayaan Negeri telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Zulkifly Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Mesyuarat juga di hadiri oleh YBhg. Dato’ Alimuddin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Khair b. Mohamad Yusof, Pengarah Institut Aminudin Baki, dan Encik James Alip, Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum.Acara-acara yang akan dianjurkan sempena dengan majlis pelancaran ialah:

Pameran Pendidikan pada 13 – 17 Mei 2009 di Terengganu Trade Centre
Bahas Guru pada 15 Mei 2009 (jam 0900) di Institut Perguruan Dato’ Razali Ismail
Forum Pendidikan pada 15 Mei 2009 (1500) di Wisma Darul Iman


Persediaan Perayaan Hari Guru Semakin Rancak 11 Februari 2009Bagi mengikuti persediaan jawatankuasa yang telah dilantik untuk mengendalikan perayaan, Mesyuarat 2/2009 Jawatankuasa Pengelola akan diadakan pada 13 Februari 2009 (jam 9.00 pagi) di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Manakala Mesyuarat 2/2009 Jawatankuasa Induk akan diadakan pada 22 Februari 2009 (jam 2.30 petang) di Dewan Utama Taman Tamaddun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Ahli Jawatankuasa Pengelola diminta untuk turut hadir di mesyuarat Jawatankuasa Induk kali ini, supaya mereka juga akan dapat melihat kemudahan-kemudahan yang terdapat di dewan yang dicadangkan sebagai tempat pelancaran perayaan pada 16 Mei 2009.Pihak urus setia perayaan juga akan mengadakan pertemuan ahli Jawatankuasa Pengelola dengan ahli Jawatankuasa Pelaksana pada 23 Februari 2009 jam 9.00 pagi di Jabatan Pelajaran Terengganu. Pertemuan ini adalah bertujuan untuk menyelaraskan tindakan pengurusan di antara kedua-dua pihak.


Lokasi Majlis:

4 Dari Kacamata Orang lain:

mantan said...

wah, tentu meriah

Cikgu Chun said...

2 tahun lepas Johor pernah jd tuan rumah sambutan hari guru peringkat kebangsaan. Sek sy jd AJK buku program dan sy juga t'libat secara langsung dlm penghasilan buku program tersebut. Kami siap pergi berkampung kat PPD termasuk pengetua utk siapkan buku program, memang kalut masa tu ditambah pulak dengan PPD yg cerewet!. Harap tak terkena lagi macam tu...

cikguyusof said...

Selamat Hari Guru Wan....

WR said...

selamat hari guru untuk mantan, cikgu chun dan cikguyusof. Juga untuk semua GURU MALAYSIA

Related Posts with Thumbnails