Semalam saya menghantar anak ke kelas tuisyennya. Dalam perjalanan pulang saya singgah membeli makanan di restoran Z. Saya bertemu kawan lama yg sekarang mengajar di SMK "X". Memang byk yang dibualkan bila bertemu. Dulu masa mengajar disekolah yg sama dengan dia, dia adalah kawan baik saya. Kebetulan dia mengawas peperiksaan di SMK "Y". Antara rungutannya semasa mengawas peperiksaan di sekolah tersebut ialah:
1. Pelajar2 memang dah terbiasa sgt dgn "budaya meniru" dlm peperiksaan. Ini terbawa2 hingga ke peperiksaan awam yg besar seperti SPM ini. Pelajar2 pergi ke tandas dgn kerap dan dlm perjalanan balik ke bilik peperiksaan mereka membawa cebisan kertas yang bertulis jawapan... entah dr mn diambil nya jawapan itu... Dr apa yg kawan sy beritahu... jawapan itu dr guru yang bertugas di sekolah tersebut.
2. Pelajar2 yang suka meniru ini pula ada byk cara utk meniru. Mungkin dia menyimpan nota atau buku dalam tandas.. kemudian semasa berpura2 nak buang air disitu la dia menyalin jawapan. Atau pun menurut kawan sy itu, terdapat guru2 yang bertugas di sekolah berkenaan yang berhubung dengan pelajar tersebut dsan memberi jawapan. Pelajar pula membawa kertas jawapan itu dengan cara memasukkan dalam "tudung", kasut , baju.. dan sebagainya. Malah ada yg tidak sega2 silu membawanya di'tangan'. Punya la tak menggunakan otak untuk meniru. Bila dah terang2 macam tu senang la dicekupoleh pengawas. kalau dah berlaku depan mata pengawas terpaksala mengambil tindakan....
Bila saya pulang ke rumah, saya terserempak dgn anak murid yang baru balik peperiksaan kertas Prinsip Akaun. Apabila di tanya, macam mana kertas PA dia senyum. katanya
"Guru yang mengawas peperiksaan baik2 belaka... siap tolong bagi jawapan lagi.. "
Pak Long Tak Simpan Jambang?
-
“Awat pak long tak simpan jambang?”
Pak Long memang jenis tak tumbuh jambang. Semula jadi.
“Pak Long tak teringin ke nak berjambang?”
Mesti le terin...
5 Dari Kacamata Orang lain:
salam wan,
amalan yg sgt tidak patut dilakukan semasa menduduki peperiksaan....
Waruna,
Tak tahu bagaimana sekarang ini bolehn jadi macam tu. Ambil peperisaan (awam) macam main-main. Terlalu sangat nak kejar glamour (???).
Saya pernah menjadi pengawas peperiksaan, ketua pengawas dan juga Penyelia kawasan bagi semua peperiksaan awam di daerah saya. No way lah budak-budak dan pengawas nak main-main. Ikut peraturan yang ditetapkan.
Kalau tak betul-betul nak(buang air) ke tandas, jangan haraplah nak dapat kebenaran. Kalau ke tandas pun ada guru pengiring.
Sekarang ni lagi senang, boleh kontek sapa2 dengan hpone.
Exam pun dah macam tak relevan. Keputusan peperiksaan menjadi keraguan, macam kes UPSR di Sabah dan sarawak tu.
Ada kawan syan balik dari India (lawatan), sempat tengok peperiksaan awam di sebuah sekolah di India. Ibu bapa berebut-rebut nak tolong anak bagi jawapan (melalui tingkap bilik peperiksaan). Malaysia pun nak tiru macam tu lah.
kesahihan dan kebolehpercayaan kini semakin pudar
begitu la senario pelajar2 sekarang.. leka dgn budaya sms je pandai.. nak jawab soalan asyik meniru.. tak ada kesungguhan langsung ..nak cara mudah je.. otak tak mahu gunakan..
Rata-rata pelajar saya sndiri pun "disuap" dengan soalan2 yg guru bincang kalau nak harap mereka cari atau buat ulangkaji di rumah jgn harap la.. jadi jalan mudah mereka meniru. itu bagi pelajar sekolah menengah la.. yang sekolah rendah mungkin lain pulak ceritanya..
bagaimana boleh jadi macam ini? Cikgu boleh dikira sebagai tidak amanah la kan? sangat memalukan jika budaya ini berterusan.
Post a Comment